Search This Blog

Catatan 2: Aura Positif

Teks: Nurzahwani Mohd Nor.

Saya selalu mendengar orang bercerita tentang aura positif. Sehinggakan penapis air pun ada yang beridentitikan aura. Sebetulnya saya kurang faham berkenaan aura positif ini. Yang saya pernah tahu daripada seorang rakan saya, berkenaan aurora yang menghasilkan banyak caj positif dan ia tidak elok untuk emosi individu.

Kebetulan saya menghadiri seminar daripada kumpulan Dr Azizan Osman. Ada juga selitan berkenaan aura positif. Ada juga ditunjukkan berkenaan produk yang menggalakkan aura positif dan juga cara periksa aura positif menggunakan alat khas. Tapi saya masih juga tak faham berkenaan aura positif itu. Sedih tak?

Tapi apa yang saya yakin, saya pernah merasai keadaan negatif setiap masa, dan keadaan berfikiran positif selalu. Berubah menjadi orang yang positif merupakan perkara yang TERINDAH. Segalanya bertukar indah. Alhamdulillah saya menyertai individu-individu anugerah illahi yang membawa saya ke arah hidup positif.

Kesimpulan saya, untuk menjadi positif dan dapatkan aura positif (?) dekatkan saja diri dengan Allah dan dekati individu positif. Baca juga saranan Dr Muhaya berkenaan hal ini. Banyak penjelasannya. 

Rabbana la tuzigh qulubana ba'daizhadaitana wahablana min ladunkarahmah. Innaka antalwahhab. Ya Allah kurniakan juga kami ilmu dari segenap pelusuk dunia dari langit dan bumi agar dapat kami kongsikan bersama rakan-rakan muslimin dan muslimat. Aminn.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Makluman

Penulisan dari blog Bijak Nutrisi ini adalah bersifat umum dan hanyalah karangan penulis berdasarkan pembacaan, pengalaman dan perbualan harian. Perkongsian di sini tidak diperhalusi dan dimurnikan oleh mana-mana pegawai perubatan berdaftar. Anda hendaklah merujuk kepada pegawai perubatan yang sah dan tidak menggunakan isi kandungan penulisan ini secara membuta tuli.

Isi kandungan ini juga tidak ditujukan kepada mana-mana individu melainkan dinyatakan secara terang-terangan.

Mana-mana pembaca yang berhajat untuk menyalin dan mengerluarkan semula isi kandungan dari penulisan blog Bijak Nutrisi ini dan anda rasa ia bermanfaat untuk dikongsikan, anda dialu-alukan berbuat demikian, dengan syarat kredit atau link back ke alamat blog Bijak Nutrisi ini.

Terima kasih kepada anda yang singgah ke blog ini sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga mendapat manfaat.

Google+ Followers

Tweet Tweet

Pinterest Gallery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram Shots

Back
to top