Wednesday, May 29, 2013

Definisi

Teks : Nurzahwani Mohd Nor

DEFINISI NUTRISI

Sebut sahaja nutrisi, semua orang maklum tentangnya. Nutrisi bukanlah perkara asing bagi kita semua. Namun sejauh manakah kita memahami maksud nutrisi?. Seringkali nutrisi disalah anggap sebagai apa yang kita makan seperti nasi, ayam, burger, cendol bakar, kuih keria, kuih abuk-abuk dan panjang lagi senarainya tidak terhingga!. Hakikat makanan berbeza dari nutrisi. Nutrisi pula lebih mendalam maksudnya daripada sekadar makanan yang kita masukkan ke dalam perut kita sehari-harian itu. Terdapat beberapa definisi nutrisi yang dirujuk dalam perbincangan berkenaan nutrisi.



Supariasa, 2001, menyatakan nutrisi proses memperkaya atau diperkayakan, makanan atau bahan organik yang boleh digunakan oleh hidupan untuk memberikan tenaga dan membina tisu dan otot, melalui proses menelan, pencernaan, penyerapan, pengangkutan, asimilasi dan perkumuhan.


Proses hidupan mendapatkan makanan dan menggunakannya untuk menghasilkan tenaga bagi proses pembesaran, menjalankan proses metabolism dan membaiki tisu atau struktur juga membawa maksud nutrisi (Alimul hidayat, 2006).

Dalam konteks pendidikan pula nutrisi juga merupakan kajian berkenaan makanan dan pengkayaan termasuklah komposisi makanan, panduan pemakanan, kepentingan kepelbagaian nutrisi dalam mengekalkan kesihatan badan (The Free Dictionary). 

Perbincangan Potter, 2005 pula mengatakan nutrisi merupakan elemen penting untuk proses dan fungsi tubuh. (Potter, P,dkk. 2005. Buku Ajar Fundamental Keperawatan. Jakarta : EGC)



Jangan pula pening dan keliru dengan pelbagai definisi nutrisi yang disebut di atas. Untuk memudahkan perbincangan, saya simpulkan, konteks nutrisi yang akan dibincangkan di dalam buku ini membawa maksud, proses menggunakan bahan organik yang dimakan oleh manusia untuk membesar, membina serta membaiki tisu dan otot bagi mengekalkan kesihatan badan serta menjalankan fungsi tubuh secara normal dengan cara menelan, pencernaan, penyerapan, pengangkutan, asimilasi dan perkumuhan. Jadi awas!. Kekurangan atau kelebihan nutrisi dalam sistem badan sudah tentu memberikan impak. Apakah dia? Ikuti kupasan selanjutnya dari buku ini.


RUJUKAN

Supariasa, I.D.N. 2001. Penilaian Status Gizi. Jakarta : EGC

Siapa Bilang Anak Sehat Pasti Cerdas,Author A. Aziz Alimul Hidayat,Publisher Elex Media Komputindo,ISBN 9792013997, 9789792013993

Potter, P,dkk. 2005. Buku Ajar Fundamental Keperawatan. Jakarta : EGC

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts