Wednesday, July 24, 2013

Makanan Berlebihan. Mahu Buat Apa?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Sudah dua minggu kita menunaikan amalan puasa di bulan Ramadhan. Sepanjang masa ini juga, bermacam-macam juadah yang kita telah cuba. Yang masak sendiri, mahu pun hasil belian di Pasar Ramadhan.  Kurang seronoknya apabila banyak daripada makanan yang dihidangkan tidak licin di pinggan. Selalu bila makanan berlebih, orang akan kaitkan,
" Itulah, terlampau rambang mata membeli di Pasar Ramadhan. Habis semua diborongnya".
Namun, situasi sebenar, kita yang masak sendiri di rumah juga sama keadaannya (bagi saya sekurang-kurangnya). Hendak dikatakan masak terlampau banyak, tidak juga. Tetapi, semakin lama kita berpuasa, semakin banyak makanan berlebih. Mungkin perut menjadi mengecut. Tidak dapat diisi banyak seperti masa awal-awal puasa dua minggu lepas.

Bila makanan berlebih, apa alternatif anda semua?.

Saya selalu simpan di dalam peti sejuk dengan harapan esok kita panaskan semula. Lucunya, bila dipanaskan, kadangkala tidak juga habis, tambah pula koleksi makanan tidak habis di dalam peti sejuk. Aduhai!. Akhirnya ke tong sampah juga. Sayu.

Hujung minggu lalu, berkesempatan berbuka puasa bersama Makcik Mertua (Makcik suami saya). Masih seorang perawan walaupun umur sudah lanjut. Makcik memang suka memasak dan meraikan tetamu dengan makanan. Saya sungguh kagum dengan cara beliau uruskan makanan. Walaupun selalu masak banyak dan meraikan tetamu, beliau jarang membuang makanan ke tong sampah. Cerita beliau membuatkan saya tersentap dan tersedar.  Makanan yang berlebihan akan diasingkan. Mana yang boleh tahan lama, beliau akan simpan di peti beku.  Yang sesuai untuk kucing akan diberikan pada kucing.

Beliau memang sukakan kucing dan memang membela 6 ekor kucing di rumah. Ada juga seekor kucing namanya Tum singkatan dari tumpang!. Tum bukan kucing milik beliau, tetapi kucing jalanan yang datang ke rumah untuk makan dan pergi bersiar-siar sehingga tiba waktu makan seterusnya.

Kembali kepada makanan berlebihan tadi. Makanan yang tidak sesuai disimpan atau diberi pada kucing, akan diberikan pula pada burung merpati yang selalu berkunjung di belakang rumah beliau. Burung pun sudah tahu tempat mereka makan. Selalu datang pada waktu pagi menunggu di belakang rumah.

Dengar cerita beliau membuatkan saya teringatkan rakan bekas tempat kerja saya dahulu. Beliau juga tidak membuang makanan ke tong sampah. Prinsip beliau, apa yang kita ambil dari tanah, kita pulangkan ke tanah semula. Hasil makanan dari dapur beliau, akan beliau tanah di dalam tanah. Katanya, tidak lama untuk menunggu makanan seperti kulit buah dan nasi untuk reput. Tunggu seminggu dan tanah itu boleh dipakai untuk tanam lebihan makanan yang lain pula. Tanah di situ juga subur dan sesuai dijadikan baja. Menarik bukan?.
Saya selalu mengamalkannya semasa mula berpindah rumah dahulu. Tetapi amalan ini, makin lama makin saya lupakan.

Kesimpulannya, hasil daripada lawatan ke rumah Makcik Mertua itu, saya kembali tersedar. Daripada muatkan lebihan makanan ke dalam peti sejuk sehingga peti sejuk pun mahu termuntah, eloklah saya amalkan dua perkara tadi. Berikan pada haiwan atau pulangkan semula kepada tanah.

Anda pun boleh mencubanya!.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts