Search This Blog

Hamil dan asid folik: dari bila sampai bila?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Asid folik dan wanita mengandung memang sinonim. Ia perkara yang biasa kita dengar. Apakah sebenarnya asid folik ini dan fungsinya untuk wanita hamil?. Sebenarnya, asid folik ini merupakan kumpulan vitamin B iaitu B9. Asid folik ini bukan sahaja diperlukan untuk wanita, bahkan juga untuk lelaki. Fungsi asid folik ini adalah untuk membaik pulih dan membina sel baru termasuklah DNA. Memandang kepada fungsinya tadi, sudah pasti keperluan asid folik ini meningkat apabila seseorang wanita hamil.



Asid folik ditekankan untuk wanita hamil untuk membantu pertumbuhan fetus dengan cemerlang. Tujuan utamanya adalah pembangunan sistem saraf dan melindungi daripada kecacatan tiub neural, contoh yang biasa didengari adalah spina bifida. 

Berkongsi pengalaman saya sewaktu membuat pemeriksaan kehamilan dan imbasan bayi dilakukan, doktor menerangkan sambil menunjuk imbasan di skrin, keseluruhan tulang belakang bayi. Ujar doktor berkenaan, apabila tulang belakang tidak bersambung, itu salah satu tanda saraf tunjang tidak tertutup dengan sempurna yang merupakan tanda-tanda kekurangan asid folik. Ia juga disebut sebagai sumbing tulang belakang. Pada masa itu, baru dalam kepala saya nampak kelip-kelip lampu. Barulah saya faham dan menghargai kepentingan asid folik.


Waktu yang penting untuk wanita hamil mengambil asid folik adalah dari hari pertama persenyawaan berlaku hingga anggaran minggu ke-12. Namun, adakah kita sedar bila hari persenyawaan berlaku?. Kebanyakannya akan ragu-ragu. Jadi kepada ibu yang memang merancang untuk hamil, ambillah asid folik apabila anda mula merancang untuk hamil. Namun perlu diingatkan bahawa folik asid bukanlah ubat kesuburan. 


Berapa banyak asid folik yang cukup?.

Jumlah asid folik harian yang diperlukan untuk individu biasanya 0.4 hingga 1mg. Wanita hamil pula

Sebenarnya boleh sahaja dapatkan asid folik dari sumber makanan seperti kekacang, sayuran hijau, buah-buahan, daging merah, kerang, hati, bayam dan banyak lagi. Terdapat juga makanan yang diperkayakan dengan folate seperti biskut dan roti. Pilihan memang ada. Namun, dengan jumlah pengambilan yang terhad, ditambah pula dengan nilai vitamin yang terhapus semasa proses pembersihan, memasak dan sebelum sampai ke dalam mulut, makanan tambahan dalam bentuk pil selalunya menjadi pilihan.

Kena ambil asid folik hingga akhir kandungankah?

Ok. Ini adalah soalahn yang bermain dalam kepala saya. Sebenarnya, macam yang saya tuliskan di atas tadi, asid folik bukan vitamin ibu mengandung. Asid folik diperlukan oleh semua orang. Lelaki, perempuan, kecil, besar, tua, muda. Fungsinya lebih pada baiki sel badan. Jadi, jawapan pada soalan tadi, asid folik memang diperlukan oleh wanita hamil juga, dari mula sampai akhir kandungan. Cuma, kepentingannya sangat runcing waktu awal kandungan hingga minggu ke-12. Selepas dari itu, makanan tambahan asid folik boleh saja dihentikan, dan dapatkan asid folik dari makanan harian seperti kekacang, sayuran hijau, biskut dan lain-lain.

Namun, pengambilan asid folik sehingga akhir kandungan tidak memudaratkan. Seperti Vitamin C yang larut air, vitamin B yang berlebihan akan disingkirkan semasa proses perkumuhan. Jadi, tak perlu risau, kalau dah makan asid folik dari mula sampai akhir mengandung pun tidak jadi hal.

Contoh makanan yang mengandungi asid folik

Ini adalah beberapa senarai yang saya perolehi dari http://www.babycenter.com.my.


Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan; 
  • kacang bendi, setengah cawan; 
  • asparagus, setengah cawan; 
  • lentil, setengah cawan; 
  • hati, 1 keping; 
  • 11 batang taugeh brussels; 
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan; 
  • emping bran, 7 sudu makan; 
  • germa gandum, 25g / 1 aun; 
  • betik sederhana besar. 

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk; 
  • buah oren saiz besar; 
  • nasi putih, setengah cawan; 
  • oat, setengah cawan; 
  • kacang merah, setengah cawan; 
  • jagung saiz besar, 1; 
  • biji bunga matahari, 1 aun. 

Perlu diingatkan, asid folik adalah vitamin larut air. Jadi, ia sangat mudah hilang semasa proses lepas tuai hingga sampai ke mulut. Kebanyakan proses ini menggunakan air bukan?. Jadi, bila tiba di rumah, proses bahan dengan sebaik mungkin.

Ok, itu sahaja pesanan dan perkongsian dari saya. Jika ada cadangan, komen dan lain-lain, boleh hubungi saya ya.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



CONVERSATION

2 comments:

  1. masa saya mengandung anak kelima, diberitahu doktor dah tak bagi makan asid folik. Tapi saya beli supplement lain kat luar. saya tak percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, wani pun cari supplement kat luar. Bila kita tau kenapa kita kena makan apa, bolehla cari sendiri. yang penting ilmu!. Tq kak mona, rajin drop comment kat sini. :)

      Delete

Makluman

Penulisan dari blog Bijak Nutrisi ini adalah bersifat umum dan hanyalah karangan penulis berdasarkan pembacaan, pengalaman dan perbualan harian. Perkongsian di sini tidak diperhalusi dan dimurnikan oleh mana-mana pegawai perubatan berdaftar. Anda hendaklah merujuk kepada pegawai perubatan yang sah dan tidak menggunakan isi kandungan penulisan ini secara membuta tuli.

Isi kandungan ini juga tidak ditujukan kepada mana-mana individu melainkan dinyatakan secara terang-terangan.

Mana-mana pembaca yang berhajat untuk menyalin dan mengerluarkan semula isi kandungan dari penulisan blog Bijak Nutrisi ini dan anda rasa ia bermanfaat untuk dikongsikan, anda dialu-alukan berbuat demikian, dengan syarat kredit atau link back ke alamat blog Bijak Nutrisi ini.

Terima kasih kepada anda yang singgah ke blog ini sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga mendapat manfaat.

Google+ Followers

Tweet Tweet

Pinterest Gallery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram Shots

Back
to top