Thursday, August 18, 2016

Makan supplemen tak? Tips untuk anda tahu supplemen anda semulajadi, organik atau sintetik.

Assalamualaikum.


Jika sebut pasal vitamin dan supplemen, sekarang ni bukan lagi pelik.  15 tahun dulu, mungkin, jarang-janrang nak dengar.

Sekarang, buka majalah, supplemen. Buka TV, supplemen. Buka FB apatah lagi.
Jadi, apa beza antara vitamin dan supplemen yang ada dipasaran?. Jom baca lagi.



Terdapat pelbagai pilihan vitamin dan makanan tambahan berada di pasaran. Dahulu saya tidak pernah perhatikan samada vitamin yang saya makan itu jenis yang bagaimana. Termasuklah sewaktu mengandung. 

Saya pernah melihat, satu jenis vitamin, bila digenggam lama akan meninggalkan warna di tangan. MERAH!. Jahilnya saya kerana ia telah diprekripsi, saya makan saja walhal saya fikir juga masa itu, ini adalah pewarna.

Alhamdulillah setelah bertemu dengan supplemen Shaklee, saya tidak lagi menggenggam pewarna di tangan lagi. Jadi saya yakin, ianya semulajadi. Tidak perlukan pewarna tambahan untuk make-up vitamin.

Jadi apakah vitamin semulajadi.



Vitamin semulajadi umumnya adalah vitamin yang bersumberkan bahan sebenar. Contohnya dari mulberi sebenar, dari sisik ikan sebenar. 

Tiada tambahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan. Jika perlukan perasa untuk meliputi rasa yang tidak sedap, ia masih menggunakan bahan semulajadi. 

Saya masih ingat, di awal penggunaan alfalfa, rasa dan baunya agak meloyakan tekak saya. Bau macam rumput. Emak saya yang menggunakan Shaklee lebih 10 tahun lepas juga maklumkan demikian. 

Tapi sekarang, Alfalfa telah diberi nafas baru. Ya, memang betul nafas baru kerana ia berbau pudina. Tiada lagi bau rumput seperti dahulu. Pudina juga adalah pudina sebenar. Bukan perasa pudina tiruan.



Apa pula vitamin organik?



Vitamin organik lebih baik dari vitamin sintetik. Vitamin organik juga menggunakan sumber dari bahan asal. Ia seperti anda membeli cili boh dari kedai. 

Dipeket cantik dalam botol plastik. Ia daripada cili kering yang sama dengan yang kita boleh proses sendiri. Yang kita rebus sendiri. 

Bezanya, kerana ia perlu dipasarkan dan perlu kekal elok dalam tempoh yang lama berbanding cili boh kita proses sendiri, ia ditambah pengawet, lazimnya tiruan kerana ia mudah didapati dalam kuantiti yang banyak dan ia murah. 

Jika guna pengawet semulajadi mungkin harganya tidak semurah yang ada. Mungkin lebih mahal. Dan ia tidak lagi digelar organik. Upgrade menjadi semulajadi. Jadi, vitamin organik lebih murah dari vitamin semulajadi.



Vitamin sintetik pula?



Nama pun sintetik. Sintetik adalah bahan yang diproses di makmal. 

Formula molekul yang sama, tetapi bukan dari sumber asal bahan sebenar. Nampk sama, tapi tidak serupa. 

Contohnya minyak wangi. Minyak wangi boleh diformulasi daripada bahan di makmal. Menghasilkan namanya masih minyak wangi, masih wangi. Tapi wanginya tidak sama dengan yang wangi bunga. 

Tidak sama enak dan lemaknya. Tambah teruk dapat alahan.



Bagaimana mahu tahu ia Vitamin semulajadi?



1. Tiada silica gel


2. Lihat label makanan. Cari "100% semulajadi'/100% natural. Perkataan natural sahaja belum mencukupi

3. Cari sumber bahan semulajadi seperti alfalfa, grape seed dan lain-lain.

4. Cari terbitan garam seperti nitrate, sorbate, chloride. Jika tiada, maksudnya semulajadi. Vitamin sintetik memerlukannya untuk stabiliti.

5. Label mengandungi "dl-xxx" adalah sintetik. Contoh dl-tocopherol untuk vitamin E. 


Jika mahu yang semulajadi, jadikan Shaklee pilihan anda.

Kami adalah ejen pengedar Shaklee yang berdaftar dan pengedar produk bermain sambil belajar di Salak Tinggi dan Nilai.  

Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Kurier.

Kami galakkan anda memberi maklumbalas dan berinteraksi untuk mendapatkan maklumat dari kami.


Read makluman
Untuk melihat senarai harga produk dan tempahan klik KATALOG
Buat tempahan anda Order atau 

Hubungi saya
SMS|WeChat|Whatsapp : 0136200432 (Wani).
E-mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


Nukilan

Nurzahwani Mohd Nor

Shaklee Independent Distributor ID 953514
Pengedar produk bermain sambil belajar (Visit page PitstopMamaDanJunior)
Ahli Akademi Bekerja di Rumah.

*Kredit gambar 

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts