Friday, July 19, 2013

Sakit Perut!

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Harian Metro Online

Ramadhan belum sampai di pertengahan. Alhamdulillah setakat ini saya belum jejak ke Pasar Ramadhan. Bukan apa, saya tidak suka bergesel dengan orang ramai. Sesak!. 


Sekarang, ramai pula yang mengadu sakit perut. Rata-rata menyalahkan hasil belian pasar ramadhan. Bila difikirkan balik situasi penyebab kejadian siapa sebenarnya yang bersalah?

Soalan1 : Kenapa sakit perut?
Jawapan: Mungkin sebab lauk yang dibeli di pasar ramadhan

Soalan 2: Kenapa beli di pasar ramadhan?
Jawapan: Tidak sempat masak/ malas nak masak/terasa nak makanan pasar ramadhan.

Soalan 3: Kenapa tidak masak di rumah?
Jawapan: Keluar pejabat lambat/ jalan sesak/malas.

Jadi, cuba fikir semula. Siapa yang bersalah. Anda buatlah kesimpulan sendiri ya. Kisah di atas hanyalah perkara umum. Tidak ditujukan kepada sesiapa jua. Kisah hanyalah untuk mencetus idea atau pemikiran. Yang positif pastinya. Yang negatif buang jauh-jauh.

Apa yang berlaku pada kita, disekeliling kita, bermula dari diri sendiri. Jika boleh, jangan cepat menuding jari.
Kita boleh berubah tanpa perlukan ketukan dari orang lain. 

Teringat juga saya pada iklan marjerin jenama Planta yang disiarkan di televisyen. Siapa sangka sebenarnya anak-anak lebih suka masakan ibunya sendiri berbanding makanan di kedai. Biasakan diri mengucap terima kasih kepada anak-anak dan suami jika mereka memuji masakan kita sedap. Akan ada satu perasaan seronok untuk masak lagi dan lagi.

Mahu mempunyai lebih masa bersama anak-anak dan memasak dengan gembira semasa bulan puasa ini?. Menjadi WAHM mungkin salah satu pilihannya. Dapatkan pakej e-book sebagai panduan untuk bermula.


SMS|Whatsapp 0136200432 untuk tempahan/maklumat lanjut.



No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts