Wednesday, May 29, 2013

Catatan 1: Permulaan

Teks : Nurzahwani Mohd Nor

Hari ini permulaan saya memasukkan entri ke dalam blog. Asalnya saya sudah tuliskan menggunakan Microsoft Words.  Saya rasa teknik ini bagus juga. Gabungan offline dan online kerana kekangan perkhidmatan talian internet di kawasan tempat tinggal saya yang tenggelam timbul. Apabila ada peluang yang mengizinkan terus salin dan letakkan di blog.

Apabila dah online dan bersedia untuk memecut, rupa-rupanya saya ketinggalan entri tugasan daripada guru saya. Jadi, saya siapkan lah tugasan yang diberi. Saya rasa tugasan ini berbaloi kerana membantu saya menulis,meninggikan lagi skill dan perasaan untuk menulis. Bukan mudah untuk mulakan penulisan, tetapi jika kita sudah dapat rentaknya, kadang kala terlupa urusan utama menguruskan anak-anak dan isi rumah.

Semoga penulisan saya dan rakan seperjuangan bertambah lancar hendaknya. Amin.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts