Sunday, November 30, 2014

Makanan anak kecil = kalori kosong?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Anak enggan makan memang masalah biasa. Maksud saya adalah makan makanan utama sarapan, makan tengahari dan makan malam.  Seingat saya masalah ini saya hadapi juga masa anak umur 1-2 tahun.  Bertukar fikiran dan berkongsi maklumat dengan ibu-ibu lain memang sangat membantu. Terutama berkaitan resepi pemikat selera anak.

Pernah juga berbual dengan pengurus sekolah tadika anak saya.  Waktu itu sedang makan, ada seorang anak ralit bermain dan tak makan.  Saya tanya pengurus berkenaan anak itu.  Katanya dia memang tak makan nasi.  Hari-hari makan roti coklat.  Kalau beri makan nasi juga, boleh jadi muntah!.

Ok. Itu pertama kali saya dengar.  Katanya emak kanak-kanak berkenaan sudah maklum dan memang anaknya begitu.  Dari kecil tak boleh makan nasi atau mee dan seumpamanya.  Selalunya jajan dan roti.  Wah!.  Sangka saya anak itu membesar di luar negara, namun tidak juga.  

Eloklah juga anaknya boleh makan roti. Sekurang-kurang ada bekalan nutrisi di situ.  Kalau diberi jajan sepanjang masa saya kira anak itu lebih kurus. Jajan = kalori kosong.  Tiada nutrisi.  Hanya mengenyangkan anak tapi tiada keperluan nutrisi penting untuk pertumbuhan anak.  

Zaman ini memang susah juga mahu hindari jajan seratus peratus.  Di sekolah juga disogok dengan jajan.  Bila menang atau berjaya dapat menjawab soalan, dapt gula-gula.  Bila ada sambutan hari lahir dapat juga seplastik jajan.  Saya terpaksa akui, sering juga saya sorok-sorok terus masukkan ke encik tong sampah.  Dalam hati niatkan, makanan ini memang halal dengan logo JAKIM, tapi tidak toiyyiban untuk anak saya.



Rugi makan jajan.  Perut kenyang. Bila mahu makan makanan utama sudah tak boleh masuk.  Sebolehnya kalau anak memang mahu makan jajan, saya syaratkan makan dulu nasi atau makan utama.  Selepas itu baru boleh makan jajan.  Di rumah masih boleh dikawal, namun ditempat orang selalu terbabas. 

Anak-anak yang cerewet bab makan, menerusi pembacaan saya ada kaitan dengan habit masa mula-mula makanan diperkenalkan kepada anak-anak.  Kemudian ia juga ada kaitan dengan masalah usus dan penghadaman.  

Dalam entri akan datang saya mahu kongsikan pembacaan saya alternatif asas untuk mudah beri anak makan makanan berkhasiat. InsyaAllah.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts