Thursday, October 30, 2014

Tips menggunakan FB

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Facebook ada macam-macam!.
Saya boleh kata sekarang tak perlu tonton berita pun sudah banyak berita terkini dari FB.
Dari sukan, bencana, produk terkini, fesyen, tiket kapal terbang, destinasi percutian. Apa saja. Nak tahu laporan bola sepak pun ada.  Siap ulasan.  

Cuba bayangkan jika anda ada 3-5 ribu kawan di FB, update perkara yang sama. Perlawanan bola Kedah VS Pahang.  Dari tak tahu dan tak nak ambil tahu, siap boleh tahu setengah jam perlawanan sudah 3-0!. Lucu.

Macam-macam ada. Dari perkara positif sampailah ke perkara negatif, rungutan, kejian pun ada.  
Macam mana anda nak hilangkan perkara-perkara negatif di baca di wall anda?

Unfriend?
Scroll cepat-cepat?
Jangan baca newsfeed langsung?.

Yang akhir sekali bagus juga. Sebab ia menjamin kerja anda banyak yang beres.  Tapi kita kadang-kadang nak juga tahu aktiviti semasa kawan-kawan. Ye tak?

Tahukah anda?.  (baca jika anda betul-betul baru dengan FB)
FB sekarang pun dah pakai algorithm.  Apa yang keluar di newsfeed kita adalah apa yang kita like, kita post, dan yang kita terlibat dalam aktiviti berkenaan.  Jika kita banyak like aktiviti menjual shawl, maka yang keluar di newsfeed,  gambar shawl juga.  

Jadi, gunakan ruang ini.  Like perkara yang positif saja. Tulis dan post perkara positif dan disukai kawan-kawan positif. Maka yang keluar di newsfeed semua yang positif.  Bila terkeluar perkara-perkara negatif, itu jarang-jarang nak ada.  Bukan tiada langsung ya.

Nak cuba? cuba lah. Ini berdasarkan pemerhatian saya saja.  Kalau salah jangan pula marah. He, he, he.

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Wednesday, October 29, 2014

Pengalaman setelah 2 tahun menjadi Work at Home MOM.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Nampaknya bulan hadapan genap saya 3 tahun berhenti dari jawatan profesional di pejabat dan menjawat jawatan sepenuh masa di rumah.  Dalam masa 3 tahun, jika baru mula menjawat jawatan di pejabat, masih di kira junior.  Banyak lagi yang perlu dipelajari.  Jadi, sama juga keadaan di sini. Saya masih lagi cuba mencari penyesuaian terbaik.  Tak disangkal bila ada perubahan jadual, terkial-kial juga menyesuaikan diri.

Saya bermula memberanikan diri untuk mencari pendapatan dari rumah setelah satu tahun berhenti kerja.  Masa itu, anak saya yang kedua sudah berumur dua tahun dan kakaknya sudah mula bersekolah.  Saya mula mencari-cari peluang.  Pulang dari menjemput kakak di sekolah, saya sering singgah membeli kuih di sebuah gerai sehingga datang idea untuk menghantar kerepek untuk dijual di kedai kakak itu.  Cadangan saya diterima baik oleh kakak tersebut.  Syukur kerana diberi peluang. 

Saya mula membeli dan membungkus kerepek untuk dihantar ke gerai.  Namun, perniagaan itu tidak bertahan lama.  Nampaknya kurang laku sebab harganya mahal.  Kerepek mahal sebab saya membeli dari pengeluar pada kuantiti yang sedikit, ditambah pula dengan kos pengangkutan ke sana. Sudahnya saya berhenti menjual kerepek.  Tamatlah perniagaan pertama saya.

Tapi, nak kata putus asa tu tidak.  Saya terus cari jalan.  Dalam pada mencari-cari vitamin untuk kulit, saya terjebak pula dengan bisnes shaklee.  Nampak memberangsangkan.  Saya suka dengan produk Shaklee dan cara bisnes ini berjalan.  Banyak yang saya belajar dari sini termasuklah untuk mula berniaga secara online.  Mempercayai perbankan internet dan perkhidmatan pos.  Malu nak bercerita, dulunya saya tak percaya perbankan online dan orang pos.  Lucu pula.

Saya mula belajar menggunakan FB.  Akaun sudah lama ada, tapi tak pandai guna.  Saya buka semula beberapa emel berkaitan kerja dari rumah dan bertemu dengan kelas ebook dan blog anjuran kak Masayu Ahmad.  Ha, di sinilah keseronokan bekerja dari rumah bermula.

Menyertai kumpulan suri rumah yang bekerja dari rumah.  Berkenalan dengan Kak Aishah, Kak Ashikin, Anys, Zaila, Mie. Ramai lagilah.  Seronok.  Bekerja sealiran.  Banyak yang dikongsikan. Pengalaman jatuh bangun bekerja dari rumah.  Terima kasih atas kesempatan yang diberikan oleh kumpulan yang diterajui oleh Puan Masayu Ahmad.  Syukur atas nikmat yang Allah berikan.  Dari malu nak keluar kepompong, sekarang orang tahu saya menjalankan perniagaan dari rumah.

Macam mana saya jana pendapatan dari rumah?

Saya masih belum sampai tahap berjaya yang saya inginkan.  Saya masih belum mencapai empat angka sebulan jana pendapatan dari rumah.  Tapi sudah stabil 3 angka setiap bulan.  Dulunya nak cari RM10 pun saya tak pernah jangka saya akan dapat. Sekarang alhamdulillah.

Berkat ajaran yang diterima, saya bermula dari yang kecil.  Mula jana RM10, jana lagi 50 dan seterusnya.  Hasil jualan produk AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Menjual

  • e-book
  • kelas blog secara online
  • kelas akaun
  • pakej mula bisnes dari rumah


Kebanyakannya produk digital.  Mudah.  Tak perlu keluar rumah membuat pengeposan.

Seterusnya saya berjinak-jina semula dengan bisnes produk fizikal.  Saya mahu merasai pengalaman ini.  Awalnya saya tidak pula menjadikan ia satu perniagaan.  Niat saya cuma ingin berkongsi produk yang saya gunakan.  Saya mencari produk gantian Milo.  Dah pelbagai jenama saya cuba dan akhirnya berjumpa yang berkenan.  Produk bumiputera Islam.  TAMAR KOKO.

Saya mula kongsi di FB berkenaan produk ini.  Tidak disangka mendapat sambutan.  Sememangnya jika dilihat, produk ini tidak menjanjikan pulangan lumayan. Tak banyak untung orang kata.  Tapi saya buat juga dengan niat ingin bantu produk Bumiputera Islam dan sebarkan yang sebenarnya produk kita juga sedap dan bermutu.

Dalam masa yang sama, saya sememangnya sudah lama ingin menjual barangan kanak-kanak.  Hasrat ini memang dari zaman saya mula tamat belajar lagi.  Bila bekerja memang saya ada menjual baju kanak-kanak.  Ambil dari pengedar dan jual di sekitar kediaman.  Sekarang dengan kemudahan internet, saya menjalankan dropship produk kanak-kanak.  Permainan, dan juga keperluan pendidikan. menggunakan platform kedai online PITSTOPMAMADANJUNIOR, saya boleh ditemui di blog www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com serta page FB pitstopmamadanjunior (https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior). Masih baru dan bertatih dalam perniagaan produk fizikal.  Saya masih mencari tuning yang tepat.

Apa motivasi saya terus menjana pendapatan dari rumah?
   
Setelah 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya boleh katakan jemaah adalah sumber terbaik motivasi.  Kita kena berada dalam kelompok yang positif dan boleh bertukar fikiran.  Saling membantu mengetuk kepala bila alpa.  Menguatkan jati diri dan menjawab persoalan dalam kepala, kenapa saya berhenti kerja dengan gaji tetap ribu-ribu sebulan dan berada di rumah mencari pendapatan tidak tetap.  Perkara inilah yang membantu saya menangkis segala anasir kiri dan kanan yang menjelir lidah bak biawak kata Dr Azizan Osman.  Jiwa kena kental jika berada dalam arus yang menyongsang dari biasa.  Pandangan orang ramai, dengan Ijazah Sarjana Sains Kimia, saya mesti duduk di pejabat.  Tapi kenapa?.  Saya pun tak faham kenapa kena ada perkataan MESTI.  Saya ada pilihan dan boleh berada di rumah.

Anda yang membaca juga ada pilihan.  Dudukkan diri anda dalam kelompok yang betul dan positif.  Kentalkan jiwa.  Jangan pula terus nak melompat ke bulan.  Setiap perkara ada langkah pertama.  Rezeki dari Allah. Percaya, yakin dan usaha.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Tuesday, October 28, 2014

Pengalaman baru dalam penulisan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Peluang tidak selalu datang.  Bila ada yang sesuai, jangan lepaskan.  Ia memberikan pengalaman baru untuk anda.

Saya hanya ingin berkongsi, saya berpeluang untuk menulis di laman ini.  http://ohibu.com/asid-folik-kepentingannya-untuk-wanita-hamil/.  Masih baru dan masih lagi dalam tempoh percubaan. Doakan semoga saya berjaya menjadi penulis tetap di sini.

Laman ini tentang apa?

Dengan tema daripada ibu kepada ibu, anda sudah boleh mengagak apakah isi kandungan laman ini. Banyak maklumat akan dikongsikan dari gabungan 10 orang penulis.

Jemput bertandang ke laman ini ya!.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Monday, October 27, 2014

Sudah trimester kedua dan sakit girdel pelvis

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Pejam celik , pejam celik, sudah masuk trimester kedua kehamilan.  Syukur atas nikmat tuhan, kandungan dan ibu sihat dan selamat.  Sakit dan bisa memang peneman. Ingatan dititip di minda tentang kafarah dosa.  Nak banding dengan nikmat yang ada, malu pula mahu lebih-lebih merungut.  Teringat sirah nabi, apabila anaknya mengadu lelah, disyorkan untuk berzikir mudah. Subhanallah, walhamdulillah wala ila ha ill-Allah, Allahuakbar.  

 Kandungan makin memberat dan sudah mula terasa kesan sakit girdel pelvis atau Pelvic Girdle Pain.  Sakit ini memang saya ada alami dari kandungan pertama dan berterusan sehingga kandungan kedua. Namun semasa hamil kali kedua sakitnya kurang sedikit.  Dan kini ia berulang lagi.  

Apa itu SGP?

SGP merupakan sakit yang dirasai di bahagian pinggul, pinggang, belakang dan merayap sehingga ke kaki. Sakitnya menyucuk-nyucuk sehingga menyukarkan pergerakan perubahan posisi.  Jika sudah alami sekali, kemungkinan besar akan berulang lagi. 

Sebenarnya dalam tempoh 4 tahun jarak kehamilan kedua dan yang terkini, SGP saya sudah beransur hilang dan tidak dirasai selepas saya aktif melakukan aerobic dan regangan badan.  Semuanya secara tidak sengaja. Jadi saya kongsikan di sini.  Sebelum itu pelbagai cara saya lakukan termasuklah amalan kalsium namun tidak nampak kesannya.  Selepas lakukan senaman, barulah nampak kesan.  Anda yang mengalami SGP dan sudah bersalin, jika kesan sakit masih terasa, bolehlah mula beraerobic ya.  Saya juga sudah berazam untuk beraerobic selepas bersalin nanti.

Oh, sebut tentang azam, belum terlambat lagi rasanya. Salam Maal Hijrah!.   

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Friday, October 17, 2014

Jom tukar

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Malu tak pandai buat emel,

Tak pandai fb,

Tak pandai nak post status

Tak pandai tulis entri blog

Takut nak publish entri.


Jom tukar.

Saya boleh buat emel

Saya boleh jadi pandai fb

Saya boleh post status

Saya boleh menulis entri blog

Saya boleh menulis dan publish terua entri blog saya. 


#akademibekerjadirumah sedia bantu. 

Bukan omong kosong, ada yang sudah berjaya. 


Kita dulu pun mula dengan tak pandai abc 123 kan?


Nak join abdr?

Hubungi penulis

Wani mn

0136200432


counting activities for preschoolers

Tuesday, October 14, 2014

Berniaga dan sabar

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Hari ini dari pagi hingga ke malam, newsfeed muka buku saya banyak pula lalu cerita tentang pengalaman kehidupan dan sabar.  Belajar melalui pemerhatian.  Periksa kotak emel, ada juga emel berkaitan sabar dalam perniagaan.  Saya pasti ini bukan kebetulan. Macam tahu-tahu saja saya sedang tahan sabar dengan seorang pelanggan. :)

Saya mahu petik artikel dari Majalah Niaga bertajuk 6 cara untuk mengawal marah ketika menjual. Ada 6 cara di situ, boleh terus ke sana jika mahu baca lanjut. Linknya di bawah ya.

Apa yang saya nak ambil adalah bersangka baik.  Saya rasa ini paling kena dengan semua situasi. Daripada macam-macam perkara berlegar dalam kepala, eloklah kita bersangka baik dengan rezeki yang Allah beri. Jika pelanggan tak beri jawapan mahu atau tidak, atau seumpanya, bersangka baiklah.  Jika hari ini bukan rezeki kita, mesti ada hikmah disebaliknya bukan?. Ada sesuatu yang kita boleh belajar dari kejadian itu.  Belajar dari pengalaman.

Pengalaman yang berharga boleh juga kita dapat dari pembacaan. Tak semestinya dari apa yang kita lalui kan?.  Saya nak syorkan beberapa ebook ABDR yang boleh dijadikan panduan dalam berbisnes.






Untuk tempahan ebook ini boleh hubungi saya seperti di bawah.

Ok. Ini link majalah niaga. Jika mahu baca 6 cara seterusnya, boleh terus ke sana ya.
(http://www.majalahniaga.com/6-cara-untuk-mengawal-marah-ketika-menjual.html)


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Sunday, October 5, 2014

Selamat Hari Raya Korban

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.
Alhamdulillah, berkesempatan berhari raya di kampung. Berpagi-pagi dengan solat aidiladha di masjid bersama anak-anak. Anak dara bersama saya, yang bujang bersama abah.

Awalnya kecoh dengan baju masing-masing. Yang ada sampin, kecoh pula dengan sampin. Yang anak dara bertanya pula kenapa saya tak pakai baju sedondon. Manakan pula, baju sedondon hari raya aidilfitrsi sudah tak muat perut!. 

Solat kali ini alhamdulillah di tingkat atas dapat lihat imam. Anak saya tak pernah lihat khatib baca khutbah di mimbar. Terpegun anak saya. Pelik bagaimana khatib boleh naik ke mimbar kerana tangga tersorok. Tanya pula kenapa kena pegang kayu. Apa pula dibuat khatib di atas sana. Saya terangkan serba sedikit dan diakhiri dengan pesanan, sewaktu bacaan khutbah kena senyap dan dengar. Allahuakbar. Kadang kala benar, ilmu yang lebih bermakna bila ada depan mata dan belajar in situ. Kadangkala sudah di baca dari buku, dah ada depan mata boleh cerita dan buat kesinambungan.

Tambahkan lagi cerita berkenaan sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Semoga hidayah dan semangat pengorbanan ini dapat meresap dan dijadikan panduan hidup.

Bagaimana hari raya korban anda? Mahu cerita? Bolehlah layangkan komen di bawah.   

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com


SweetMuslimah.com

Friday, October 3, 2014

Ulasan E-Book Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Anda tercari-cari ilmu berkaitan bisnes online?. Di sini ada peluangnya. Panduan Rahsia Khidmat Pelanggan Online 

Ikuti apa kata pembaca ebook ini.


Syukur Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Ruang dan peluang yang ada sebaiknya digunakan bagi mendalami ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermanfaat. Moga kehidupan seterusnya dilalui dengan penuh bermakna.
E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online merupakan buah tangan dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Saya sangat bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya khidmat pelanggan dalam memasarkan sesuatu produk. Bagi usahawan terutamanya online perlu bijak menawan hati pelanggan bukan disebabkan tipu helah untuk mengaut keuntungan. Akan tetapi etika yang perlu ada sebagai seorang usahawan online. Tanpa adanya pelanggan, bisnes yang dijalankan tidak mungkin berhasil.


Saya sendiri adalah pelanggan tegar online. Kebanyakan barangan saya perolehi melalui belian secara online. Walaupun melibatkan kos penghantaran, ianya tetap berbaloi. Saya boleh memilih barangan yang diperlukan secara mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta dilakukan dalam waktu yang santai. Faktor utama saya membuat ulangan pembelian online disebabkan perkhidmatan pelanggan yang baik dan juga barang yang dipesan tiba seperti yang dimaklumkan dan berkeadaan baik. Walaubagaimana pun ada juga usahawan online yang tidak prihatin dengan khidmat pelanggan, mengambil sikap sambil lewa atas pesanan pelanggan.




Terbitnya naskah e-book ini diharap dapat membantu para usahawan online yang baru dalam bidang ini. Seterusnya memberi input kepada usahawan sedia ada untuk ‘upgrade’ khidmat pelanggan bagi memastikan bisnes mendapat tempat di hati pelanggan. Promosi gila-gila pun tiada maknanya jika khidmat pelanggan hancur. Pelanggan akan mudah membeli sekiranya mereka berpuashati, secara tidak langsung membuka ruang dan peluang kepada pasaran yang lebih luas juga pulangan yang berganda.



Secara keseluruhannya, ia adalah sebuah perkongsian yang menarik. Ebook ini harus dimiliki oleh mereka yang ingin terus maju dalam bisnes yang dijalankan.
sumber : http://noorazzahyusof.blogspot.com/2014/09/ulasan-e-book-rahsia-khidmat-pelanggan.html


Ingin membuat tempahan?

Hubungi penulis :

✉ Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432


❧❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❧


Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?

Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai

Wednesday, October 1, 2014

Bulan baru, azam baru

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Wah!

Sudah masuk hari baru bulan baru. 

Sudah Oktober. 

Sudah menghampiri penghujung tahun.

Sudah hampir 2016!

Kelip-kelip mata cepat betul masa berlalu. 

Doakan yang baik-baik saja untuk bulan ini dan bulan-bulan mendatang. 

Biiznillah...


Azam anda macam mana? Masih sangkut? Ada progress? Jika belum capai, sekurang-kurangnya ada gerakan. 


Anda yang berminat untuk mula menulis blog, ini peluang anda. Dari menulis blog, bersama-sama jemaah akademi bekerja di rumah, boleh mula jana pendapatan sampingan. Latih tubi RM100 setiap hari. Mula dari angka yang kecil. 

Mustahil? 

Ada yang sudah berjaya. Dan konsisten merupakan salah satu resepinya. 


Jom bersama ABDR. Hubungi penulis untuk maklumat lanjut. 

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts