Thursday, October 31, 2013

Berjaya buat passport selepas tiga kali cubaan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Koleksi penulis

Alhamdulillah. Setelah tiga kali mencuba membuat passport antarabangsa, akhirnya berhasil. Bagi anda yang ingin membuat passport, semoga bacaan ini bermanfaat.

Kali pertama kami berkunjung ke pusat Imigresen Putrajaya adalah pada hari Jumaat, jam 3 petang. Jangkaan kami, mungkin orang sudah tidak ramai dan memandangkan putrajaya kawasan baru, orang pun kurang. Rupanya jauh meleset. Setibanya di sana, saya disapa oleh Pegawai Kawalan Keselamatan (jaga) di kaunter. Katanya nombor untuk hari ini sudah habis seawal jam 10.00 pagi. Wah!. Terkejut Mak Jemah. Saya tanyakan lagi. Berapa nombor yang diberikan. Katanya 400 nombor. Sekali lagi saya terkejut. Pertanyaan susulan saya, “hari-hari macam ini ke Encik?”. Jawapan positif saya terima. Maksudnya setiap hari hanya 400 nombor diberikan dan akan habis seawal jam 4.00 petang. Tambah beliau, pada hari Sabtu dan Ahad, Pusat Imigresen di situ dibuka juga dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Ok. Baik. Sedikit pencerahan di situ.  Jadi, saya simpan niat dalam hati akan datang keesokkan harinya, memandangkan hujung minggu ini tiada perancangan lain.

Oh. Bagi yang tidak tahu, Pusat Imigresen Putrajaya terletak di Bangunan Chancery Presint 15. Tentang presint saya musykil kerana ada yang panggil Presint 15, di alamat Presint 14.

Keesokkan harinya kami sampai jam 8.00 di Pusat Imigresen Putrajaya. Nampak macam lengang. Namun jejak saja lorong ke Pusat Imigresen, saya sudah nampak orang duduk menunggu. Berderet. Tapi tak ramai. Hati saya berbisik, nampaknya ada harapan. Masuk ke pejabat, saya termanggu-manggu di mana hendak ambil nombor?. Jadi saya tanyakan kepada seseorang. Apa yang saya terima adalah penjelasan panjang lebar. Terima kasih kepada kakak yang tidak sempat saya tanyakan namanya. Katanya, nombor sudah habis. Sekali lagi. Hujung minggu nombor diberikan sebanyak 150 sahaja. Beliau berada di situ untuk beratur mengambil nombor jan 7.30 pagi dan beliau dapat nombor 28. “Ting”. Saya rasa itu maklumat paling penting yang keluar dari mulut saudari tadi. Jadi, anggarannya saya perlu datang seawal jam 7.30 atau lebih awal pada hari minggu untuk membuat passport. Jadi, dengan berat hati saya langkah keluar. Sempat juga mengambil gambar maklumat Pejabat-pejabat Imigresen kawasan berdekatan Selangor dan Kuala Lumpur. Pembaca bolehlah membuat rujukan di sini. Minta maaf kerana solusi gambar tidak berapa elok. Harapnya boleh dibaca.



Dalam perjalanan keluar, saya nampak pula kedai mengambil gambar passport. Saya saja-saja masuk dan tanya harga membuat gambar passport di situ, walhal saya sudah pun ada gambar passport. Saya ambil di kedai berdekatan rumah. RM14 untuk empat keping gambar. Rupanya buat gambar passport di situ lebih murah. RM10 untuk empat keping gambar. Terkilan, titik. Apo nak dikato.

Misi membuat passport diteruskan. Hujung minggu lalu sekali lagi kami berempat berkunjung ke Putrajaya. Kami bertolak jam 6.50 pagi dan sampai di sana jam 7.15 pagi. Sekali lagi terkejut kerana sudah ramai orang beratur. Sebaik saja saya dapat tempat dibelakang seorang saudari, saya toleh belakang dan lihat sudah berderet di belakang saya. Agaknya kadar orang datang satu saat dua orang kot. Cepat sangat. Tapi alhamdulillah. Saya berjaya dapatkan nombor. Jam 7.15 pagi dan nombor adalah 78. Janji dapat.  Yang bagusnya, pintu pejabat dibuka tepat jam 8.00 pagi. Syabas diucapkan kepada kakitangan Imigresen Putrajaya yang datang kerja pada hujung mingg walaupun muka tidak semanis madu. Bukan semua. Ada yang elok juga rupanya. Almaklum kerja dihujung minggu. Saya pun pernah merasainya. Sekarang tidak lagi. Alhamdulillah.

Proses membuat passport sangat cepat. Jam 11.30 pagi, passport sudah dalam genggaman. Selesai.
Berkenaan keperluan dokumen. Mudah saja. Tidak perlu isi borang bagai. Semuanya atas talian. Saya siap dapat notifikasi melalui e-mel daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara menyatakan saya telah membuat pertukaran alamat sekian sekian pada tarikh sekian di pejabat sekian. Wah!. Hebat. Syabas lagi sekali.

Jadi, apa yang perlu di bawa, boleh la lihat foto yang saya ambil dari pejabat Imigresen ini. Harapnya maklumat yang saya berikan ini bermanfaat bagi yang mencari.


Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


Wednesday, October 30, 2013

Berikan yang terbaik sedari dalam kandungan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Koleksi penulis.


Saya mendapat khabar gembira dari saudara paling dekat. Khabarnya beliau telah pun berhasil mengandung. Gembira hati bukan kepalang. Terus disampaikan bersama dengan bukti ujian dua garisan. Saya tumpang seronok. Rasa-rasa macam saya pula yang hendak mengandung. He,he,he. Begitulah kata orang. Ia berjangkit. Dahulu semasa masih bekerja, ada satu musim, berderet orang cuti bersalin. Macam pass baton larian berganti-ganti. Yang tinggal di pejabatlah yang terasa kerana beban kerja bertambah walaupun ada pengganti. Manakan sama Cik Puan yang bercuti.


Perkara pertama yang ditanya oleh saudara saya yang mengandung tadi, saya makan apa masa mengandung dahulu?. Lama juga saya berfikir. Macam sudah terlupa. Sedangkan baru saja 4 tahun berlalu. Dikira barukah empat tahun ya?. Imbas-imbas kembali dapatlah saya ingat sedikit, panduan serba-sedikit untuk bakal ibu itu.

Sebenarnya kasih-sayang ibu tiada tolok tandingan.  Tahu saja kewujudan orang baru di rahim, terus menerus akan mula berhati-hati, amalan terbaik, makanan di jaga. Bagus bukan?. Sememangnya nutrisi yang terbaik untuk anak kita bermula sejak ia berada dalam kandungan lagi. Ibu-ibu sudah mula memberikan makanan terbaik untuk tumbesaran dan perkembangan anak masing-masing. Khasiat dari pemakanan ibu akan disalurkan terus-menerus kepada si manja di rahim. Tidak nampak tapi kasih-sayang berterusan.


Di samping nutrisi yang diberikan untuk pembesaran, antara lain yang diberikan adalah imunisasi. Kandungan yang telah mencapai usia akhir semester akan menerima imunisasi pasif daripada ibunya. Imunisasi pasif ini hanya bertahan dalam tempoh masa yang pendek, antara- 6-12 bulan.  Bagi bayi pra-matang, mereka tidak memperolehi imunisasi pasif daripada ibu kerana ia hanya ada di akhir kandungan. Sebab itulah bayi pra-matang perlu dijaga sebaik mungkin untuk menghalang kemungkinan sebarang  penyakit. Pemberian susu ibu kepada bayi masing-masing juga merupakan imunisasi pasif, sambungan daripada imunisasi yang diberikan semasa dalam kandungan. Umum mengetahui susu ibu mengandungi banyak antibodi yang sesuai untuk bayi, mengikut kadar usia bayi. Kerana itu, Kementerian Kesihatan menggalakkan pemberian susu ibu sahaja sekurang-kurangnya pada enam bulan pertama kelahiran.


Subhanallah. Hebat sungguh ciptaan Allah. Jadi, kepada bakal ibu yang sudah maklum kehadiran insan baru dalam keluarga, mulalah makan nutrisi yang terbaik dari yang terbaik. Elakkan makanan yang memudaratkan. Jauhi juga perokok kerana ia turut memudaratkan.




Hubungi penulis
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432

Tuesday, October 29, 2013

Promosi pra-pelancaran e-book

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah

Sekali lagi, pihak Akademi Bekerja Di Rumah, di bawah payung pengasas dan pengarang, Puan Masayu Ahmad, bakal melancarkan e-book seterusnya bertajuk 101 Idea Home Based Bisnes. Oleh itu, kami membuka tempahan awal bagi e-book ini dengan harga RM30. Selepas buku ini dilancarkan, ia akan kembali semula kepada harga asal RM50. Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Dapatkan segera.


Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Promosi sah hingga 30.11.2013

Hubungi penulis untuk tempahan.
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432

Monday, October 28, 2013

Tergigit batu semasa makan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Sambil makan sambil berbalas khabar, bertukar cerita dengan tuan rumah. Tiba-tiba, 'keletuk'. Ngilu rasa gigi. Anda tergigit batu. Senyap-senyap keluarkan batu agar tuan rumah tidak perasan. Risau pula jatuh air muka tuan rumah.

Pernahkah anda alami situasi sedemikian?. Sedang asyik makan, terjumpa kaki lipas. Makan kuih, ada ubat staple. Saya rasa pengalaman sedemikian paling banyak terjadi semasa belajar di sekolah berasrama. Paling lucu, hingga ada yang buat cerita. Kisah kuih talam ada keratan cicak. Entah betul entahkan tidak.

Oh. Minta maaf. Entri saya asyik berkenaan perkara menggelikan. Bukan apa. Saya mahu cerita perkara benar dan ia adalah salah satu faktor pencemaran makanan. Ia dinamakan pencemaran fizikal. Pencemaran sebegini paling mudak untuk pengguna menuding jari pada pesalah iaitu penyedia makanan atau penjual makanan. Faktor utama adalah lalai, sehingga termasuk bahan yang tidak sepatutnya ada di dalam makanan. Hatta, tulang ayam di dalam ayam kisar juga dianggap salah satu pencemaran fizikal.


Untuk mengelakkan pencemaran fizikal mudah sebenarnya. Jangan lalai. Jika ibu-ibu dan rakan pembaca mempunyai rambut yang panjang. Sanggulkan, ikat atau pakai saja anak tudung serkup semasa memasak. Kerana rambut adalah bahan paling mudah masuk ke dalam makanan. Elakkan juga menceduk makanan menggunakan gelas atau cawan kaca. Terutamanya menceduk ais. Serpihan kaca sukar dibezakan dan sangat halus, tetapi bahaya. Gunakan senduk besi atau penceduk ais komersil.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.


www.peminatbukuonline.blogspot.com


Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn

3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Sunday, October 27, 2013

Hati-hati dengan “Biological Hazard”.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google.

Biological Hazard. Kedengaran mengerikan. Lagak bunyinya seperti serangan senjata biologi. Sebenarnya saya hanya ingin cerita tentang bahaya pencemaran makanan disebabkan faktor biologi. Maksudnya pencemaran ini berpunca daripada benda hidup iaitu manusia sendiri, salah tatacara pengendalian dan penyediaan makanan dan juga daripada haiwan.

Alkisahnya, bermula bila saya membeli-belah barangan dapur di sebuah pasaraya terkemuka di tempat tinggal saya. Saya ternampak najis Mak Menti di rak yang ditempatkan santan dan botol-botol jem. Orang kata jangan sebut namanya. Sebab itulah saya guna nama gelarannya saja. Betulkah?. Wallahualam.

Ok. Berbalik kepada cerita tadi. Sebab sangat prihatin perkara ini, saya selak juga barisan hadapan barang yang dipamer untuk lihat apa yang ada dibelakangnya pula. Oh!. Tidak sanggup saya katakan. Sebenarnya bukan sekali. Berulang kali saya datang masih juga ada di situ. Yang peliknya, di tempat lain tidak pula saya nampak. Jadi, saya memang elakkan membeli barang-barang yang saya tandakan sebagai ‘kawasan merah’. Akhirnya, pada satu hari, kebetulan saya terserempak dengan pekerja pasaraya di situ. Saya terus tunjuk najis Mak Menti. Eh, eh. Rupanya mereka sudah lama sedar. Dan beliau turut mengakui, Mak Menti itu, memang ada di rak situ sahaja. Saya pelik pula sebab sudah tahu tapi tiada tindakan?. Sedangkan tahukah mereka ia merupakan ancaman besar?.

Kemudian, hendak dijadikan cerita lagi. Saya membeli barang dapur di pasaraya lain pula. Lagi sekali saya ternampak juga adegan yang sememangnya saya tidak mahu lihat. Mulanya saya terbau seperti kencing Mak Menti.  Mungkin hidung saya salah. Jadi saya jalan lagi. Tiba di tempat bawang. Saya nampak pula punggung Mak Menti!. Saya terkaku lihat Mak Menti terkedek-kedek masuk ke timbunan bawang. Oh tidak. Kenapa saya harus terlibat dengan perkara sebegitu?. Dek terkesima saya pun tak lalu nak panjangkan pada pihak pasaraya. Tambahan pula esoknya adalah Hari Raya Haji. Orang sangat padat. Saya tidak mahu pula besarkan cerita yang sememangnya ancaman besar ini. Sebenarnya lebih pada tidak pasti apa yang patut saya lakukan. Saya pun terus bayar barangan yang ada di troli, yang pastinya barangan berbungkus yang bukan dari kawasan jajahan Mak Menti tadi.

Selepas peristiwa itu, saya khabarkan pula pada kakak saya. Rupanya beliau pun ada pengalaman dengan ancaman pencemaran biologi terhadap makanan. Kata beliau, hati-hati dengan ikan bilis. Lihat betul-betul sebelum membeli kerana beliau telah menggoreng ikan bilis bersama najis Mak Menti. Uwekk!. Mahu muntah saya mendengarnya.

Ya. Rakan-rakan. Hati-hati. Itu semua adalah ancaman biologi terhadap makanan. Ia pencemaran tersembunyi. Untuk barang yang berbungkus atau pun dalam tin, amalkan membasuh dahulu pembungkus, keringkan dan baru simpan. Nampak leceh. Jika rakan-rakan ibu rasa perlukan bantuan, mintalah sang suami membantu dan terangkan sebabnya. Ia untuk kebaikan satu keluarga. Kita cuba untuk lebih berhati-hati. Terutamanya apabila banyak penyakit berkaitan leptospirosis.


Pencemaran faktor biologi terhadap makanan bukan terhad pada haiwan seperti Mak Menti. Tetapi juga termasuk haiwan seperti serangga dan lalat yang tertarik kepada alatan penyediaan makanan dan juga makanan itu sendiri. Pengendali yang tidak menjaga kebersihan tangan, batuk dan bersin ketika menyediakan makanan juga merupakan ancaman biologi yang akan menyebarkan patogen penyebab pencemaran makanan.


Pengalaman yang mengerikan masih terngiang-ngiang. Saya sampaikan pada rakan-rakan bukan untuk memburukkan pasaraya berkenaan. Cuma untuk membuka mata dan juga supaya berwaspada. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.


Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Friday, October 25, 2013

Sindrom Restoran Cina?. Apakah ia?.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Acapkali membaca buku kesihatan, terserempak dengan ayat "Sindron Restoran Cina", bila dikaitkan dengan perasa makanan. Sindrom makanan Cina adalah rasa mual, pening, mengantuk, panas dan berpeluh selepas makan. Saya selalu juga rasa situasi ini bila makan di kedai. Mulanya tidak perasan. Tapi setelah emak, ayah dan adik suarakan masalah mereka, saya mula perasan yang saya pun ada rasa yang sama.

Kemudian, bila baca dan geledah internet tentang isu perasa makanan, terbaca pula sindrom ini. Eh, eh, sama pula. Rupanya itulah penangan MSG atau nama panjangnya monosodium glutamate. Atau nama glamor di Malaysia Pak Aji. Sampai ada  nama glamor. Walhal ada banyak jenama lain. Mungkin.
Butiran MSG
Sindrom akibat MSG ini berlainan bagi setiap individu. Ada yang sekejap. Ada yang berlarutan sehingga 5 hari. Dikatakan dari karangan Imam Ahmad Ibnu Nizar, ia berkaitan dengan kepekaan pesakit itu sendiri terhadap kandungan gluten dan kimia terkandung dalam MSG berkenaan. Gejala MSG ini hanya dilaporkan setelah setengah abad penggunaannya iaitu pada 1969 oleh Dr. Ho Man Kwok. Hebatnya susur galur sejarah MSG ini, ia bertahan sehingga sekarang. Masih lagi ada penggemarnya. Bantahan dan promosi penggunaannya sama hebat. Kajian keburukan kesan MSG seiring dengan kajian menunjukkan MSG selamat untuk digunakan. Kesan jangka pendek bermula dengan sindrom restoran Cina tadi. Kesan jangka panjang boleh berlarut sehingga membawa kepada kanser, dan ia berdasarkan pemecahan struktur kimia MSG bergabung dengan keadaan suhu tinggi semasa memasak. Ya, ia kajian kimia. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam badan manusia. Wallahualam. Ada yang masih boleh menyangkal.

Setiap bahan mempunyai garis panduan tahap selamat. Begitu juga dengan MSG. Joint Expert Committe on Food Additives, jawatankuasa penasihat WHO menetapkan tahap selamat MSG adalah pada 120mg per kg berat badan setiap hari. Banyak sangat ke 120 mg?. Sangat sedikit. Dan sepatutnya kurang lagi.

Sebagai ibu beranak dua (baru), saya cuba untuk minimakan kemasukan MSG dalam makanan keluarga dengan masak sendiri di rumah. Masing-masing ada kegemaran masing-masing. Saya rasa elok juga kurang satu bahan perasa yang tidak berapa penting. Jimat duit bukan?.

Saya hanya berkongsi. Selebihnya, tepuk dada tanya selera.

Tempah E-Book ini di www.peminatbukuonline.blogspot.com
Hubungi penulis untuk mula jana wang dari rumah dengan blog.
nurzahwanimohdnor@gmail.com
SMS/WhatsApp: +60136200432



Thursday, October 24, 2013

Potongan buah+air

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Melayari internet, dan masuk ke laman sesawang yang telah lama bertapak, saya sering terganggu dengan iklan-iklan terutamanya yang bergerak-gerak. Kadangkala ia lebih menarik perhatian saya walaupun sebenarnya hajat utama hendak membaca artikel lain di laman web itu. Dengan sebab itu juga, di satu laman sesawang kesihatan, saya terpandangkan satu botol air yang penuh dengan potongan buah-buahan. Dek rupa dan warnanya yang cantik, saya jadi tertarik. Namanya infused water.

Pernahkah anda melihat balang yang penuh beirisi cili atau bawang atau buah-buahan?. Sampai kala ini, saya tidak pasti samada perhiasan berkenaan menggunakan bahan sebenar atau hanya lukisan ataupun hanya menggunakan bahan tiruan. Tapi saya pasti, asal-usul perhiasan itu adalah daripada proses menjeruk yang dijalankan. Sebab ia nampak cantik, orang mula membuatnya sebagai perhiasan dan dijual. Yang dijadikan perhiasan, takkan pula boleh dimakan. Namun, infused water ini sesuatu yang boleh dibuat sendiri, boleh diminum dan yang paling menarik, ia mempunyai fungsi kesihatan!.



Infused water adalah salah satu cara untuk membantu mereka yang sukar minum air kosong kerana rasanya yang payau dan kosong... kosong... . Dengan sedikit perasa dari buah-buahan segar ini, minum air kosong lebih menyeronokkan. Merendam potongan buah-buahan ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan bahan penting dalam buah-buahan. Dalam sains makanan, terdapat beberapa cara untuk membuat ekstraksi bahan utama dari sumber asal. Contohnya dari daun teh, atau tongkat ali, atau vanilla. Cara yang paling mudah adalah seperti kaedah merendam, merebus, memanas hinggalah kepada cara yang paling sofistikated iaitu menggunakan instrumen pengekstrakan di makmal. Bahan cecair atau dipanggil pelarut yang sering digunakan adalah alkohol kerana sifat kimianya yang bersesuaian. Jadi, di sinilah banyak keraguan terhasil dalam makanan. Nampak macam tiada alkohol, tetapi pernah menggunakan alkohol dalam pemprosesannya. Tapi, jangan risau, sebenarnya terdapat garis panduan berkenaan paras kandungan alkohol dalam makanan yang ditetapkan oleh fatwa. Bagi perubatan cina, ada salah satu kaedah iaitu tincture. Melarutkan herba menggunakan alkohol sejuk. Tapi seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, sesungguhnya minuman yang memabukkan lebih banyak mudarat berbanding manfaat. Ada banyak lagi cara untuk memperoleh perkara yang baik daripada flora ciptaan Allah. Contohnya cara penyediaan infused water ini.

Berbalik kepada infused water tadi. Ia hanya menggunakan kuasa air dan rendaman untuk menghasilkannya. 

Caranya mudah,
1. Buat potongan buah-buahan pilihan anda. 

2. Rendam di dalam air kosong selama setengah hingga sejam. Boleh saja masukkan di dalam perti sejuk untuk menyejukkannya. Ia tahan sehingga seminggu atau sehingga rasanya hilang.

3. Siap. Sedia untuk diminum. Tak perlu gula dan perasa tambahan lain. SEGAR!.

Tapi, untuk mendapatkan manfaat kesihatan, terdapat gabungan buah-buahan yang dicadangkan. Cadangan gabungan buah-buahan adalah seperti berikut:-


1. Strawberi dan kiwi
Untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan sistem kekebalan, menurunkan gula darah, dan melancarkan pencernaan.

2. Teh hijau + daun pudina + limau nipis
Sesuai untuk pembakaran lemak, meningkatkan metabolisma, melancarkan pencernaan, mengurangkan sakit kepala, mengatasi susah buang air besar, dan menjaga kesihatan pernafasan. 

3. Timun + limau nipis + lemon
Bermanfaat untuk mengatasi kembung perut , mengawal nafsu makan, mengatasi dehidrasi, dan menjaga kesihatan pencernaan.

4. Lemon+limau nipis
Manfaatnya sebagai sumber vitamin C dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.


Itu adalah yang dicadangkan. Saya mahu tambah lagi. Ia sebenarnya petua dari emak saya. Hebat pula emak saya kan. Tapi, tak pula dipanggil infused water. Cakapnya, air rendaman. He,he, he. Anda sudah dapat ingat?. Sebenarnya orang tua kita pun bijak juga. Memang sudah ada buat infused water ini. Cuma bunyinya saja kurang canggih.


Pesan mak saya, kalau sakit kepala, rendam asam keping dalam air. Biar semalaman kemudian di minum. Jika demam, rendam daun sirih atau daun ati-ati atau pun asam jawa. Jerlumkan kepala dan badan. Untuk buang angin pula, rendam dan rebuskan air dengan halia. Minum panas-panas. Ha, itu pun sebenarnya adalah infused water tadi. Cuba mak, nenek kita panggil infused water dari zaman dulu, mesti popular kan?.


HUBUNGI PENULIS
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432
FB: Wani Mn 

Tuesday, October 22, 2013

Ianya Percuma!.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Koleksi Akademi Bekerja Di Rumah

Dalam pemasaran, salah satu perkara menarik pembeli adalah barangan percuma. Beli satu dapat dua, beli 6 dapat 7. Beli Colgate dapat mangkuk percuma. Beli susu dapat permainan percuma. Sedap dengarnya bukan?. Biar barangan percuma itu adalah ringkas, remeh dan kadang-kadang tidak akan kita gunakan pun. Tapi sebab ia percuma, membeli barangan yang ada hadiah percuma lebih menarik berbanding yang tiada hadiah percuma. Sehinggakan dalam perniagaan Shaklee, pengedar dilarang keras untuk mempamerkan sebarang pemberian hadiah percuma secara terang-terangan melainkan apa yang diberikan oleh Shaklee sahaja. Bukan dari pengedar. Sampai begitu sekalikan kuasa PERCUMA.

Semasa membuat jualan di 'car-boot sale' hujung minggu lepas, ada juga penjual yang membuat jualan dengan hadiah percuma. Sememangnya suatu pengalaman yang menyeronokkan. Masing-masing denga cara sendiri. Barangan yang dijual, sudahlah murah-murah. Naik rambang biji mata. Tambah pula dengan hadiah percumanya lagi. Waduh, waduh. Rakan sebelah car-boot kami buat jualan baju-baju. Promosinya sewaktu matahari hangat membahang. "Beli, beli Kak. Beli lima dapat percuma payung". Wah, memang kena dengan masa yang panas. Ada juga yang jual novel, kemudian percuma loofah. Loofahnya sebiji dengan loofah yang suami saya suka kumpul bila menginap di hotel. He,he,he. Sebab ia percuma. Orang yang membeli, ambil sajalah. Mahu guna entah bila.

Bercerita tentang hadiah percuma, Akademi Bekerja Di rumah pun ada barangan percuma. Saya suka katakan sebagai pemberian percuma dengan penyertaan berbayar. Cara-cara untuk dapatkan barangan percuma ini seperti berikut:-

1)Anda buat pembelian salah satu e-book dengan harga RM50.
2)Baca dan buat ulasan buku ini
3)Hantarkan kepada saya
4)TERIMA HADIAH ANDA. E-BOOK 101 IDEA HOME BASED BISNES.

SEHINGGA 31 OKTOBER SAHAJA!

Menarik ke menarik?. Berminat?
Hubungi saya untuk buat pembelian.
Tapi ia terhad sehinggan 31 Oktober sahaja!.
Cepat, jangan terlambat.

Hubungi saya.
Wani Mn
SMS/WhatsApp 0136200432
Emel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Saturday, October 19, 2013

Travelog famili - Bali 2008

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Koleksi Nurzahwani Mohd Nor

Dengan nama Allah, pembuka bicara di pagi hari.

Setiap penulis ada waktu masing-masing untuk menulis. Memang benar. Bagi saya, waktu subuh sebelum anak-anak bangkit tidur adalah waktu terbaik untuk saya. Alhamdulillah, waktu ini juga ilham mudah datang mencurah-curah. Jadi, di subuh hari Sabtu ini, saya diilhamkan Allah untuk membingkiskan pengalaman dan tips makan angin. Kebanyakan destinasinya di dalam negara. Catatan pengembaraan ini ada yang telah lama berlalu dan akan dicatat dari semasa ke semasa. Kisah makan angin yang telah berlalu, saya ambil dari catatan saya di blog lama, dikemaskini dan dimuatkan di sini.

Saya memang suka makan angin. Jadi, saya suka untuk berkongsi pengalaman saya termasuklah do's and dont's semasa mengembara makan angin bersama keluarga dan anak kecil. Jika berjalan solo sudah tentu lebih mudah. Tetapi dengan bayi dan anak kecil, kita perlu lebih banyak bersedia.

Bukan apa, minat saya mungkin bermanfaat untuk orang lain dan diri saya sendiri juga. Untuk rujukan saya di masa akan datang. Jika suka, bolehlah datang ke blog ini dan baca lagi.

Pembuka siri ini saya mulakan dengan cerita makan angin ke Bali, Indonesia pada November 2008. Wah!. Cerita sudah lapuk. Tidak mengapalah, saya mahu coretkan juga sebagai memori.

Bali, 2008.
Kisahnya pada penghujung November 2008, suami saya telah diminta untuk menghadiri satu mensyuarat di Bali, Indonesia selama seminggu. Jadi, kami mengambil kesempatan ini dengan memanjangkannya kepada percutian kami sekeluarga. Suami saya telah bertolak awal untu menghadiri mesyuarat. Saya dan anak saya, Dhiya, yang berumur tujuh bulan pada masa itu menyusul kemudian. Kami akan bertolak bersama berdua dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, Indonesia. Ia merupakan pengalaman pertama saya menaiki penerbangan antarabangsa, dan mencatat rekod peribadi saya, penerbangan bersama anak kecil berusia tujuh bulan. Namun benar, serahkan kepada Allah, doa banyak-banyak urusan dipermudahkan dan YAKIN BOLEH. Sesungguhnya bertitik tolak dari situ, menjadikan saya seorang ibu yang yakin, boleh saja semuanya. Tetapi, yang paling risau sudah tentu kedua orang tua saya. Terima kasih Mak dan Ayah. Saya berjaya juga akhirnya.

Menaiki pesawat bersama anak kecil sememangnya renyah. Antara tips yang saya boleh berikan bagi anda yang mahu melakukan perjalanan lebih kurang sama seperti saya, yang mana suami atau teman telah berada di destinasi dan anda menyusul bersama anak kecil:-

1) Pastikan semua barangan pakaian dan keperluan anda dan anak anda telah dikirimkan kepada teman anda tadi. Buat satu senarai barangan dan tuliskan perancangan anda, bagaimana anda akan sampai ke destinasi anda. Contohnya, dihantar ke lapangan terbang oleh mak dan ayah. Menunggu sebelum daftar masuk. Daftar masuk dan terus ke kapal terbang.

2) Hanya bawa keperluan penting semasa penerbangan dan perjalanan seperti pampers, susu jika susu formula, tisu basah dan sepersalinan pakaian anak anda. Jika anak anda sudah boleh makan, bawa snek ringan kesukaannya, air sebotol. Ingat, anda hanya boleh membawa botol berisi cecair dalam kuantiti sedikit untuk bayi anda bagi penerbangan antarabangsa. Jika tiada bayi, anda mungkin akan dipaksa meninggalkan botol air semasa proses pemeriksaan. Bagi penerbangan domestik (dalam negara), peraturan ini tidak berkuatkuasa. Barang-barang tadi, bawa yang ringan sahaja. Bawa dalam beg sandang, bukan dalam beg bimbit seperti diapers bagsling bag atau bakul berkelah.

3) Tidak perlu membawa kereta sorong bayi. Ia merenyahkan. Tukar kepada carrier atau sling wrap. Ia lebih mudah dan selamat.

4) Tidak perlu check-in sebarang beg. Hanya bawa beg sandang dan terus di bawa bersama anda sehingga di tempat duduk anda. Tidak perlu letakkan beg di bahagian penyimpanan beg. Memadai letak di bahagian kaki dan dibaringkan. Mudah untuk anda akses kepada beg anda, bila terjadi situasi seperti bayi anda perlukan susu, ingin menukar pampers atau makan.

5) Jangan lupa, caj telefon bimbit anda sehingga penuh. Kurangkan penggunaan telefon sehingga anda berjumpa dengan teman anda. Jika ada talian hayat seperti power bank, bateri kedua, telefon kedua, sila bawa.

6) Pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian dan pakailah jaket atau baju luar yang berpoket serta seluar berpoket. Anda perlukan ini untuk penyimpanan barang mudah akses. Letakkan duit-duit kecil di kocek-kocek berasingan. Simpan juga duit kecil untuk negara yang anda akan lawati. Mudah jika ada perkara yang terdesak dan memerlukan.

7) Bertenang, bertenang, bertenang. Ya, untuk apa jua misi anda, ketenangan merupakan perkara yang penting. Jika anda tidak bertenang, bagaimana bayi anda mahu bertenang?. Ingat, bayi boleh mengesan perubahan emosi ibunya.

Mak dan ayah yang menghantar saya ke KLIA, Dhiya dan satu beg biru sandang yang saya bawa. Itu sahaja.

Pengembaraan saya menaiki pesawat dari KLIA ke Bali alhamdulillah selamat. Tips yang saya berikan di atas, ada yang saya tidak buat. Jadi, untuk peringatan saya sendiri dan semoga bermanfaat kepada anda semua, bolehlah mencuba tips di atas, jika bersesuaian. Siri pengembaraan ke bali ini akan saya sambung kelak. InsyaAllah.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com



Thursday, October 17, 2013

Pakej Kelas Online

Teks: Nurzahwani Mohd Nor.
Foto: Akademi Bekerja Di rumah.

Sebelum baca lanjut, cuba anda jawab soalan survey ini.

1) Anda telah mempunyai blog? Jika Tidak, terus ke soalan 2. Jika Ya, terus ke soalan 3 dan seterusnya.
2) Jika Tidak. Anda dicadangkan membuat satu blog untuk menceritakan sekolah kehidupan anda supaya memberi manfaat kepada orang ramai. Soalan tamat. Teruskan membaca isi kandungan entri ini.

3) Jika Ya, berapa kali seminggu anda update blog anda?
4) Adakah anda sering membuat entri menyatakan blog anda bersawang?
5) Anda minat untuk menjana pendapatan sampingan dari blog anda?

JIKA YA UNTUK JAWAPAN 3, 4, DAN 5, ANDA SEHARUSNYA MEMBACA ENTRI INI SELANJUTNYA!.

Tahniah kerana anda meneruskan pembacaan sehingga ke saat ini. Apa yang ingi saya kongsikan adalah berkenaan aktiviti Akademi Bekerja Dari Rumah yang sedang menjadi fenomena. Kumpulan ini semakin membesar sejak ia ditubuhkan sekitar Mac 2013. Saya mula menyertai Akademi ini pada April 2013 dengan menyertai kelas Teknik Blog hasilkan e-book. Jumlah ahli akademi pada masa itu kurang dari 30 orang. Namun, tiba-tiba ia MELETUP apabila menerima penyertaan demi penyertaan dalam masa TIDAK SAMPAI DUA BULAN, jumlahnya ahli bertambah secara MENDADAK kepada LEBIH SERATUS orang. Kini ia semakin membesar dan membesar. Penyertaan bukan sahaja terhad pada suri rumah sahaja, kini menjangkau kepada penulis novel berpengalaman, pengetua pusat didikan kanak-kanak dan pelbagai lagi.

WOW!!!

Apa yang menariknya berkenaan akademi ini?

Akademi ini menawarkan kelas asas blog sebagai 'benchmark' untuk meneruskan ke peringkat seterusnya. Ia umpama training center sebelum anda berjuang ke dunia alam maya yang serba mencabar dan mencari ruang untuk mencipta jenama dan menjana pendapatan.

Kelas di Akademi Bekerja Di Rumah memberikan anda pilihan Pakej Kelas Online yang anda boleh pilih. Ia di reka mengikut fokus, minat dan juga kemampuan anda. Berikut adalah pakej-pakej yang disediakan.

PAKEJ RM150

PAKEJ RM180 (PAKEJ BUTIK)

PAKEJ RM180 (PAKEJ BISNES MAKANAN)

Satu lagi pakej yang berbaloi.
 Setiap pendaftaran layak mendapat satu E-Book BONUS 101 home-based bisnes bernilai RM30. 
Tambah lagi!!!. 
Pendaftraran promosi ini hanya perlu membayar sebanyak RM200 sahaja untuk pakej yang bernilai RM285, begitu juga untuk pakej bernilai RM265.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!.


FAST ACTION, FAST RESULT.




Sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah. Daftar salah satu kelas berikut:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.


5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online - anda tiada produk dan berminat untuk menjual produk akademi bekerja di rumah?. Ini pakej yang sesuai untuk anda. Ia di datangkan sekali dengan kelas blog+e-book bonus+iklan soho directory+grup bimbingan.

6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho - kelas ini khusus untuk asas urus akaun bisnes anda. Belacajar secara online dengan guru bertauliah selama 3 jam. Nota+latihan diberikan. Perbincangan berterusan selepas kelas.


 

Apa kata mereka yang telah menyertai Akademi Bekerja Di rumah.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt akhirnya pada tanggal 31hb Oktober, 2013 berjaya juga saya siapkan tugasan 44 artikel yang diberikan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad selepas berkayuh keras melawan arus selama 4 bulan. Ini antara cabang persediaan saya meninggalkan kerjaya tetap menuju kerjaya baru yang telah lama saya idamkan, WAHM (Working At Home Mom). Doakanlah semuanya berjalan lancar untuk saya. Saya bermula di kala kekangan kerja di pejabat sangat keras dengan pelbagai kes yang menuntut komitmen luar biasa dari saya. Namun fleksibiliti yang ditawarkan melalui kelas di bawah bumbung Akademi Bekerja Di Rumah ini amat memahami situasi tersebut. Tiada kelas formal secara offline yang perlu saya hadiri and tiada waktu tetap yang saya perlu dial-in (seperti phone call meeting atau conference call meeting). Ianya lebih kepada satu ikatan antara Mentor dan Mentee yang sentiasa bersama tak kira waktu, "coaching" akan diberikan berdasarkan senarai tugasan yang telah ditetapkan dalam setiap modul kelas yang telah dilanggani. Sangat mudah. Itu lah yang saya cari dan saya temui di Akademi Bekerja Di Rumah.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat mutinasional yang mempunyai 80000 pekerja di seluruh dunia dengan pelbagai pendedahan yang saya dapat di tempat kerja saya, merantau dipelbagai pelusuk dunia, bukanlah mudah untuk seseorang atau sesuatu itu mendapat komitmen dan mengikat diri saya. Tetapi Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah berjaya melakukannya. Idea dan konsep Akademi Bekerja Di Rumah itu sendiri telah menarik perhatian saya. Suatu idea dan konsep yang benar-benar di luar kotak (out of the box thinking). Memahami idea dan konsepnya sahaja telah membuat saya terpikat, belum lagi terlibat. Ianya suatu idea dan konsep bisnes yang sangat menarik. Suatu idea dan konsep bisnes yang tidak mementingkan diri sendiri. Suatu idea dan konsep bisnes yang win-win. Suatu idea dan konsep bisnes yang memenuhi tuntutan sosial dan mendidik anak bangsa. Suatu idea dan konsep bisnes yang menjana ekonomi para suri dan mereka-mereka yang terkapai-kapai di luar sana. 

Saya mula berkecimpung dalam arena blogging bermula 2hb Februari, 2009 tanpa sebarang asas dengan bahasa rojak, tanpa arah. Sekadar berkongsi minat saya dalam menghasilkan barang kemas buatan tangan (handmade jewelries) bersama-sama rakan-rakan dan seterusnya menjualnya melalui blog setelah ada yang berminat dengan melihat gambar-gambar kerjatangan saya melalui blog. Saya juga terlibat dengan kerja-kerja amal bersama NGO dan turut berkongsi melalui blog lama saya www.comeybelako.blogspot.com. Terasa benar kelainannya bila berguru dengan mereka yang pakar, betullah cakap orang-orang tua, "hendak belajar perlu berguru". Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu bersusah payah melalui kesakitan dengan menongkah arus tanpa hala tuju. 

Melalui Akademi Bekerja Dari Rumah juga saya dapat membina jaringan sosial secara percuma. Trafik ke blog yag dijana melalui Akademi Bekerja Di Rumah juga sangat hebat. Belum pun habis tugasan, saya sudah berjaya menarik lebih 3 ribu trafik. Dengan adanya jaringan sosial percuma secara tak langsung saya mendapat promosi percuma ke atas bisnes yang saya miliki. Apalagi yang penting selain modal sosial - itu yang dapat saya bina melalui blog ini. Selain berkongsi pengalaman pahit panis, saya juga membina reputasi. Masyarakat hanya mahu berbisnes dengan mereka yang punya reputasi positif samada dari segi personal atau profesional.

Berkajang kalau hendak saya senaraikan kebaikan yang saya perolehi melalui kelas yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah.



************************************************************************


Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage : Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman
Sumber : http://tuanfadzilah.blogspot.com/2013/11/kaedah-penulisan-blog.html

Kaedah Penulisan Blog

Mutakhir ini, aktiviti menulis blog tidak lagi menjadi suatu perkara yang janggal. Masih lagi segar di dalam ingatan saya sekitar tahun 2008, saya langsung tidak pandai membuat blog. Pada masa itu saya mempunyai 3 orang rakan yang sudah mempunyai blog dan sedia mengajarkan ilmu blog secara teknikal. Akhirnya blog saya terhasil juga namun blog itu hanyalah sekadar blog pinggiran. Tiada matlamat jelas, jadi blog hanya sekadar pada url sahaja.

Sebenarnya membuat blog perniagaan atau blog peribadi secara individu adalah sangat mudah untuk dilakukan mengikut tutorial yang sudah disediakan. Anda tidak perlukan guru, apatah lagi perlu membayar yuran untuk menghasilkan blog percuma.



Namun apa yang anda perlu belajar dari guru berbanding belajar melalui kesilapan adalah jauh lebih berbaloi. Anda akan dibimbing untuk memastikan kandungan blog anda adalah kandungan yang mempunyai nilai tambah serta membawa manfaat serta diajar untuk hanya memilih aplikasi-aplikasi tertentu yang penting sahaja. Ada blog yang kita hasilkan penuh berinformatif namun pelawat tidak dapat akses ke blog disebabkan terlalu banyak gajet-gajet tambahan yang melambatkan proses loading blog kita. Tiada guna blog yang cantik dan sentiasa dikemaskini tetapi sekadar menjadi blog sampah dicarian google.

Alang-alang berblog, matlamat kita ialah bagi menjadikan blog kita sumber rujukan ramai dan blog yang diminati  kerana mempunyai pelbagai informasi. Sekurang-kurangnya ilmu yang bakal diperolehi oleh pelawat blog yang diamalkan itu boleh menjadi saham akhirat untuk kita. Sebagai peniaga pula, blog ini diharapkan agar dapat menghubungkan kita dengan rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Bagi menghasilkan sebuah blog yang berkualiti tinggi dan mampu menjana pendapatan, adalah penting bagi kita untuk menulis blog berdasarkan ilmu. Carilah guru, rujuklah pada mereka yang pakar kerana masa kita adalah sangat berharga untuk dibazirkan pada sesuatu yang sia-sia. Saya sendiri pernah mempunyai blog sebelum ini namun akhirnya berkubur kerana menulis blog tanpa ilmu dan tiada matlamat yang jelas dan ilmu yang cukup mengenai penulisan blog.

 Sekali lagi,
buat persediaan diri, tempah dan daftar segera.
Sesungguhnya masa tidak pernah menunggu kita.


Hubungi Wani Mohd Nor 

1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com



Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts