Monday, November 4, 2013

Anda suka minuman 3 dalam 1?.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Satu hari saya skroll laman muka buku dan ternampak satu gambar yang menunjukkan jenama-jenama minuman berpeket sama ada di dalam cawan atau pun dalam bentuk sachet. Di bawahnya pula ada peket-peket berisi gula. Teruskan pembacaan, rupanya peket-peket gula itu mewakili kandungan gula di dalam minuman tertera.  Bila fikir semula, melihat saiz peket gula yang ada, saya boleh katakan peratusan tertinggi dalam minuman-minuman berpeket adalah gula. Umpamanya, kita minum gula bukanlah minum kopi.  Memetik kata Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak sebenarnya minuman 3 dalam 1 itu jika labelnya adalah “Kopi Ginseng Tongkat Ali”, sebenarnya ia hanya kandungan ginseng atau tongkat ali sangat sedikit berbanding bahan lain.  Berdasarkan akta pelabelan makanan, ia tidak salah kerana sememangnya minuman itu ada unsur seperti yang dilabelkan, dan jumlahnya melebihi paras minimum yang diperlukan. Jadi, betullah. Tak salah bukan?.

Kandungan gula dalam minuman komersil

Kemudian disusul pula status muka buku dari seorang rakan Akademi, berkenaan jumlah sudu gula yang digunakan untuk membancuh minuman.  Jadi, bila fikir semula, berdasarkan komen yang diberikan oleh rakan-rakannya, jumlah gula yang kita lazim guna untuh bancuh minuman sememangnya sangat jauh berbeza daripada jumlah gula dalam minum 3 dalam 1.  Soalnya, kenapa bila kita minum rasa sedap ya?. Cuba pula kita eksperimen sendiri di rumah, bancuh air sendiri. Masukkan jumlah gula sama banyak dengan bancuhan minuman 3 dalam 1. Apa rasanya?. Kalau saya memang tahap tidak terminum. Bagi dipaksa misi di klinik masa mengandung.  Kalau tiada usul, takkan pula saya suka-suka nak minum.Huh. Yang peliknya, bila sudah jadi peket 3 dalam 1 sedap saja rasanya. Kenapa ya, kenapa ya?.  Mengikut kajian, rasa manis dari gula itu, telah ditenggalamkan oleh bahan-bahan lain. Contohnya bagi Kopi Ginseng Tongkat Ali, ia ditenggelamkan oleh rasa pahit.  Bagi minuman bergas, ia ditenggelamkan oleh rasa pengawet asid sitrik. Itulah gunanya ilmu kimia makanan. Bagaimana memilih bahan untuk mengaburkan rasa bahan yang tidak sedap.  Jadi hasil akhirnya tetap sedap. 

Sukar juga untuk saya kerana saya memang sukakan kesedapan minuman 3 dalam 1.  Terutamanya bila keluar dari rumah dan tinggal di hotel, chalet atau seumpamanya, Penggunaan minuman 3 dalam 1, memang alternatif terbaik kerana siap digunakan dan mudah. Bila dapat ilmu baru ini, mungkin saya perlukan alternatif lain. Mungkin saya boleh peketkan sendiri minuman saya. Mudah saya kawal penggunaan bahan. Tidak perlu krimer. Mungkin terhad milo atau nescaffe campurkan dengan setengah sudu teh gula.  Peketkan dalam plastik kecil-kecil. Jadi minuman 2 dalam 1. Perlukan jenama?. Gelak sendiri.
Ya, saya rasa itu bagus juga. Lebih murah dan tidak lari dari objektif utama penggunaan sebenar. Yang penting, kena rajin. He,he,he. 
*******************************
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts