Friday, July 12, 2013

Nutrisi Kanak-kanak-pengenalan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Kanak-kanak adalah masa keriangan. Semuanya penuh aktif dan keriangan. Pada waktu ini, ibu-ibu juga tercabar dengan keaktifan dan keriangan mereka terutama sewaktu makan. Kadangkala lucu dan kadangkala geram. Kata kunci ya SABAR. 

Kanak-kanak tertarik dengan makanan yang berkonsepkan keriangan. Jadi pada waktu ini, ibu-ibu boleh bermain dengan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan hidangan yang menarik dan berwarna-warni. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak cerewet tentang sayuran, belajarlah teknik menyembunyikan sumber serat ini. 
Cara yang sesuai adalah seperti mengisar, potong halus, masak empuk, pelbagaikan bentuk yang menarik dan juga buatkan jus jika bersesuaian.  Libatkan anak-anak semasa menyediakan hidangan juga kadangkala membantu menjadikan kanak-kanak teruja dengan makanan mereka. Salah satu cara lagi adalah menyediakan hidangan mengikut tema semasa. Contohnya apabila saya bercerita tentang Ayam Si Potet dengan Musang, saya buatlah makanan bertemakan ayam. Sambil makan sambil mengimbas cerita Si Potet dan bergembira! Seronok bersama. 

Untuk menyediakan hidangan kreatif, ibu- ibu harus bersedia dengan alatan untuk membentuk, melorek dan seumpanya. Tak perlulah sehingga mempunyai alatan lengkap seperti seorang chef. Cukuplah ala kadar 1atau 2 alat yang sesuai dengan kemahiran kita. 


Pada umur kanak-kanak sebegini, mereka telah pun boleh makan makanan keluarga. Makan secara berjemaah juga turut membantu kanak-kanak makan dengan berselera. Elakkan kanak-kanak makan snek dan menyusu apabila hampir waktu makan. Biasakan kanak-kanak makan ikut waktu, sedikit tapi kerap. Iaitu enam kali sehari. Sarapan pagi, snek, makan tengahari, snek, makan malam, dan snek sebelum tidur. Rutin ini membantu kanak-kanak membentuk pola makanan dan mengelakkan kanak-kanak makan tidak terkawal. Rutin ini insyaAllah akan kekal hingga dewasa dan mengelakkan obesiti. 

Kanak-kanak sedang aktif juga kadangkala seperti tidak mempunyai waktu untuk makan dan sentiasa bergegas untuk bermain. Jadi ibu-ibu juga harus bijak dengan menyediakan satu hidangan yang mengandungi semua nutrisi yang diperlukan. Contohnya membuat nasi goreng bersama jus buah, ayam tortilla bersama susu kocak, sandwich bersama coklat susu dan pelbagai lagi yang dirasakan sesuai. 

Bagaimana mahu mengetahui kepeluan nutrisi yang sesuai untuk kanak-kanak?
Tunggu entri yang seterusnya.
Teruskan bersama saya ya!

Salam ukhwah, salam kesihatan!  

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts