Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Selamat hari kemerdekaan yang ke-56. Malaysiaku berdaulat, tanah tumpahnya darahku. Saya sayangi Malaysia!. Anda sayang Malaysia?. Sudahkah anda berdoa agar Malaysia kita ini selamat, aman, sejahtera dan berdaulat?. Jika belum, mari kita berdoa bersama-sama.
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ampunkan dosaku, dosa keluargaku, dosa ibu bapaku, teman-temanku. Kepunyaanmulah segala nikmat termasuklah nikmat kemerdekaan negara Malaysiaku.
Ya Allah, kepada Mu lah kami memohon. Tidak ada kekuatan melainkan dengan izinMu YaAllah. Kau kurniakanlah kepada Kami kekuatan untuk meneruskan perjuangan kami dalam memartabatkan bangsa, agama dan negara Malaysiaku yang dicintai. Kau jadikanlah anak bangsa dan keturunanku keseluruhannya berjuang atas landasan Mu Ya Allah. Ku mohon pada Mu, merdekakan kami dari cengkaman kesusahan, kesempitan pemikiran, penjajahan fizikal dan fikiran. Permudahkanlah hidup kami, dan kurniakan kami cahayamu. Hidupkan kami dalam iman, dan matikanlah kami dalam iman."
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.Amin amin Ya Rabbal a'lamin.
Saya terbaca satu sinopsis drama di TV1 oleh seseorang di facebook (saya lupa namanya). Drama sempena kemerdekaan yang ditayangkan pada malam kemerdekaan. Ia berkenaan seorang pejuang kemerdekaan yang koma dari 1957 hingga kini, ditempatkan di sebuah pusat rawatan. Akhirnya beliau sedar dan menyelusuri kawasan perkampungannya yang telah berubah wajah. Bukan sahaja rumahnya tiada, beliau turut membayangkan betapa semangat ingin merdeka pada zaman dahulu juga telah tiada. Luluh hatinya dengan sikap dan tutur kata yang tidak semegah pejuang kemerdekaan dahulu. Akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir sebelum 31 Ogos 2013.
Mujurnya beliau tidak melihat konsert Ambang Merdeka. Lebih Mat Saleh dari Melayu.
Drama ini, saya tidak tonton sendiri. Tapi saya yakin, mesej yang ingin disampaikan sangat berat. Wajar drama seperti ini diulang tayang berkali-kali.
Masing-masing punya tanggungjawab untuk memanusiakan manusia supaya tidak tersasar dari landasan sebenar. Berat tanggungjawab ini. Yang perlu kita ingat. Mati itu pasti. Satu hari kita akan meninggalkan anak cucu keturunan kita. Apa yang kita akan tinggalkan untuk mereka? Sudahkah kita siapkan bekalan yang patut untuk mereka?.
Setiap kali melihat anak muda yang serong moralnya, gerun timbul di hati saya. Adakah saya mendidik anak saya dengan cara yang betul dan sesuai agar di masa hadapan mereka akan berada dilandasan yang betul dengan bekal agama dan akidah yang cukup?. GERUN. Kerana itu, saya berhempas pulas hari ini. Biar ramai yang cuba mencantas. Saya berdoa, saya kekal berjalan terus menuju matlamat yang satu. Tanggungjawab seorang ibu yang berat ini akan kucuba pikul sehabis baik. Semoga keturunan melayu ku kekal merdeka jasmani dan rohani
Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...
Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....
Popular Posts
-
Teks: Nurzahwani Mohd Nor Foto: Carian google Si Manja lazimnya mula diberi makanan apabila mencecah umur enam bulan. Pengalaman s...
-
Teks: Nurzahwani Mohd Nor Kus semangat?. Orang tua-tua kampung saya selalu kata, kalau budak-budak tembam jangan kata "gemuknya...
No comments:
Post a Comment