Sunday, March 23, 2014

Rentetan peristiwa Konsert Tertutup Festival Music Asia- beratnya tanggungjawab ibu bapa terhadap anak

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.
Mengembar gemburkan lagi isu remaja yang meninggal akibat dadah dan alkohol bukanlah perkara yang elok. Apatah lagi menyiarkan gambar yang mengaibkan. Namun, saya terpanggil juga untuk mengulas kerana ada pengajaran yang patut kita ambil. Terutamanya berkaitan dengan ibu bapa.

Perkara yang berlaku menyebabkan hati saya tersentap. Hati memanjatkan doa agar saya berjaya menjadi ibu yang mendidik khalifah Allah sebaik mungkin. Tidak ada daya dan tidak ada kekuasaan untuk kita menghalang dan menjaga anak kita 100% setiap masa.

Kelak, bila mereka remaja dan dewasa, logiknya mereka akan meneruskan hidup tanpa kehadiran kita. Kebergantungan kita kepada Allah.

Memetik kata-kata Ustazah Nik Salida dalam ceramahnya tempoh hari, sematkan dalam hati anak kita, kebergantungan mereka adalah kepada Allah. Bukan kepada saya, bukan kepada bapa, bukan kepada harta jauh sekali.

Ilmu yang kadang kala saya sedar, tapi bila tiada orang yang sebutkan untuk saya, saya jadi alpa. Mudah-mudahan perkongsian saya, anda juga mendapat manfaat.

Wallahualam



Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/09/kelas-online-asas-penulisan-blog-dan.html

Beli buku yang anda suka:
http://books-etcetera.blogspot.com

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/08/pakej-pengiklanan-servisproduk-di.html

Ada bisnes? Mahu belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.

Apa yang saya akan belajar?
Buat BlOG KEDAI ONLINE
Menulis secara konsisten
Buat borang tempahan
Membuat jenis-jenis entri
Membuat fanpage
Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
Kelas dijalankan secara ONLINE
Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer
>> Talian internet

SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bukan itu sahaja.
Dengan Yuran RM200, anda layak mendapat BONUS ebook bernilai RM175:
1. Ebook Asas Blog.
2. Ebook Super Wahm Super Mom.
3. Ebook Panduan Mula Butik.
4. Ebook 101 Idea Home-based Bisnes.

Daftar segera dengan saya :
Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/zahwanimn

Sms@Whatsapp : 0136200432

Friday, March 21, 2014

Kerja dan bisnes dari rumah

Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/09/kelas-online-asas-penulisan-blog-dan.html

Beli buku yang anda suka:
http://books-etcetera.blogspot.com

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/08/pakej-pengiklanan-servisproduk-di.html

Ada bisnes? Mahu belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.

Apa yang saya akan belajar?
Buat BlOG KEDAI ONLINE
Menulis secara konsisten
Buat borang tempahan
Membuat jenis-jenis entri
Membuat fanpage
Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
Kelas dijalankan secara ONLINE
Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer
>> Talian internet

SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bukan itu sahaja.
Dengan Yuran RM200, anda layak mendapat BONUS ebook bernilai RM175:
1. Ebook Asas Blog.
2. Ebook Super Wahm Super Mom.
3. Ebook Panduan Mula Butik.
4. Ebook 101 Idea Home-based Bisnes.

Daftar segera dengan saya :
Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/zahwanimn

Sms@Whatsapp : 0136200432

Thursday, March 20, 2014

Bento aka bekal anak

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Saya sukakan bento berwarna-warni. Asalnya bila saya nampak seorang rakan FB post gambar bento anak-anaknya. Namanya Masthura Helmi. Jika anda berminat bolehlah jadi rakannya juga. Beliau turut berkongsi satu gambar yang menjadi asas untuk menyediakan bento. Ringkas, padat dan menarik. 

Ibu-ibu yang masih menggagau-gagau cara menyediakan bento, boleh merujuk pada panduan asas ini. Mudah bukan. Sediakan bekal sekolah anak dengan kasih saya, perasaan itu akan mengalir terus sampai kepada anak. 




Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/09/kelas-online-asas-penulisan-blog-dan.html

Beli buku yang anda suka:
http://books-etcetera.blogspot.com

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/08/pakej-pengiklanan-servisproduk-di.html

Ada bisnes? Mahu belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.

Apa yang saya akan belajar?
Buat BlOG KEDAI ONLINE
Menulis secara konsisten
Buat borang tempahan
Membuat jenis-jenis entri
Membuat fanpage
Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
Kelas dijalankan secara ONLINE
Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer
>> Talian internet

SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bukan itu sahaja.
Dengan Yuran RM200, anda layak mendapat BONUS ebook bernilai RM175:
1. Ebook Asas Blog.
2. Ebook Super Wahm Super Mom.
3. Ebook Panduan Mula Butik.
4. Ebook 101 Idea Home-based Bisnes.

Daftar segera dengan saya :
Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/zahwanimn

Sms@Whatsapp : 0136200432

Wednesday, March 19, 2014

Rezeki kembali ke trek

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.
Alhamdulillah.
Allah adalah sebaik-baik perancang. Kadang kita tak tahu apa yang kita mahu rupanya bukan yang terbaik untuk kita. Bila tak dapat, salahkan orang sana, mula salahkan orang sini. Rupanya Allah nak tunjuk yang lebih baik.


"Dalam keinginan kita untuk melihat matahari, Allah turunkan hujan. Rupanya Allah mahu tunjukkan pelangi indah untuk kita"
Tapi, itu tak pula bermaksud, bila kita usahakan sesuatu, kita boleh ambil lewa. Sifu ABDR saya selalu berkata. Kembali ke trek, fokus, jalan terus. Alhamdulillah. semua ini benar. Jika anda rasa putus asa, ingatlah, Allah sebaik-baik perancang. Kebergantungan pada Allah. Dekatkan diri padanya. Janji Allah itu benar. Man jadda wa jadda. 

Ada pula yang kata, kalau kita baca zikir, dhuha dan sedekah sebab nak kaya bolehkah? Macam tak ikhlas saja.

"Bersedekahlah walau awalnya riak. Solatlah walau awalnya tidak khusyuk."
Saya rasa ini menjawab persoalan yang ada dalam hati. Kalau nak tunggu khusyuk baru nak solat, takkan pula tak mahu solat terus?.

Jadi, jika sudah ada niat dan matlamat, teruskan berusaha. Kekal dalam trek. Fokus. Usaha tangga kejayaan. Bukan untuk anda, ini ingatan untuk saya sebenarnya. Terpakai juga pada yang mahu.

Cukup saya membebel hari ini. Jarang membebel dalam blog, hari ini adalah harinya.

Salam nutrisi rohani dan jasmani.








Maklumat lanjut kelas online:



Tuesday, March 18, 2014

Makanan booster metabolisme anda

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Anda ingin membuang lemak tidak perlu di badan anda?. Selain senaman, mengawal pemakanan yang membawa maksud makan dalam julat kalori harian yang sesuai, satu lagi cara adalah meninggikan kadar metabolisme anda.

Untuk meninggikan kadar metabolisme, terdapat beberapa makanan yang telah dikaji dan disarankan untuk anda.

Makanan booster metabolisme anda

  1. Putih telur
  2. Daging. Kandungan zat besi yang tinggi sesuai untuk menggalakkan metabolisme
  3. Air. Kekurangan air dikatakan boleh merendahkan metabolisme. Tips yang diberikan adalah minum air sejuk supaya lebih banyak tenaga diperlukan untuk memanaskan badan pada suhu yang sesuai.
  4. Cili.
  5. Kopi
  6. Teh hijau. Ia mengandungi komposisi EGCG yang menggalakkan pembakaran lemak
  7. Bijirin penuh. Komposisi fiber yang tinggi membuatkan sistem pencernaan bekerja keras dan memerlukan lebih tenaga untuk memecahkan makanan tersebut.
  8. Kekacang. Kandungan zat besi yang tinggi untuk membantu menggalakkan metabolisme
Ada yang mengatakan makanan dapat menggalakkan metabolisme adalah spekulasi dan ia masih kabur. Apa yang penting adalah kekal aktif, lakukan senaman. Tidak salah untuk mencuba. Walau apa pun, penjagaan makanan dan mengetahui keperluan nutrisi itu tetap penting. Makanlah makanan yang seimbang, tidak kira untuk menjadi kurus atau menambah berat badan.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/09/kelas-online-asas-penulisan-blog-dan.html

Beli buku yang anda suka:
http://books-etcetera.blogspot.com

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/08/pakej-pengiklanan-servisproduk-di.html

Ada bisnes? Mahu belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.

Apa yang saya akan belajar?
Buat BlOG KEDAI ONLINE
Menulis secara konsisten
Buat borang tempahan
Membuat jenis-jenis entri
Membuat fanpage
Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
Kelas dijalankan secara ONLINE
Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer
>> Talian internet

SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bukan itu sahaja.
Dengan Yuran RM200, anda layak mendapat BONUS ebook bernilai RM175:
1. Ebook Asas Blog.
2. Ebook Super Wahm Super Mom.
3. Ebook Panduan Mula Butik.
4. Ebook 101 Idea Home-based Bisnes.

Daftar segera dengan saya :
Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/zahwanimn

Sms@Whatsapp : 0136200432

Monday, March 17, 2014

Sejarah Penyusuan Nabi Muhammad

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Entri ini telah tertangguh beberapa lama. Sudah berada dalam draft dari minggu lepas. Saya mencari-cari maklumat yang bertepatan dan sesuai dengan entri ini. Akhirnya diizinkan Allah, saya bertemu dengan maklumat yang diperlukan pada masa yang saya tidak sangka-sangka.
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Subhanallah. Alhamdulillah.

Apa yang saya ingin bawakan adalah mengenai sejarah penyusuan, dan saya ingin bandingkan dengan sejarah penyusuan yang pernah dicatatkan dalam sejarah Islam. Nyata, model yang paling hampir adalah Nabi kita Muhammad S.A.W.

Dicatatkan oleh Emily E Stevens dalam artikelnya yang bertajuk A History Of Infant Feeding, sejarah penyusuan susu formula bermula daripada rentetan masalah penyusuan yang membawa kepada wujudnya ibu susuan atau disebut sebagai wet nursing. Konsepnya sama. Daripada penceritaan Emily E.Stevens, wet nursing wujud apabila ibu kandung mempunyai masalah untuk menyusukan anaknya, lalu diupah seorang ibu untuk memberikan susu, sementelah tiada lagi alternatif yang lebih baik daripada itu pada waktu itu. Susu ibu, terjamin sebagai susu terbaik.

Apabila dibandingkan dengan sejarah penyusuan Islam, Nabi Muhammad S.A.W kehadiran ibu susuan adalah lebih kepada adat pada waktu itu. Namun, apa yang mutlak, segala kejadian adalah kerana Rasul junjungan kita terpelihara dan apa yang berlaku tidak lain tidak bukan untuk dijadikan contoh untuk umat Nabi Muhammad kini.

Dikatakan adat bangsa Arab pada masa itu, bayi akan diserahkan kepada ibu susuan yang tinggal di desa dengan udara yang segar dan suasana terbaik untuk pembesaran kanak-kanak ditambah pula kemahuan ibu bapa untuk anak mereka belajar bertutur Bahasa Arab asli. 

Sememangnya akan ada ibu-ibu dari desa yang akan ke kota untuk mencari anak susuan untuk mendapatkan upah. Namun pertemuan Halimatus Saadiah dengan Nabi Muhammad S.A.W adalah dengan keizinan Allah subhanallah taala dan bukanlah kerana upah disebabkan Nabi Muhammad S.A.W diketahui sebagai anak yatim dan serba kekurangan.

A History of Infant Feeding


Sebelum daripada penyerahan Nabi Muhammad S.A.W kepada Halimatus Saadiah, ibunya Aminah binti Wahab menyusukan Nabi selama tiga hari dan ada yang mengatakannya seminggu. Kemudian ia disusukan pula sekejap oleh Thuwaibah, hamba Abu Lahab. Setelah itu diserahkan kepada Halimatus Saadiah dan dibawa balik ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan. Maka, tinggallah Nabi bersama Halimatus Saadiah sehingga dua tahun dan kemudian Halimatus Saadiah menyambung menjaga Nabi Muhammad S.A.W sehingga umurnya baginda empat tahun.

Begitulah sejarah penyusuan Islam yang mengaitkan ibu susuan dan menunjukkan betapa susu dari ibu merupakan pilihan pertama yang harus difikirkan sebagai makanan awal bayi. Penggunaan ibu susuan ini masih terpakai hingga ke hari ini, walau pun dalam konteks dan suasana yang berbeza.

Salam nutrisi rohani dan jasmani dari saya.
================================================================

Ada bisnes? Mahu belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
✔ Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
✔ Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
✔ Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.

Apa yang saya akan belajar?
✔ Buat BlOG KEDAI ONLINE
✔ Menulis secara konsisten
✔ Buat borang tempahan
✔ Membuat jenis-jenis entri
✔ Membuat fanpage
✔ Belajar membuat pautan antara blog untuk aliran trafik

Bagaimana Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah ini dijalankan?
✔ Kelas dijalankan secara ONLINE
✔ Modul tersedia dan mudah untuk difahami.
✔ Bonus E Book Asas Blog sebagai rujukan.
✔ Guru Online yang sedia membantu setiap masa.
✔ Masa yang fleksibel, tanpa tekanan dan tidak terkejar-kejar
Apa syarat yang perlu ada:
>> Laptop/komputer
>> Talian internet


SYARAT UTAMA:
ADA MINAT, FOKUS, KOMITMEN & KESUNGGUHAN
Bukan itu sahaja.
Dengan Yuran RM200, anda layak mendapat BONUS ebook bernilai RM175:
1. Ebook Asas Blog.
2. Ebook Super Wahm Super Mom.
3. Ebook Panduan Mula Butik.
4. Ebook 101 Idea Home-based Bisnes.

Daftar segera dengan saya :
✉ Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
✉ FB : Wani Mn
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432

Saturday, March 15, 2014

Ulasan Pelajar Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif

Teks: Nurzahwani Mohd Nor.

Sudah mahir bukan bermaksud tidak boleh menghadiri kelas menambah ilmu. Akademi Bekerja Di Rumah berbesar hati menerima penyertaan daripada novelis yang tidak asing lagi Asmah Hashim, yang mana salah satu novel yang telah ditulisnya bertajuk Aku Turut Bahagia. Saya pernah membaca novel yang meruntun dan merobek hati ini. Jadi kehadiran Puan Asmah Hashim mengosongkan gelas menimba ilmu dengan ABDR sangat mengejutkan saya sebenarnya. Namun, ini tidak mustahil kerana ia bermanfaat untuknya. Ikuti apa kata Puan Asmah Hashim mengenai kelas Asas Blog Penulisa Kreatif ABDR.






Ulasan: Asmah Hashim
ULASAN KELAS ASAS BLOG.

Orang ada FB, saya hendak ada FB. Orang ada Blog, sayapun hendak. Tetapi tidak pandai membuatnya. Mula mendaftar, terkial-kiallah saya melakukannya. Akhirnya Blog itu wujud tetapi entahlah sudah lama menghilang arah. Blog Asmah Hashim terbiar bersawang tidak diusik, entahkan hidup, entahkan tidak. Saya juga ada grup sendiri iaitu Ta’aruf, jemputlah hadir ke grup tersebut jika sudi. Grup santai sahaja. Saya tidak pandai buat blog, betul! Tidak tipu. Benar! Bagaimana mungkin saya lupa bagaimana saya mula ada Blog Nukilanku Asmah Hashim. Ia dibina oleh rakan dan kenalan yang berasal dari Ipoh Perak. Pena Ungu. Beliaulah yang telah membina blog saya, dia hanya membina, entri di dalamnya pandai-pandailah saya. Tidak mungkin saya akan suruh dia pula menyusun entri atau apa sahaja untuk blog saya. Buat malu sahaja.

Blog saya itu biasa-biasa sahaja. Pengikutpun tidak ramai. Hendak bertanya, terasa malu. Nanti diperkecilkan pula. Akhirnya saya membisu dan bertanya kepada anak saya, bagaimana hendak buat orang kenal blog kita? Dia jawab, kenalah buka blog orang dan jadi pengikut. Sejak itu saya ikut nasihatnya, namun blog saya tetap tidak ramai pengikut. Kecewa juga di hati. Akhirnya saya biarkan blog itu bersawang. Saya juga jarang kongsi ke wall Fb saya, jika ada entri baru, masa itu sibuklah nak promote.

Saya ini aktif orangnya. Malah sangat aktif di FB grup pembaca novel dan masakan. Apabila bersama dengan Grup Mari Menulis, saya berkenalan dengan Cikgu Monalita Mansor, seorang ahli perniagaan Online dan penulis. Melalui beliaulah saya belajar mencantik dan menghidupkan blog saya yang sebelum ini amat menyedihkan. Terasa diri ini terlalu kerdil dalam dunia cyber ini. Banyak peluang yang kita dapat dengan mempunyai blog sendiri. Bukan hanya di FB sahaja kita boleh mewarkan-warkan perniagaan kita, tetapi di dalam blog juga kita mampu lakukan asalkan tahu bagaimana. Setiap perkara perlu ada ilmu. Maka belajarlah. Setiap perkara yang hendak kita lakukan, perlu melabur, maka melaburlah. Bukan cakap kosong, jemput-jemputlah singgah melihat blog-blog kami. Lihat sendiri, kaji sendiri. Alami sendiri. Pasti anda akan suka, akan tertarik.

Banyak perkara yang belajar di dalam Kelas Asas Blog ini. Dengan bimbingan yang tidak berhenti, tidak kira siang atau malam, cikgu-cikgu yang bertugas dan rakan-rakan saling membantu. Maka lahirlah blog saya yang penuh entri, ramai pengikut, pembaca dan blog rakan-rakan sekelas dan rakan akademik. Malah kami diberi peluang untuk menjana pendapatan hanya di hujung jari kita sahaja. Kita juga boleh menjana pendapatan hanya dari rumah. Tidak rugi berada di dalam kelas ini. Banyak manfaatnya. Jika terasa ingin memajukan perniagaan sehingga ke seantero dunia sudi-sudikanlah mendaftar dalam kelas ini. Wang yang dilaburkan akan berganda jadinya jika kita berminat dalam bidang perniagaan. Malah saya semakin rajin memasukkan entri baru.

Ayuh! Kawan-kawan apa lagi, aturlah langkah untuk membina blog sendiri. Tidak kira siapa anda, penulis, pembaca novel, ahli sejarah, tukang masak, katering, menjual barang online atau apa sahaja, manfaatkan peluang ini. Peluang bukan untuk jadi kaya tetapi peluang untuk mendapatkan wang dengan hanya duduk di rumah. Rumah terurus, anak terjaga, suamipun sayang.

==================================================

Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/09/kelas-online-asas-penulisan-blog-dan.html

Beli buku yang anda suka:
http://books-etcetera.blogspot.com

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/08/pakej-pengiklanan-servisproduk-di.html

Hubungi Wani Mohd Nor
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn

Wednesday, March 12, 2014

Pendapat pembaca E-Book Panduan Bisnes Butik

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah.

Perasaan membaca komen dari pembaca e-book Panduan Bisnes Butik ini mengujakan. Bukan saja beliau bersemangat, rasa hati saya turut melonjak-lonjak.

Seperti kata Puan Zanariah Kamal, e-book ini sememangnya disyorkan untuk anda yang mahu mulakan bisnes butik. Ia memberikan idea dan inspirasi yang boleh menjadi aspirasi anda.



Mahu tahu sedikit intipati e-book ini?
Bab 1: • Memilih fokus produk yang sesuai contoh pilihan adalah pakaian kanak-kanak, banyak kategori yang boleh dipecahkan iaitu, barang kelengkapan kelahiran, pakaian kanak-kanak mengikut usia, pakaian tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan, barangan kelengkapan penyusuan eksklusif, barangan bahan bacaan awal kanak-kanak berusia 1,2,3 tahun.
• Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.
• Contoh fokus produk lain ialah butik pakaian dan aksesori wanita. Contohnya butik pelbagai koleksi tudung, kain ela, pakaian siap seperti baju kurung, pakaian ke tempat kerja, pakaian untuk majlis sosial dan riadah. Untuk aksesori seperti beg tangan, kasut dan sebagainya.

Bab 12, Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online Offline.
“Walaupun kita gagal sekali, atau sukar mendapatkan pinjaman bank, perlu istiqamah dan terus buat sahaja (just do it!). Jangan fikirkan apa-apa. Usahakan apa yang ada. Ini penting untuk bina reputasi dan lama-kelamaan kita akan membina kredibiliti dan kepercayaan.”Tips Ali Hassan (pemilik Butik Al-Ikhsan)- Apa sahaja yang berlaku, usahawan perlu sabar.- Perbaiki kelemahan.- Jangan malu bertanya kepada pelanggan apa yang mereka tidak puas hati, biar mereka “komplen”.

Isi kandungan e-book

Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2 Rangkaian industri butik
1.3 Ciri-ciri butik

Bab 2: Kemahiran
2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat)
3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan

Bab 4: Modal (15 muka surat)
4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman

Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan

Bab 6: Pendaftaran bisnes

Bab 7: Pengurusan bisnes
7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, 
pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional

Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat)
 8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9:Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran

Bab 10: Organisasi/ badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan

Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan

Bonus 1: Pengalaman Usahawan Bisnes Butik Abaya

Bonus 2 : Motivasi bisnes

12.1Kelangsungan bisnes
12.2 Aliran pendapatan berganda
12.3Lapan prinsip sukses
12.4 Tip bisnes orang Cina

Tuesday, March 11, 2014

Tempahan blog

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Jika sebelum kewujudan FB, sekitar tahun 2008 ke belakang, kebanyakan bisnes online menggunakan medium blog. Setiap yang berniaga online, paling mudah, gunakan medium blog. Cara lain, iklankan di Mudah.my. Itu yang popular. Kemudian, masukkan iklan di blog-blog terkenal untuk dapatkan jualan, kemudian link pula ke blog sendiri. Ada pula teknik blogwalking. Pelbagai cara.

Terkini, apabila sudah wujud FB, dan instagram, bisnes online makin rancak. Tapi, adakah blog perlu dilupakan sama sekali?. Sebenarnya, walau pun FB dan instagram digunakan untuk berjual, teknik yang lebih elok adalah apabila ia dirangkumkan sekali. Gunakan FB sebagai medium pemasaran dan tarik pelanggan untuk membeli di kedai anda iaitu blog.

Blog memberikan peluang untuk menulis lebih panjang. Menerangkan sejelasnya. Input yang tidak mati. Gambar yang tidak hilang.

Saya bukanlah pakar pemasaran. Tapi ini adalah berdasarkan ilmu yang dicerap sepanjang bersama Akademi Bekerja Di Rumah.

Paling sesuai adalah gabungan FB/Instagram dan juga kedai online anda iaitu blog. Susahkah ingin bina blog?. Ikut tahap masing-masing. Ada yang rasa sukar, ada yang rasa mudah. Ada yang boleh ikut kelas, ada yang tahap sibuk sampai tak boleh hadiri kelas online lagi pula offline. Jadi, mudahnya cari tukang bina blog.

Kepada yang inginkan servis membina blog bisnes atau peribadi, saya buka peluang ini untuk anda.

Harga servis bina blog
Dengan RM200, anda akan menerima perkara berikut:-

  • pendaftaran email, nama blog, penjenamaan blog berdasarkan analisa
  • 5 label cadangan untuk blog anda
  • masukkan borang tempahan (untuk blog bisnes)
  • 10 gambar untuk entri pertama
bonus 1
-Pilhan tiga ebook, salah satunya  asas blog
- ruang iklan 1 tahun di sohodirectory bernilai RM100







Bagaimana ingin membuat tempahan?
Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi penulis
emel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Monday, March 10, 2014

Tragedi Pesawat MH370

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Hari ini sudah masuk hari ketiga tragedi kehilangan pesawat MH370. Sudah tiga hari juga tragedi urutan daripadanya berlaku. Pesawat Boeng 777-200 ini berlepas dari Kuala Lumpur jam 12.41 pagi Sabtu dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi. Namun, yang ditunggu tidak tiba. Mungkin sebagai orang yang melihat, kita hanya mengalami satu tragedi atau dua atau tiga, termasuk tertipu dengan beberapa maklumat palsu, rayuan palsu dari anak palsu dan seangkatan dengannya. Bagaimana dengan mereka yang berada di Beijing menanti kedatangan orang yang ditunggu?. Bagaimana dengan sanak saudara yang memegang telefon menanti sms "sudah sampai di Beijing"?.

Sewaktu mendapat berita kehilangan , saya dan suami sedang bersiap untuk pulang ke kampung. Rancangnya selepas balik dari kelas agama, kami akan terus pulang ke kampung. Beg sudah pun diletak di depan pintu. Tiba-tiba suami dapat panggilan kecemasan untuk membuat mesyuarat tergempar kehilangan pesawat. Tersentap rasa hati sebab tidak pernah lagi Malaysia mengalami peristiwa kehilangan pesawat Boeing yang membawa ratusan rakyat. Paling jauh pun beberapa kapal terbang kecil yang tersesat atau kapal terbang pelatih yang tersasar. Ini pula adalah kapal terbang penumpang. ALLAHUAKBAR

Sejak dari pagi itu, banyak sungguh berita palsu tersebar. Aduhai. Hati ini bagai dicucuk ditarik dicucuk dan ditarik. Saya tak pasti bagaimana perasaan ahli keluarga yang benar-benar terlibat dalam hal ini. Saya rasakan saya terkesan dengan perkara ini, kerana memahami perasaan menghantar orang tersayang pergi untuk bertugas dengan mengharapkan perkara terbaik untuknya. Alih-alih yang pergi terus senyap, tiada berita. Aduhai. Sememangnya apabila mendengar berita pesawat terhempas, C130 tersasar, helikopter dicari. Memang risau.


Kes ini sudah masuk tiga hari. Sudah tiga hari juga saya rasa tempoh paling lama saya duduk di hadapan televisyen menanti berita terkini. Sudah tiga hari juga pelbagai orang-orang pakar berkaitan melontarkan pendapat, teori dan pandangan. Paling terbaru saya dengar adalah daripada pakar yang bersama-sama dalam misi pencarian pesawat di Bario. Beliau tidak menafikan, doa dan permohonan untuk membuka hijab dan ditunjukkan kesan pesawat perlu dipinta pada Allah yang maha Esa. Beliau mengakuinya sendiri, ia berdasarkan pengalaman beliau. Namun, masih juga mengakui, ia tidak dimasukkan dalam jurnal tulisannya yang diterbitkan di antarabangsa.

Tapi perkara terbaik yang berlaku adalah kerjasama antarabangsa yang menghulurkan bantuan dalam misi pencarian pesawat yang hilang ini. Rakyat dunia juga menunjukkan keprihatinan dengan sama-sama mendoakan yang terbaik untuk penumpang MH370.

Semoga kerjasama dan kebaikan ini ikhlas dan berpanjangan. Sama-sama kita terus berdoa untuk keselamatan, kemudahan, keamanan semua penumpang MH370 tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Kepada mereka yang suka tekan butang 'share' perkara yang tidak pasti, hentikanlah aktiviti itu. Yang boleh di kongsi adalah doa dan kata-kata semangat. Tapislah maklumat-maklumat yang anda terima. Biarkan pihak radio dan televisyen siarkan berita, teori dan pandangannya. Jika tidak dapat lihat di televisyen dengarlah di radio.

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts