Search This Blog

WAHM juga perlukan EQ

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Allahuakbar.
Sesungguhnya demi masa, manusia dalam kerugian.
Tiap kali sebut ayat ini mesti syahdu rasa dalam hati.  Rasa geram sebab selalu didahului masa.
Hingga nak menambah entri dalam blog pun jadi tak sempat-sempat (alasan, hi,hi,hi).

Ok. Saya baru menyudahkan peperiksaan terjemahan saya.  Nampak macam mudah, tapi bila sudah mendalami teks ujian, rasa tak keruan.  Doakan saya berjaya.

Saya rasa, walau pun saya bukan pakar dalam bahasa, kemudian mahu terkedek-kedek menjadi penterjemah pula.  Tapi kadang kala kita tak nampak kebolehan diri kita sendiri.  Lagi pun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Apa yang menarik dengan peperiksaan terjemahan adalah kita mempunyai peluang untuk membaca perkara yang tak pernah terlintas dalam kepala untuk membaca teks yang diberikan.  Saya telah tubuhkan kumpulan komunikasi Whatsapp dan rata-rata bila ditanya sememangnya kabur sungguh dengan teks yang diberi.  Teks umum yang berikaitan dengan ekonomi, kemudian teks umum berkaitan kecerdasan emosi.  Memang semua biasa dengar, biasa bercakap, pernah membincangkan perkara yang ditulis dalam teks itu, tapi tidak pernah mendalami.  Jadi, tak semena-mena semua mendapat ilmu baru.  Saya sekurang-kurangnya.

Saya ingin kongsikan di sini berkenaan kecerdasan emosi dan kaitkannya dengan bisnes bagi suri rumah atau WAHM.  Eh, ada kaitan?. Selalu kecerdasan emosi ni disebut-sebut di pejabat dan sekolah saja.  Ha, saya pun tak pernah terfikir.  Kecerdasan emosi sebernarnya EQ atau EI. Ok, sel sudah bersambung ya. 

Bila WAHM buat kerja di rumah, cabarannya memang lagi tinggi dari pekerja di pejabat.  Hendak mengawal emosi sendiri, kemudian mahu melayan emosi anak-anak dan suami.  Mencabar bukan?  Silap hari bulan boleh jadi raksasa di rumah.  Itu biasa bagi saya sebenarnya.  Mencabar tau.

Gali
 
Berdasarkan perbincangan dari teks yang di baca, antara perkara yang kita boleh lakukan untuk mengembangkan EQ kita, walau pun berada di rumah ya, saya kira boleh digunakan, adalah pandang hidup kita dengan menyeluruh.  Jangan terlalu memandang pada kelemahan kita dan lupa pula nak kembangkan kekuatan kita.  Asyik fikir kita belum berjaya urus masa dengan baik tapi lupa kita boleh menarikan cerita di papan kekunci dengan baik dan cepat.  Kita boleh terus fikirkan saya suka menulis, dan terus tulis.  Usah fikir lagi tentang masa.  Fokus pada kekuatan bukan pada masalah.  Ia menyelesaikan masalah anda.

Mimpi
Benarkan diri anda bermimpi.  Ini selalu dan biasa disebut-sebut.  Letakkan vision board anda.  Dalam teks peperiksaan, mencadangkan hanya ramalkan, tapi saya kira lebih baik jika terus letakkan jadikan ia dalam bentuk keras.  Cetak dan tampal gambar impian anda. Lihat setiap hari dan rasa geram dengan impian anda.

Tanya
Dapatkan maklum balas yang jujur dari kawan sekeliling anda.  Jangan kata dengan saya WAHM tiada kawan.  Saya kira kawan saya semasa tidak bekerja bertambah ramai!.  Walau pun di alam maya, ia tetap kawan.  Tapi yang penting kawan yang boleh berikan pendapat tentang prestasi kita secara jujur.  Suami sendiri juga boleh berikan pendapat.  Anak juga boleh berikan pendapat.  Bila kita sibuk sangat buat kerja bisnes sampai keluarga rasa terabai dan mereka suarakan pendapat mereka, jangan buat-buat tak dengar dan katakan 'jangan kacau saya'. Hei, itulah jam loceng anda.  Kembali pada matlamat sebenar kenapa anda berada di rumah ya.

Coaching
Memberi latihan dan mendapatkan latihan.  Ilmu yang ada sampaikan. Ilmu yang tiada, cari!. Mudah.  Dalam menjadi WAHM, ia sesuatu yang asing di negara kita.  Masih lagi baru.  Jangan tanya ilmu WAHM pada nenek dan mak kita yang pemikirannya, dah belajar tinggi, kenapa berhenti kerja dan duduk melepak di rumah?.  Itu mencari nahas!.  Nanti anda yang sedih.  Berguru dengan mereka yang telah pun berjaya bermula.  Saya pilih coaching di Akademi Bekerja Di Rumah.  Anda belum jumpa coach anda?. Jom sertai ABDR.  Hubungi saya. (iklan pula).

 Itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan.  Jika anda mahu maklumat lebih, bolehlah membaca buku berkaitan dan hubungkan dengan dunia baru anda Work At Home Mom!  




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Makluman

Penulisan dari blog Bijak Nutrisi ini adalah bersifat umum dan hanyalah karangan penulis berdasarkan pembacaan, pengalaman dan perbualan harian. Perkongsian di sini tidak diperhalusi dan dimurnikan oleh mana-mana pegawai perubatan berdaftar. Anda hendaklah merujuk kepada pegawai perubatan yang sah dan tidak menggunakan isi kandungan penulisan ini secara membuta tuli.

Isi kandungan ini juga tidak ditujukan kepada mana-mana individu melainkan dinyatakan secara terang-terangan.

Mana-mana pembaca yang berhajat untuk menyalin dan mengerluarkan semula isi kandungan dari penulisan blog Bijak Nutrisi ini dan anda rasa ia bermanfaat untuk dikongsikan, anda dialu-alukan berbuat demikian, dengan syarat kredit atau link back ke alamat blog Bijak Nutrisi ini.

Terima kasih kepada anda yang singgah ke blog ini sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga mendapat manfaat.

Google+ Followers

Tweet Tweet

Pinterest Gallery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram Shots

Back
to top