Mempunyai blog merupakan perkara terhebat yang pernah saya ada. Ia merupakan satu fenomena sekitar tahun 2008. Iya lah. Masa itu, tiada lagi facebook. Saya pun mula aktif menggunakan facebook sekitar awal tahun ini. Jika bukan kerana telah menjadi suri rumah dan bekerja dari rumah, saya mungkin tidak aktif bermuka buku sampai bila-bila.
Saya lebih sukakan blog. Perantara blog memudahkan saya bercerita lebih banyak. Saya mula mendaftar blogspot sekitar tahun 2007. Sewaktu tamat pengajian dan mula mencari kerja. Masa itu, memang tidak tahu langsung menggunakan blog. Kemudian sepi kerana tidak tahu menggunakannya. Tahun 2008, ratas dorongan kakak saya, saya ingin mendaftar blog. Rupa-rupanya saya memang sudah ada blog!. Sampai terlupa ada blog dek kerana tidak tahu menggunakan blog. Sejak dari itu, saya mula berblog dan mencatatkan pengalaman saya bersama anak pertama dan kedua. Catatan harian dan juga pengalaman perjalanan percutian. Lawatlah blog lama saya, www.zahwani.blogspot.com (memoir mama). Ketika ini, saya memang cetek ilmu tentang penulisan blog.
Kemudian, saya bertemu Kak Masayu Ahmad di alam maya dan mendaftar untuk kelas penulis blog siap e-book. Wow!. Saya rasakan banyak juga yang saya belajar dan dapat meningkatkan kemahiran penulisan saya. Termasuklan ilmu untuk bekerja dari rumah. Di sinilah saya mula rasa bangga menjadi suri rumah dan bekerja menjana pendapatan serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Menjadi SuperMak, SuperWAHM.
Anda boleh bandingkan entri saya di blog lama dan juga yang sekarang ini. Pengisiannya lebih bermakna dan fokus!. Jika saya boleh anda juga boleh. Tidak semestinya anda harus menjadi suri rumah untuk mendaftar kelas ini. Siapa sahaja boleh, termasuklah kaum Adam.
Yuran kelas RM130 + RM50 ebook asas blog + RM25 ebook Super WAHM SOHO.
Pelajar hanya perlu bayar RM155 (promosi Ramadhan).
Percuma ebook asas blog.
Untuk mendaftar, anda boleh tanya saya.
SMS|Whatsapp|WeChat 0136200432
atau
PM inbox saya Wani Mn-->Follow blog saya di bahagian atas kiri page ini.
No comments:
Post a Comment