Friday, August 29, 2014

Jus untuk bayi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bila bayi boleh mula ambil jus?.

Kebetulan berbual dengan jiran setaman, tentang jaundis bayi baru lahir. Katanya masa anaknya menghidap jaundis yang agak tinggi, ada petua kawan-kawan, berikan jus anggur hitam pada bayi. Katanya ragu-ragu nak beri. Saya pun kata juga, rasa macam awal sangat pula untuk bayi kecil minum jus. Takut lain pula jadinya.

Jadi, bila masanya bayi boleh mula diberi jus?

American Academy of Pediatrics menyarankan umur yang paling awal adalah pada usia 6 bulan dan maksimum tiga suku cawan atau 6 oz sehari. Walau pun jus itu bagus, kandungan gula yang tinggi bagi bayi boleh menyebabkan cirit-birit juga pada mereka. Betul bagai dikata, bersederhana itu lebih elok.

Ok. Isunya sekarang, bagaimana nak pilih jus yang paling bagus?. Macam iklan tv pula. Tapi ini, tiada aksi tekan-tekan butang dan singkap jawapan ya. Jus yang paling bagus sudah tentu yang semulajadi. Bezanya dengan yang komersil adalah kandungan fiber. 

Untuk memilih jus komersil pula, macam biasa, lihat label fakta nutrisi. Cari yang terpasteur untuk kurangkan risiko pencemaran. Untuk makluman, apa sahaja label yang berakhir dengan -ade contohnya lemonade menunjukkan jus itu mengandungi kurang daripada 100% jus. Dalam kata lain, bukan jus sebenar dan ia telah ditambah perasa dan pengawet yang tidak diperlukan oleh bayi.

Jadi, bagaimana mahu beli jus yang terbaik?. Tak perlu pun. Anda boleh tunggu hingga umurnya 8 bulan dan ke atas dan cairkan dengan air 1:1. Lagi pun jus bukanlah keperluan bayi 6 bulan. 

Oh, lagi satu tips. Jangan masukkan jus dalam botol tau. Itu memerangkap diri anda sendiri nanti. Lagi menyukarkan untuk pisahkan botol. Gunakan cawan atau 'sippy cup'. Saya memang alergik bila lihat botol kanak-kanak ada milolah, jus lah, kordial lah, hingga ada yang masukkan sup dalam botol!. Oh tidak. 

Ok. Cukup bebelan saya. Jumpa lagi dalam entri akan datang. Ini hanya perkongsian dari pembacaan saya. Moga bermanfaat, dan maafkan salah silap jika tersinggung hati.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Wednesday, August 27, 2014

Bersalin Alami - ulasan ebook Iryani Ahmad

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca dan memberikan ulasan untuk e-book karya Puan Iryani Ahmad, Bersalin Alami. Walau pun tidak pernah bersua muka, berhubung atas talian, membaca karyanya membuat hati dekat dengan penulis. Penulis menulis dari hati dan nampak keikhlasannya untuk berkongsi sesuatu yang ramai wanita mengandung risaukan. BERSALIN.

Saya tidak pernah membaca buku seumpamanya. Kebanyakan buku hamil akan ada sekali bercerita tentang bersalin. Kebanyakan buku akan katakan, bersalin itu sakit dan memberi tanggapan kepada minda saya, ia perkara yang tidak menyeronokkan. Namun, pembacaan e-book bersalin alami menukar persepsi saya. Walau pun ada menerangkan sakit bersalin, tapi isunya ditukar menjadikan kita wanita yang redha dan bersedia untuk bersalin, seolah-olah, ia perkara yang menakutkan tetapi seronok. Seolah-olah orang nak terjun 'bungee'. Takut tapi seronok. Adrenalin rush itu menyeronokkan. Tapi dalam kes bersalin, sudah tentu hormon lain yang membantu.

Asalnya, e-book ini sudah ada dalam simpanan saya. Bila saya tahu saya mengandung, terus saya baca e-book ini. Alhamdulillah. Banyak sungguh tips. Kebetulan, saya turun darah di awal mengandung. Rupanya memang ada tips berkaitan menguatkan rahim. Bagai sudah jodoh dengan e-book ini.

Bacaan yang paling berkesan, sudah tentu perkongsian pengalaman dari wanita-wanita gigih yang bersalin secara alami. Ada pelbagai cara, ada pelbagai pengalaman yang berakhir dengan gembira. Sampaikan terdetik dalam hati saya, "eh, rupanya boleh bersalin macam ini." Punyalah kita dimomokkan dengan prosedur bersalin hospital yang menakutkan, jururawat yang menakutkan. Rupanya kita ada pilihan!. Kita yang bersalin. Kita bukan pesakit yang sakit. Kita hanya mahu melahirkan anak yang insyaAllah sihat. 

Ok. Kesimpulannya, e-book ini sememangnya membuka minda dan saya berpuas hati saya dijodohkan untuk membacanya. Terima kasih tidak terhingga kepada penulis, Puan Iryani Ahmad atas peluang yang diberikan. Terima kasih juga kerana menghasil e-book yang saya tidak sangka wujud.

Kepada anda yang sedang hamil dan merancang untuk hamil, e-book ini untuk anda. Jangan tunggu sehingga trimester ke-3. Bacaan ini seperti asid folik. Perlu dibaca sebelum dan awal kehamilan. 

Dapatkan e-book ini dari saya atau terus kepada penulisnya Puan Iryani Ahmad.





Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Monday, August 25, 2014

Supplemen waktu hamil

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Mula kisah dengan Bismillah.

Biasa dengar tentang supplemen?. Sekarang ini zaman serba mudah. Klik, klik atau pun gesek-gesek di telefon sudah dapat maklumat. Mahu tahu supplemen apa, sesuai untuk apa, mana mahu dapatkan. Pendek kata MUDAH.

Ok. Saya hanya mahu kongsi pengalaman saya berkenaan supplemen dan hamil. Masa kandungan pertama, saya memang makan supplemen yang klinik bekalkan. Tiada supplemen dari farmasi mahu pun dari penjual. Lagi lah penjual dari internet. Masa itu belum ada facebook. Belum juga rajin dan pandai layari blog. A kata Dr, A lah saya ikut.

Hamil kali ini, sudah pandai cari maklumat. Log in saja FB, muncullah iklan-iklan supplemen. Pandai-pandai mahu pilih pula. Ada yang berdaftar dengan KKM, ada yang tidak. Ada yang berdaftar tapi kena pilih sesuai atau tidak pula, semulajadi, sintetik, labelnya makanan sunnah, dibaca ayat al-Quran, bumiputera atau import. Pilih saja. Tidak perlu ke kedai. Pakcik posmen sedia berkhidmat. Zaman serba mudah, pun ada buruk dan baiknya. Pendek kata PILIHAN.

Pilih punya pilih, supplemen yang saya ambil semasa hamil kali ini, saya pilih yang semulajadi.

  • Pati Delima 
  • Jus Kurma
  • Madu
  • Vita-Lea Shaklee
  • Vita-C
  • B-Complex
Dan bakal menyusul omega guard dan ostematrix. 

Tapi, saya tidak makan semua sekaligus setiap hari. Saya makan selang sehari. Saya kira, kita kena bajet keadaan badan kita sendiri. Keperluan setiap hari. Tapi di awal musim mabuk dan alah, memang saya suka sungguh pati delima campur kurma. Rasanya yang masam-masam kelat buat tekak rasa lega. Selain khasiatnya yang saya kira penting untuk saya, iaitu untuk menguatkan rahim. Saya perolehi tips ini dari E-Book tulisan Iryani Ahmad, Bersali Alami. InsyaAllah, saya akan kupas isi e-book ini sedikit masa lagi. Tunggu ya.

Setakat ini, hasil lawatan pemeriksaan kehamilan masih lagi positif. Oh ya, saya tidak makan supplemen yang diberikan oleh KK dan sudah pun berbincang dengan jururawat. Katanya selagi keputusan semua positif dan tiada masalah, boleh teruskan. Alhamdulillah. Bukan apa, saya tidak sukakan warna merah pekat melekat supplemen tersebut. Pokok pangkalnya, PILIHAN.


Anda mahu dapatkan produk yang dinyatakan di atas, hubungi saya ya. Jika mahu tahu berkenaan e-book Bersalin alami juga boleh hubungi saya. Caranya di bawah. Silakan. :)


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?


Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com

Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Wednesday, August 20, 2014

MGTT hamil kali ini.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Lama pula entri ini dalam draft. Hari ini kita sudahkan dan siarkan.

Kisahnya tentang MGTT (modified glucose tolerance test) atau ujian saringan toleransi gula. Masa mengandung sebelum ini, saya ingat ada sekali saya kena buat MGTT, atau sering orang sebut minum air gula (sudah terbayang muka penyek dalam kepala). Lepas saya periksa semula rekod mengandung terdahulu, memang betul. Sekali waktu mengandung anak sulung saya. Sebabnya? Berat naik mendadak. Hingga 3 kilo dalam masa 2 minggu, waktu lapan bulan. 

Biar betul!. 
Iya. Sebabnya, masa itu, saya baru saja habis tempoh mabuk dan alah. Sudah lama sangat agaknya makan tak terasa apa, bila dapat makan, hah, pulun bukan main. Hari-hari makan manisan bubur kacang. Tak padahal saya bukan suka manis dan bukan juga suka bubur kacang. Penangan mengandung. 

Ok. Itu sejarah.


Kali kedua mengandung, alhamdulillah. Semua ok. Berat tak naik sangat, badan maintain slim, perut saja membesar. Alahan pun tak lama dan tak teruk. Bagi saya, memang langsung tak teruk berbanding sebelumnya. Sampai tak sedar mengandung. Tahu-tahu, doktor kata awak rasa sakit kat bawah ni sebab mengandung. Eh?.

Mengandung kali ini, belum apa-apa, temujanji kedua di klinik, sudah pun dapat jadual MGTT. Masa kandungan 3 bulan dan 7 bulan. Eh?. Lagi sekali.

Tak puas hati, saya tanya doktor. Berat saya turun, 4 kilo, kenapa saya kena MGTT?. Dua kali pula tu. Rupanya sekarang sudah ada syarat baru.

Syarat pertama: Mengandung umur 25 tahun ke atas. --> terus melayakkan saya tanpa perlu tengok syarat seterusnya.

Syarat-syarat lain, seperti saya cerita di atas, kenaikan berat badan melebihi 2 kg sebulan, obese, dan faktor keturunan.

Kenapa kena minum air gula?
  • Berkemungkinan melahirkan secara pembedahan.
  • Janin menjadi lebih besar daripada biasa (makrosomia).
  • Kejadian darah tinggi dan protien dalam air kencing meningkat (eklampsia)
  • Cecair likuor dalam kantung meningkat.
  • Jangkitan dalam sistem pundi kencing meningkat.
  • Bayi sukar bernafas.
  • Bayi mati dalam kandungan (jika kencing manis gagal dikawal. Termasuklah keguguran).
Jadi, tak apalah kena minum air gula. Janji semua sihat, lancar dan selamat. Amin.

Pengalaman Minum Air Gula

Sebelum minum air gula, kena puasa dulu malam sebelum tu. Hati sudah rasa debar-debar. Sebab pengalaman pertama minum air gula, perasa oren, pekat dan likat. Mula berpuasa jam 10 malam. Tak ada masalah nak berpuasa waktu malam kan. Memang waktu tidur. 

Esok pagi bersiap awal dengan harapan dapat siap awal. Dah pesan awal dengan suami, kali ini tak perlu ikut ke klinik sebab hanya minum air gula. Kebiasaannya KK memang tiada scan perut awal-awal kandungan dan jika tiada apa-apa masalah. Nanti kebosanan menunggu saja.

Tiba di KK, rupanya ada jiran satu taman, sama-sama jadual minum air gula. Prosedur mudah saja di sini. Sebelum minum air gula, pergi ambil darah setabung. Macam biasa, saya memang jenis kedekut nak bagi darah. Lamalah sikit sesi tampar-tampar tangan, genggam lepas dan seangkatan dengannya. Selesai urusan dengan pontianak KK, terus ke konti minum air gula. Sudah sedia dua gelas besar. Eh?. Minum segelas saja. Lagi segelas untuk orang lain.

Orang kata minum air gula tipsnya minum seteguk sampai habis. Memandangkan gelas ni gelas besar (bayang macam minum air buah gelas besar), saya rasa minum seteguk adalah mustahil. Sebelum minum air gula, ada pesanan penaja, tak lain tak bukan, "jangan muntah ya, kalau muntah kena minum lagi sekali.". 

OK. Tarik nafas panjang. Minum seteguk. Eh, ok saja. Tak teruk sangat. Tak likat sangat. Macam minum air kelapa tanpa ais dari kedai depan rumah. Cuma tak adalah perasa kelapa tu. Air pun suam-suam. Ok beres. Saya minum terus sampai habis. Selesai minum, saya bangun. Kepala mula rasa berpinar, jantung berdebar-debar. Kenapa ni?. Misi kata, memang macam tu. Rehat di Klinik, jangan balik. Teruskan puasa. Air pun tak boleh minum. Selepas dua jam, ambil darah semula.

Ok. Rehat dalam klinik yang dingin hawanya, dengar suara orang bising, jantung berdebar, kepala pusing. Sambil menunggu giliran untuk pemeriksaan rutin kehamilan. Semua selesai, tiada masalah. Saya teruskan menunggu untuk tempoh dua jam. Hiruk-pikuk, berdebar, peluh resah dah keluar. 

Tak boleh tahan. Saya lari masuk kereta. Suasana panas, tiada hiruk pikuk. Lega. Lebih elok dari duduk dalam air-cond. Harap-harap semua gula tadi dicerna dengan elok dan pantas dan keputusan pun cantik.

Selepas dua jam, saya masuk semula untuk ambil darah lagi setabung. Ingatkan keputusan awal boleh tahu terus. Rupanya tunggu sehingga perjumpaan seterusnya. Kalau ada masalah, baru klinik akan telefon untuk pemeriksaan lanjut.

Sehingga hari ini, saya belum dapat panggilan. Maksudnya, keputusan MGTT saya elok agaknya. Moga-moga begitu.Jadi, kita tunggu perjumpaan saya seterusnya.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?


Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com

Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Monday, August 11, 2014

Berlalu sudah trimester pertama

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Segala puji bagi Allah.

Trimester pertama sudah berlalu. Bagi saya suami isteri, trimester pertama kehamilan adalah waktu kritikal. Sentiasa berjaga-jaga dengan kehamilan. Pengalaman lepas mengajar kita kan?. Namanya sekolah kehidupan. Dua kali keguguran berturutan waktu trimester pertama, itulah puncanya. Namun, Allah lebih berkuasa, kita hanya merancang. Usaha dan tawakal seiring.

Kali ini, awal kehamilan masih seperti dulu. Dimulai dengan mabuk dan alahan. Uniknya, kali ini, waktu berpuasa sambil muntah-muntah. Niat dihati nak puasa penuh, tapi terbabas juga 2 hari dek tak boleh nak tahan. Bak orang kata " tak leh nak gi dah". Syukur 2 hari saja kan. Tamat puasa saya terus timbang. Turun 4 kilo untuk sebulan puasa. 

Wah, kalau bukan kerana mengandung, memang saya loncat bintang. Tapi sebab mengandung, risau jugalah. Hikmahnya, masuk raya, saya sudah mula berselera. Masuk minggu ketiga bulan Syawal, berat sudah mula naik sekilo. Mula gelabah pula kot kot terlebih pula berat badan.  

Berapa target untuk berat badan ibu hamil?. Untuk awal kehamilan ini, sekitar setengah kilo seminggu sahaja. Atau 2 kg sebulan. Namun, untuk saya yang BMI cukup-cukup ni, jumlah pertambahan berat sepanjang mengandung mestilah anggaran 7kg sahaja. Ingat selalu dalam minda ku ini.

Anda hamil?. Jomlah kongsi pengalaman kehamilan anda dan berat bersama saya. Jika mahu kongsi pemakanan seharian anda juga saya suka membacanya.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog atau tempahan blog?


Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com

Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Tuesday, August 5, 2014

Selamat Hari Raya

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum rakan yang membaca.  

Rasanya belum lagi terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Radio masih lagi berkumandang lagu hari raya. Inbox masih ada lagi jemputan rumah terbuka. Pintu rumah masih diketuk kanak-kanak riang beserta salam, "kami datang nak raya". Seronok!.

Tahun ini hari raya bertambah seronok dengan kehadiran kandungan ketiga kami. Alhamdulillah. Rasa mual dan muntah-muntah yang bermula seawal kandungan beransur kurang bila nak sambut raya. Macam tahu-tahu pula musim raya banyak berkunjung ke rumah orang sana sini, naik kereta mengharung jem tanpa roti, dan, makanan yang enak belaka. Saya pun tak dapat bayangkan jika berhari raya dalam keadaan muntah dan loya. Alhamdulillah rezeki Allah bagi, semua yang saya takuti tidak terjadi.  Tiada episod muntah-muntah dalam perjalanan raya.

Macam biasa, hari raya waktu yang sesuai untuk kunjung mengunjung sesama saudara.  Yang dah lama tak jumpa, ini lah masanya nak bertukar berita. Yang selalu jadi bahan cerita, inilah masanya untuk kita minta maaf jika ada rasa bersalah bercerita yang tidak tidak dibelakang mereka. Perasaan lega bila kata maaf telah disampaikan dengan tulus ikhlas tau.

Bertukar berita. Soalan tahun lepas, ramai yang bertanya kerja apa?. Tahun ini rupanya sudah tukar. Soalan saudara mara, "tak ada rasa nak kerja lagi ke?".  Jawapan saya, setakat ni belum ada rasa lagi nak kerja luar rumah. Cukup kerja di rumah. InsyaAllah ada rezeki Allah bagi. Doa sentiasa Allah berikan kecukupan jangan sampai kita meminta-minta pada hamba-Nya. Allah kan ado. 

Akhir kata, sekali lagi Selamat hari raya. Mohon maaf sekiranya sepanjang membaca blog saya ini, ada yang terasa dan ada bahasa yang terkasar sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Bisnes saya sudah bermula semula selepas bercuti lebih kurang sebulan. Kelas blog sudah bermula, begitu juga tempahan supplemen Shaklee dan habbatus sauda (AHS) serta makanan sunnah yang lain (www.az-zahwansouq.blogspot.com). Jika anda berminat dengan produk-produk saya, hubungi saya ya.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts