Wednesday, April 30, 2014

Kenapa kena usaha lagi dan lagi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Hari ini, hari terakhir bulan April. Menilai semula apa yang sudah disumbangkan oleh diri yang kerdil ini. Buat diri rasa takut pula. Sebab usaha belum cukup lagi.

Bila buka muka buku, berderet pembacaan tentang usaha, nikmat dan kesusahan orang sekeliling. Luruh air mata. Jika ada rezeki melimpah ruah, boleh sedekah lebih banyak dan kepada ramai orang. Ini ingatan buat diri sendiri. Sebab itu, kena usaha supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain. 

Teringat pesanan Ustazah tempat pengajian saya, walau pun telah ditentukan dan tertulis di luh mahfuz kita ke syurga atau neraka, tapi kita tetap wajib berusaha. Wajib membuat amalan baik. Wajib tunaikan suruhannya. Sebab, kita tidak tahu apa yang tertulis di sana. Tahu kah?

Jangan kata, "kalau dah tertulis masuk syurga, buat apa buat baik lagi?" Mana tahu awak tu ditulis ke syurga? 

Kesimpulannya, biar apa pun saya, suri rumah, cikgu, mahu pun jurutera, saya punya manfaat untuk orang lain. Mari kita menuju kejayaan. Usaha dan usaha lagi. Tepuk bahu dan ingatan untuk diri.


Jangan fikir dari rumah tidak boleh dapat rezeki untuk bantu orang lain. Ada banyak caranya. Usaha, usaha, usaha. cari dan cari ilmu. Ilmu merata. Jika tak mahu keluar rumah, boleh online dari rumah. Jika tidak tahu mana nak mula, hubungi saya. Jom kita muhasabah diri sama-sama.


Salam nutrisi rohani dan jasmani,




Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Tuesday, April 29, 2014

Berapa banyak sayur kena makan?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Dalam kepala saya selalu tertanya-tanya, bila pegawai diet kata kena makan sayur sebanyak 4 sudu, sayur tu jenis sayur macam mana?. Kalau bendi, 4 sudu bersamaan dengan 4 biji bendi kah? Sayur sudah dimasak atau sayur mentah?

Jika anda ada terngiang-ngiang soalan yang sama seperti saya, ini hasil maklumat yang saya cari.
Rasanya sistem cawan ini lagi berkesan untuk saya faham.

Makan 4-5 hidangan sayuran sehari. Setiap hidangan bersamaan 1/2 cawan sayur yang telah dimasak, atau 1 cawan sayur mentah (belum masak) atau 1/2 cawan jus sayuran. 

Ada orang makan jus sayuran?. Ada. Mak saya makan jus pegaga. Sayuranlah tu.

Ok. Semoga mendapat manfaat. Jangan lupa makan sayur. Kita perlukan fiber. Siapa yang mahu kurus dan kurangkan kolesterol dalam darah, makan sayur, makan sayur.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,




Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Monday, April 28, 2014

Ramuan sakit tekak dari dapur

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Bismillah.

Tekak gatal rasa ingin menggaru. Perit, pedih, rasa terluka. Amboi, macam drama swasta. Saya cuma mahu gambarkan perasaan bila sakit tekak. 

Dahulu, kawan saya berkongsi, bila mula rasa sakit tekak, bakteria sudah mula ada di tekak. Katanya, kadang kala boleh nampak putih di tekak, macam koloni bakteria di piring kaldu. Tipsnya, bila ada rasa berpasir di tekak, boleh cepat-cepat kumur air garam.

Anda pernah tengok kultur bakteria?. Rupanya begini. Satu kelompok itu adalah satu koloni. Saja-saja cerita sebagai ilmu. Beginilah salah satu langkah Shirota mengkaji strain untuk minuman kulturnya.




Kembali kepada kisah sakit tekak. Masa kecil, mak saya selalu berikan lozenges jenama Dequadin (betul atau tidak ejaannya). Tapi, bila dah dewasa, rasanya menghisap lozenges sudah tidak sedap. Tambah lagi bila tiada stok di rumah. Kemudian saya jumpa pula ramuan khas untuk sakit tekak ini dari muka buku.

Ramuan:
Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
1 cawan madu

Cara-cara:
1. Dalam bekas (350ml – 400ml), campurkan hirisan lemon (tinggal 3-4 hirisan) dan halia.
2. Tuangkan madu ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu. Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.
3. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.
4. Campurkan 1 – 2 sudu teh ‘agar-agar’ madu itu cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya.
5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 1 hingga 2 bulan.

Bila saya baca boleh simpan 1-2 bulan, saya rasa menarik sangat. Jadi, tak rugi jika mencubanya. Sebenarnya sebelum ini saya gunakan jem lemonade tanpa pengawet dan ditambah madu secukup rasa. Jadi, dengan adanya resepi di atas, saya tak perlulah beli jem lemonade. Buat saja di rumah. Saya kira resepi di atas boleh juga digunakan untuk anak kita bukan?.
Jika anda rasa menarik, silalah salin siap-siap dalam buku resepi anda. Selamat mencuba!.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Saturday, April 26, 2014

Minyak berkulat. Betulkah berkulat?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.
Semuanya di hujung jari. Maklumat semakin mudah disampaikan. Kadangkala betul, kita sebarkan. Bila rasa cerita panas, lagi cepat kita sebarkan. Kalau cerita tak benar, bagaimana? Anda sebarkan juga atau KIV atau lupakan saja?

Minggu sudah saya dapat satu gambar dari kumpulan whatsapp masjid kampung saya.Pertama kali baca, saya jerit dalam hati, ewww, gelinya!.
Tengok lagi sekali lagi, fikir lama sikit. Baca-baca sikit. Terang sikit fikiran.


Apa pendapat anda?
Isunya adalah dikatakan minyak ini berkulat, kerana ia minyak terpakai ditapis semula dan ia tiada logo halal. Saya tak mahu bicara tentang isu halal. Saya mahu sentuh tentang kulat.

Sebenarnya pertama kali jumpa memang nampak geli. Saya pernah saja jumpa di rak kedai mempunyai pendingin hawa, minyak jenama lain yang ada putih keladak seperti ini. Namun, adakah ia benar-benar kulat?.

Tambahan lagi, berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya pernah lihat masalah keladak dalam minyak seperti ini. Dan ia bukan sama sekali kulat. Ia dipanggil 'Clouding Effect'. Minyak ini mempunyai 'clouding point'. Bila tiba takat beku atau 'clouding point', minyak akan mula membentuk kristal dan membeku. Ia adalah lemak dari minyak itu sendiri.

Walau pun nampak macam geli atau tidak cantik, sebenarnya minyak masih elok. Melainkan ada bau tengik. Atau berkulat sungguh-sungguh ada nampak bulu-bulunya.

Kenapa ada banyak lagi minyak yang tidak membeku?

Antara sebab minyak lain tidak membeku adalah belum sampai tahapnya untuk membeku (belum sampai clouding point). Kemudian, minyak ini kemungkinan minyak campuran dengan sifat kimianya sesuai kandungan lemak tepu dengan lemak tidak tepu.

Selain itu, pengeluar minyak juga menggunakan bahan anti pengkristalan untuk menghadapi masalah sebegini, terutamanya bagi minyak yang dikeluarkan untuk negara bermusim sejuk. Bahan anti pengkristalan ada pelbagai, sama ada menggunakan minyak yang telah terubahsuai atau menggunakan bahan sintetik. Boleh rujuk bacaan di sini.

  1. http://www.google.com/patents/US20030068426
  2. http://www.americanpalmoil.com/publications/Palm%20Olein%20Improves%20Cooking%20Oil%20Blends.pdf


Ini antara gambar lain minyak zaitun yang membeku.




Jadi, betulkah dalam minyak Avena di atas, adalah kulat?. Saranan saya, hentikan penyebaran maklumat minyak berkulat. Jika tidak benar, dikhuatiri jadi fitnah. Satu lagi, ia membantut pendapatan pekebun kecil yang mengusahakan ladang sawit. Saya tak mahu sebut ladang kelapa sawit besar.

Tambahan pula sawit merupakan industri komoditi negara. Sedang Malaysia berusaha menangkis serangan negara luar yang anti sawit, 'serangan' dari dalam sebegini, patut difikirkan dengan lebih jauh dan lebih mendalam.

P/s: Minyak sawit tidak setanding minyak zaitun, tapi ia juga rezeki dari Allah.


Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Tuesday, April 15, 2014

Tak ada air dan makan luar

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Segala puji bagi Allah.
Isu tiada air bagai sudah sinonim. Walau hujan, bila turunnya bukan masuk ke empangan, isu ini berterusan. Tapi sekurang-kurangnya ia pengajaran nak kata keras tak keras sangat. Pandai dah kita letak besen dan baldi tadah sendiri air hujan. Sayalah tu.

Kisahnya, kawasan perumahan saya tiada air bukan kerana catuan, tapi lebih kepada masalah pam air rosak. Perumahan saya kecil saja, jadi catuan air tidak dikenakan. Alhamdulillah. Jumlah rumah hanya 25 buah. Kecilnya. Tapi saya seronok berkampung di sini. Taman kecil, kenal semua orang, kalau tukar kereta atau pinjam kereta baru pun boleh tahu. Awas pencuri kerana kereta anda akan dikenalpasti.

Waktu tiada air, kawan-kawan pakat makan luar. Saya masih fikir-fikir. Teringat pesan mak saya. Kalau kita di rumah sendiri, ahlinya kecil, nak masak tiada air, rasa kepayahannya. Cuba fikir, macam mana orang kedai masak dan basuh pinggan. Mula pula terbayang-bayang dan rasa mual. Setiap kali mahu makan luar, terngiang-ngiang kata mak saya. 

Anda macam mana?. Saya hanya sampaikan perkara untuk difikir-fikirkan. 

Terkenang status kawan muka buku saya. Beliau seorang yang sibuk, namun sentiasa titik beratkan hal pemakanan anak-anak. Sebolehnya beliau memasak sendiri di rumah dan setiap makanan di masak ikut waktu. Tiada istilah panaskan makanan. Hinggakan orang yang melihat, menganggap beliau mempunyai pembantu rumah, sedangkan beliau tiada. 

Saya rasa beliau HEBAT. Semuanya tentang masa. Tapi jika ada matlamat, sedaya upaya kita cuba berlari melebihi masa. Kawan ini percaya, anak yang makan masakan air tangan ibu lebih berkat, terjamin kebersihan rohani dan jasmani makanan berkenaan. 

Saya juga berfikir yang sama. Sekarang sedang berterusan mencuba. Alhamdulillah, Allah bagi lorong. Apa jua impian, hantar proposal pada Allah, InsyaAllah ada bantuan.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Friday, April 11, 2014

Kus semangat!

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Kus semangat?.

Orang tua-tua kampung saya selalu kata, kalau budak-budak tembam jangan kata "gemuknya". Sebut "kus semangat". Apa kus semangat tu?. Katanya perkataan sebenar kurus semangat.

Ha, apa yang anda dapat dengan perkataan itu?. KURUS SEMANGAT. Kalau saya jadi budak-budak, saya tak mahu disebut kurus semangat. Sudahlah badan tembam, semangat pula dikatakan kurus?. Adui.

Kawan-kawan di muka buku saya, ada ramai juga statusnya sedang menjaga pemakanan dan usaha untuk kurus. Ada yang sedang dalam proses pertandingan (kurus bersama rakan), ada yang target hadir makan malam dengan badan baru (pasang badanlah orang kata), ada yang sihat bersama pasangan (memoir).

Walau apa kaedah masing-masing, dengan siapa usaha dilakukan, semuanya perlukan semangat yang tinggi. Bukan kurus semangat. Semangatlah perlu digemukkan. Bila ada kawan-kawan bagi sokongan, atau persaingan bersama kawan atau bersama pasangan, mahunya yang pasangan tolong sediakan menu masakan sihat, sudah tentu semangat mahu kurus menggebu-gebu. Seronokkan?.

Jadi, untuk sihat, perlu gemuk semangat. Jangan kurus semangat. Mungkin perlu ubah, dari kus semangat kepada guk semangat?. He,he,he. Apa punya perkataan. Tapi kurus boleh jadi kus yang tiada maksud, gemuk bolehlah juga jadi guk kan?.

Jom sihat!.(Sedang mahu turunkan berat badan juga, tapi tiada teman pula).



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Wednesday, April 9, 2014

Kelas Pengurusan Akaun Bisnes Kecil/WAHM

Ada bisnes?. Ingin tahu lebih lanjut tentang pengurusan akaun?. Berita baik untuk anda yang lebih sukakan kelas secara langsung. Boleh pandang-pandang bertemu muka dan rakan-rakan, jika mahu bertanya kena angkat tangan, tidak seperti kelas online.

Kelas akaun offline akan diadakan buat pertama kalinya di bawah anjuran Akademi Bekerja di Rumah.
Berikut adalah maklumat tentang kelas ini.

Tarikh: 10.5.2014
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg

Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Modul yang akan dibawa oleh pengajarnya adalah seperti berikut:-

1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Anda rasa ini menarik?
Hubungi saya jika anda mahu tahu berkenaan pengurusan akaun bisnes anda. Walau bagaimanapun kelas ini tidak sesuai untuk anda yang sudah sedia ada prinsip asas perakaunan dan mahu belajar Advanced Accounting ya.

Jika anda hanya mahu kelas online dari rumah (online) sahaja, jangan risau. Ada juga ditawarkan.
Maklumat seperti di bawah:-

Hari: Setiap Isnin
3 jam setiap satu sesi
Masa: 9.30pg hingga 12.30tgh


Setiap modul kelas dijalankan atas permintaan. Cukup 5 orang satu sessi, kelas akan dijalankan. Langkah bijak yang anda boleh lakukan adalah, kumpul rakan anda serama 5 orang, ajukan permintaan menurut modul di bawah, dan hubungi saya untuk mengaturkan kelas ini untuk anda.


Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - Modul 1 & 2



Modul 3: Cash Flow Penyata Aliran Tunai
-Bagaiman membuat aliran tunai positf sentiasa
Yuran RM170


Modul 4: Budgeting. RM160
- Bagaimana membuat dan mengira anggaran kos dan keuntungan dalam perniagaan.

Modul 5: Post Mortem budget vs actual RM150
-Bedah siasat bajet.
-Rugi atau sebaliknya.

Modul 6: Bank Reconcilation RM150
-Penyata Penyesuaian Bank
-Apa kepentingannya.

Modul 7: Costing/ Pricing RM150
- Cara meletak harga jualan.
- Cara Menganggarkan kos

Modul 8: Business Plan/ Swot Analysis RM180
-Mengenalpasti potensi diri
-Membuat perancangan kewangan

Modul 9: Asas Perakaunan  RM150
- Pengenalan dan perbezaan serta fungsinya


Macam biasa, untuk menyertai kelas ini anda boleh berhubung dengan saya.

Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
Sms@Whatsapp : 0136200432


Penyakit kronik di kalangan kanak-kanak

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Pagi ini, sementara menyiapkan anak-anak, sempat juga pasang telinga mendengar topik pagi ini di Malaysia Hari Ini. Tajuknya berkaitan penyakit kronik di kalangan kanak-kanak. Tetamu jemputannya pakar paediatrik dari Hospital Pantai.

Sememangnya kuasa Allah melebihi segala. Tugas kita adalah berusaha, kerana ia juga merupakan saranan dari-Nya. Termasuk berkaitan kesihatan. Menyentuh penyakit kronik di kalangan kanak-kanak, saya memetik kata-kata doktor pakar tadi, nutrisi dan aktiviti sejak dari mula merancang untuk mengandung sangat perlu dititik beratkan. Makan dari sumber yang bersih dan berzat. Jangan makan makanan yang terang-terang diketahui mengandungi bahan kimia tambahan dan tidak perlu.

Satu lagi pesanan yang saya mahu petik adalah berkaitan merokok. Ini merupakan kepantangan saya. Saya paling alergik bila lihat seorang bapa dengan ahli keluarganya termasuk bayi, di restoran, selepas makan, hisap rokok berdepan-depan dengan anak-anaknya termasuk bayi. Yang masih dalam perut saya tak boleh nak nampak. Memang menyakitkan hati. Tambah pula bila saya juga bersama dengan anak-anak kecil. Di sekelilingnya juga ada ramai lagi manusia. Sememangnya saya tidak faham, sungguh tidak berperasaan belas dan kasihan, jika bukan dengan kami yang dewasa, pandang saja muka bayi kecil dari darah dagingnya sendiri. Aduhai.

Asap rokok juga merupakan salah satu punca pencemaran. Ia adalah kategori merbahaya untuk kandungan. Ia boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan. Kata doktor pakar tadi,salah satunya adalah penyakit berkaitan jantung. Kadang kala boleh menyebabkan keguguran!. Jika sudah terjadi depan mata, salah siapa?. Mahu dirayu kepada siapa?. Punca senyapnya hanya mudah, rokok!.

Bapa-bapa dan juga ibu-ibu, bawa berbincang.. Jika ada yang membaca coretan saya ini, jika anda merokok, bawa berbincang. Jika pun anda tak boleh tahan gian merokok anda, pergilah jauh dari kawasan orang ramai. Merokoklah di bawah pokok yang tiada orang. Mudah-mudahan pokok mendapat manfaatnya. Ibu-ibu juga boleh main peranan pujuk suami anda. Saya juga lakukan peranan saya, tutup hidung dan kibaskan tangan. Tapi, semua tak faham. Iklan di televisyen perlu tunjukkan kaedah lain mungkin.

Akhir kata, merokok membahayakan kesihatan. Jika anda tak sayang kesihatan anda, hormatilah orang sekeliling dan keluarga anda yang ingin menjaga kesihatan dan udara.





Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/09/kelas-online-asas-penulisan-blog-dan.html

Beli buku yang anda suka:
http://books-etcetera.blogspot.com

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/08/pakej-pengiklanan-servisproduk-di.html

Ada bisnes? Mahu belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.


Daftar segera dengan saya :
Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
Sms@Whatsapp : 0136200432



Maklumat lanjut kelas online:



Monday, April 7, 2014

Plan kesihatan peribadi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Berapa kerap anda periksa BMI anda?. Antara aktiviti yang saya suka.
Untuk ketinggian saya 159cm dan berat 57, saya sudah di hujung berat yang sihat. Selalu kena hati-hati sebab tu saya suka periksa. Azam saya untuk kurangkan lagi berat badan supaya berada di awal julat berat yang sihat.

Jika anda juga berminat untuk mengetahu BMI anda, kemudian ingin tahu jumlah keperluan kalori, sekaligus mengetahui cadangan plan kesihatan anda, anda boleh cuba di sini

 http://www.webmd.com/diet/food-fitness-planner/default.htm

Mahu lihat contoh keputusan saya?
Ini dia.
Anda juga boleh dapatkan plan anda. Dari sini anda boleh tahu berapa jumlah kalori yang anda perlu ambil setiap hari dan defisit kalori melalui senaman setiap hari. Itu jika anda ingin kurangkan berat badanlah. Jika ingin kekalkan berat sedia ada, website ini akan buat kiraan dan berikan cadangan juga.

Menarik tak?. Menarik untuk anda yang sukakan kesihatan. 

1082 
64 
In order for you to lose 24 lbs and meet your 101.4 lb goal weight, you should stick to 1082 calories per day. To help meet your goal, we recommend that you:
  • Get roughly 1,200 calories per day through healthy FOOD. Eating less than 1,200 calories a day may not provide you with the nutrients your body needs to be healthy. Doing so can also slow your metabolism and hinder your weight goals. Aim to burn at least 118 calories per day or829 calories per week through FITNESS. Note: The amount of calories you eat (1200) minus the calories you burn through fitness (118) equals your daily calorie goal (1082). We know you said you didn’t want to exercise more, but in order to meet your weekly weight loss goal you will need to be a little more active. Things like doing laundry, grocery shopping, and walking all count as fitness, so be sure to note these as well.
  • Drink at least 64 oz of WATER every day. Drinking water helps the body flush out toxins, hydrates the skin, and helps curb your appetite. Be sure to drink even more water if you're increasing your activity level.

Ok. Selamat mencuba!. Jangan lupa, sihat itu seronok!. Sebab baru lepas baik demam viral, sebab itu, saya sangat menghargai rasa sihat.


Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/09/kelas-online-asas-penulisan-blog-dan.html

Beli buku yang anda suka:
http://books-etcetera.blogspot.com

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/08/pakej-pengiklanan-servisproduk-di.html

Ada bisnes? Mahu belajar asas blog & fanpage untuk bisnes online?
Siapa yang sesuai untuk kelas ini?
Sangat sesuai bagi suri rumah yang baru hendak mula bisnes online.
Sesuai untuk suri bekerjaya yang hendak mula bisnes online tetapi sangat sibuk untuk hadiri kelas di luar.
Sesuai bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa.


Daftar segera dengan saya :
Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
Sms@Whatsapp : 0136200432



Maklumat lanjut kelas online:



Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts