Saturday, June 1, 2013

Catatan 3: Cuti sekolah airport dan percutian

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
 
Sekarang musim cuti sekolah. Sementelah suami pun outstation, selepas menghantar suami ke airport, kami 3 beranak ikut mak dan ayah pulang ke kampung. Kebetulan mak dan ayah singgah ke rumah dari Perak ke Melaka. Dapatlah saya bercuti seminggu di kampung. 

Hari ini, mak mertua saya bertolak menunaikan umrah. Awal2 dinihari rombongan nya sudah sampai di LCCT. Saya hanya dapat datang menjenguk jam 10 pagi. Penerbangan jam 12. Sempat juga la berborak dengan nya dan rakan serombongan. Nampak gaya ramai juga ahli rombongan itu. Harapan nya semua urusan dipermudahkan. LCCT macam biasa. Sentiasa penuh walau pun komplen tak pernah berhenti untuk syarikat penerbangan ini. Lucu juga memikirkannya. Mungkin saja konsepnya keperluan mengatasi kebencian. 

Malam ini lagi sekali akan ke airport menjemput suami pula. Lagi sekali. Dua kali dalam sehari. Tapi suasana KLIA lebih teratur. Mudah sikit untuk urusan saya. Harapnya lah. 

Hari Isnin nanti mahu ke KLIA lagi sekali. Menghantar sepupu pergi umrah pula. Musim agaknya. Ye lah. Sekarang bulan rejab menghampiri syaaban. Bulan bulan rahmat. Saya kira menjelang Ramadhan mesti lagi ramai mengerjakan umrah. Hmm bila pula rezeki saya ye?


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts