Wednesday, July 17, 2013

Demi Masa

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah. Sudah masuk hari ke lapan umat Islam berpuasa. Sesuungguhnya puasa kali ini sangat bermakna kepada saya setelah membuat perubahan hidup yang sangat besar. Bekerja sendiri di rumah dan menguruskan rumah tangga. Saya mengerti keadaan saya sebagai orang baru dalam arena ini. Banyak yang perlu saya pelajari lagi. Kadangkala jadual baru ini membuatkan saya berasa lebih lelah berbanding sewaktu bekerja makan gaji. Manakan tidak, urusan harian pada waktu dahulu umpama robot yang ditetapkan. Keluar kerja pagi, balik hampir waktu maghrib. Urus rumah tangga sekejap kemudian hari pun berakhir. Amat singkat.

Berbanding dengan sekarang, pelbagai urusan perlu dilakukan serentak yang menekan saya agar menjadi lebih proaktif dan tangkas. Manakan hendak mengurus kain baju, mengemas rumah, meladeni rengekan anak, mengajar anak, melayan pertanyaan pelanggan, menguruskan perniagaan kecil saya. Sungguh, kadangkala lelah juga. Berehat dahulu melepaskan lelah dan banyak kali juga terlalai menyebabkan tugasan semuanya terganggu. Benarlah Firman Allah,

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Surah Al-Asr)

Walau bagaimanapun, semua ujian dan setiap detik yang berlalu selepas bergelar WAHM ini mematangkan saya, menjadikan saya seorang insan yang lebih bersyukur. Saya pasti, apa yang saya alami tatkala ini tidak akan diperolehi semasa saya bergelar pegawai di pejabat. Pasti!. Sekurang-kurangnya bagi diri saya. Justeru, saya meyakini keputusan untuk berhenti bekerja makan gaji dan bekerja sendiri adalah pilihan yang tepat. Walau pun hingar dengan pendapat orang terdekat. Demi masa hadapan, saya kentalkan semangat dan tulikan telinga. Saya yakin, di hujung nanti akan ada kemanisan dan kemenangan yang bakal dikecapi.

Ada yang mahu merasai kemanisan, keterujaan dan kesibukan hidup sebagai WAHM?. Saya bersama Akademi Bekerja Dari Rumah yang diketuai oleh Puan Masayu Ahmad mempunyai panduan yang boleh dijadikan rujukan. Saya juga masih mengulang membacanya. Serasakan tidak puas membaca sekali. Sememangnya ia adalah pembelian berbaloi untuk kehidupan kita.

Anda mahukannya, anda bolehlah menghubungi saya melalui akaun Facebook saya, Wani MN atau emelkan ke nurzahwanimohdnor@gmail.com.



No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts