Wednesday, May 29, 2013

Pengenalan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor.

Hubungi penulis:

E-mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com
Whatsapp : 0136200432
FaceBook: https://www.facebook.com/zahwanimn


Nama diberi Nurzahwani Mohd Nor. Saya dilahirkan pada tahun 1982 di Melaka Bandar Bersesejarah. Saya membesar dan bersekolah di Melaka dari sekolah tadika hinggalah tamat SPM. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai. Berikut adalah latar belakang pendidikan dan pekerjaan saya sebelum menamatkan status suri bekerja pada tahun 2011, iaitu selepas setahun melahirkan anak kedua.

Latar belakang pendidikan saya berasaskan Kimia. Saya berkelulusan Msc Sains (Kimia) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Pengalaman bekerja saya bermula dalam arena penyelidikan. Saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di UTM Skudai sebelum menyambung pengajian Ijazah Sarjana. Sememangnya minat saya ke arah penyelidikan.

Seterusnya, saya menjawat pula jawatan Pegawai Penyelidik di sebuah badan berkanun dalam jabatan Teknologi Makanan dan Pemakanan. Secara umum, kajian saya berkaitan minyak dan lelemak. Kemudian, saya juga pernah menjawat jawatan sebagai  Pegawai Tadbir di Universiti Awam dan Pegawai ISO di sebuah industri tekstil.

Dalam meniti kehidupan, saya mula memupuk minat dalam perniagaan. Saya pernah membuat pelbagai bisnes sambilan secara kecil-kecilan termasuklah menjual T-Shirt kanak-kanak, baju kurung kanak-kanak, printing mug dan juga Apam PolkaDot bila ada tempahan. Dalam fikiran saya, saya perlu berniaga untuk meninggalkan satu legasi perniagaan untuk keturunan saya. Nampak seperti angan-angan besar. Tapi, impian jitu pasti boleh membuahkan hasil.

Selepas melahirkan anakanda kedua, saya mula meninjau-ninjau peluang untuk mencarri pendapatan sampingan. Bukan semata-mata kerana duit. Tapi kerana niat saya di atas. Kemudian saya terserempak pula dengan karya Puan Masayu Ahmad tentang Jana Wang dari Rumah. Saya langgan e-mel dari beliau. Pada waktu itu, saya tidak menyangka boleh menjana wang dari rumah. Sedikit demi sedikit saya mula mengumpul maklumat.

Akibat kesibukan, saya terlupa dengan e-mel yang saya langgan tentang kerja dari rumah. Apabila saya meletakkan jawatan, minda saya berpusing-pusing mencari jalan. Saya habiskan masa senggang saya dengan melayari internet, dan terjumpa dengan iklan Puan Masayu Ahmad berkenaan Kelas Asas Blog Siap E-book.

Saya rasa ini peluang untuk saya. Di samping minat saya dengan blog, saya juga ingin menghasilkan sebuah buku dengan nama sendiri. Ini merupakan jambatan untuk saya.

Berdasarkan analisa bersama Puan Masayu Ahmad, saya melahirkan blog ini.www.nurzahwanimohdnor.blogspot.com. Blog berkaitan kesihatan dan nutrisi. Saya kongsian minat saya berkaitan penyelidikan serta melayari internet mencari maklumat berkaitan makanan dan kesihatan.

Dengan kemahiran yang dilatih oleh Puan Masayu Ahmad, saya berjaya menghasilkan blog yang lebih berkualiti dan mesra pembaca berbanding blog saya yang lama. Saya juga telah diberi mandat oleh Puan Masayu Ahmad untuk mengendalikan kelas Asas Blog pula.

Di samping mengendalikan kelas, saya juga diberi peluang untuk menjana pendapatan dari rumah dengan hanya mempromosikan produk digital Akademi Bekerja Di Rumah iaitu:-

1. Kelas asas blog dan penulisan. 
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes.
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.
4. Kelas beriklan mudah.my.
5. Kelas borong telekung solat.
6. Kelas penulisan ebook pertama.
7. Pendaftaran Pengurus Online @ Rakan Niaga.
8. Tempahan blog bisnes-siap 3 hari.
9. Sewa ruang iklan. 
11. Kelas asas akaun wahm/ soho online/offline.




Maklumat lanjut berkenaan pakej kelas online boleh di baca di link ini.
http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/p/teks-nurzahwani-mohd-nor.html.

Fan page yang digunakan pula adalah https://www.facebook.com/pages/Books-et-cetera/343401155799736

Sebenarnya untuk mencari pendapatan, di mana-mana juga boleh. Tidak semestinya bekerja di luar. Dengan menjalankan perniagaan secara online begini, saya mempunyai masa dan ruang yang saya perlukan. Untuk menjaga dan mendidik anak sendiri, mengurus rumah tangga dan seterusnya meluangkan lebih banyak masa beribadat yang mana semua ini tidak dapat saya lakukan semasa bekerja di luar.

Menjalankan perniagaan sendiri merupakan cabaran untuk diri sendiri dalam mengurus target pendapatan, dan usaha ke arah mencapai target. Ia lebih kepada pengurusan diri sendiri. Semangat dan sokongan dari kawan-kawan sangat membantu saya untuk terus menggerakkan bisnes ini. Saya akui saya jenis cepat patah semangat. Jadi kepada anda yang minat berniaga tapi sifatnya ala-ala saya, saya sarankan sertai mana-mana kumpulan sokongan. Seperti saya, saya sertai Jemaah Akademi Bekerja di Rumah.
Sepanjang penglibatan saya dalam perniagaan online ini, walau pun bukan lagi dalam kategori berjaya tahap bintang, saya bersyukur, daripada tiada 0 pendapatan, saya sudah pandai meraih pendapatan sendiri hasil usaha sendiri. walau pun hanya mencecah tiga angka sebulan. Perkara yang saya tidak jangka sepanjang saya bekerja di luar. Siapa sangka, saya boleh juga berniaga!. Emak saya pun tak percaya tau. Apa rencah rahsianya?. Untuk saya, kerja dalam jemaah.

Jika anda juga inginkan pengalaman seperti ini, saya menawarkan peluang untuk belajar bersama, menjadi pengurus online ABDR. Maklumat lanjut boleh baca di sini: http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2014/01/mahu-jadi-rakan-niaga.html

Harapan saya, kita semua berjaya. Dunia dan akhirat.
Amin.


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts