Foto: Carian google
·
satu cawan bersamaan 200ml. Anggaran
cawan teh yang standard.
· Satu sudu makan bersamaan 2 sudu teh, atau 10ml
· ½ cawan nasi adalah sama dengan satu senduk penuh nasi
· 1 cawan bubur adalah dua senduk penuh bubur.
Si Manja lazimnya mula diberi makanan
apabila mencecah umur enam bulan. Pengalaman saya semasa mula memberikan anak
makan, saya tertanya-tanya, sebanyak manakah seorang anak kecil makan?. Semasa
berumur enam bulan, boleh digagahkan lagi. Apabila anak sudah pandai merangkak
dan berjalan, saya mula garu kepala. Dengan keadaan anak yang lasak bermain,
tidak fokus dan tidak tetap pada satu tempat, bagaimana cara yang sesuai untuk
tahu, anak ini mahu makan lagi atau perlu berhenti makan. Kadangkala rasa
lenguh tangan, dan bosan menunggu membuatkan saya hilang sabar. Mujur,
sebenarnya pihak Kementerian Kesihatan telah pun memberikan panduan untuk
ibu-ibu gunakan semasa memberikan anak kecil anda makan.
Kumpulan
makanan
|
Kumpulan umur
|
||
6-8 bulan
|
9-11 bulan
|
1-3 tahun
|
|
Bijirin, Sumber
bijirin dan
ubian
|
1½
cawan bubur pekat
|
2 cawan bubur
pekat
|
2 cawan nasi
|
Sayur-sayuran
|
¼ cawan
sayur masak
|
½ cawan
sayur masak
|
1 cawan
sayur masak
|
Buah-buahan
|
¼ betik atau ½
pisang bersaiz
kecil (1 pisang
mas: 33 g)
|
1 betik atau
2 pisang bersaiz
kecil (1 pisang
mas: 33 g)
|
1 betik atau 2
pisang bersaiz
kecil (1 pisang
mas: 33 g)
|
Daging, haiwan
ternakan, ikan
dan kekacang
|
2 sudu teh
sebarang jenis
daging atau isi
Ikan ( ¼ ikan
saiz sederhana)
|
2 sudu teh
sebarang jenis
daging atau 2 sudu
teh isi ikan atau ½ biji telur
|
½ ekor ikan
kembung saiz
sedang atau 1 biji
telur
|
Susu
|
Susu ibu
mengikut
kehendak bayi
|
Susu ibu mengikut
kehendak bayi
|
Susu ibu mengikut
kehendak bayi /
3 gelas susu
|
Lemak, minyak
|
1 sudu teh minyak
|
1 ½ sudu teh
minyak
|
1 sudu teh
minyak
|
Jadual di atas merupakan panduan
sukatan makanan harian yang ibu-ibu boleh gunakan untuk memberikan si manja
kesayangan anda makan. Secara umumnya, jika ibu-ibu dapat mengira keperluan
kalori anak anda, lebih bagus. Keperluan kalori bagi anak kecil adalah sekitar
900-1500 kkal atau pun 40kal untuk setiap berat badan anak dalam pound. Saranan
saya, di zaman smartphone ini, ibu-ibu boleh saya gunakan application seperti
MyFittness Pal untuk mencatat nilai kalori makanan. Ini baru smartmommy with smartphone.
Daripada jumlah kalori ataupun sukatan
makanan yang dijadualkan untuk anak-anak, ibu bolehlah merancang jumlah sukatan
makanan yang harus diberikan kepada si manja. Sebagai contoh, boleh juga
menggunakan carta kekerapan dan sukatan makanan untuk bayi dan kanak-kanak yang
diberikan oleh Kementerian Kesihatan ini.
Umur
|
Sukatan Makanan Setiap Hidangan
|
Kekerapan Makan Sehari
|
Kekerapan snek
|
6—8 bulan
|
½ cawan bubur nasi
|
2 – 3 kali
|
1 – 2 kali
|
9 –11 bulan
|
½ cawan bubur nasi
pekat
|
3 – 4 kali
|
1 – 2 kali
|
1 – 3 tahun
|
½ cawan nasi atau 1
keping roti
|
4 – 5 kali
|
1 – 2 kali
|
Sukatan makanan ini kadangkala
mengelirukan kerana apabila menyukat menggunakan cawan, ada cawan besar, ada
cawan yang kecil bukan. Asasnya adalah,
· Satu sudu makan bersamaan 2 sudu teh, atau 10ml
· ½ cawan nasi adalah sama dengan satu senduk penuh nasi
· 1 cawan bubur adalah dua senduk penuh bubur.
Penyediaan makanan untuk anak kecil
sememangya perkara yang seni. Ia selalunya lahir dari hati seorang ibu dengan
penuh kasih sayang. Selalunya, hanya makanan dari sumber terbaik yang diberikan
kepada si manja. Sayur dan sumber protein yang diberikan perlulah segar dan
disimpan dalam keadaan yang elok. Bagi ibu-ibu yang gemar menyimpan makanan
siap dimasak secara sejuk beku, pastikan suhu yang digunakan benar-benar
sesuai. Makanan perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum masuk ke peti sejuk
beku. Jangan pula terbiar terlalu lama kerana akan merangsang pembiakan
bakteria. Prinsip penyediaan makanan ini akan saya bincangkan lebih lanjut
dalam bab akan datang.
Pemberian makanan kepada anak kecil,
walau pun dalam sukatan yang sedikit ini, memerlukan masa dan kesabaran.
Sentiasa gunakan cara yang responsif untuk memberikan si manja anda makan. Jika
anak menolak, pujuk dengan cara yang mesra, berikan situasi yang kondusif
kepada anak dan galakkan anak makan. Bukan dengan cara paksaan. Kanak-kanak
yang sudah boleh menggunakan sudu pula, boleh dilatih dengan pantauan. Berikan
galakan untuk anak anda menyuap makanan sendiri.
Bagi saya, saya sememangya gemar
menyuap anak makan. Tetapi saya sedari satu perkara, terlalu kerap menyuapkan anak, menyebabkan dia tidak
pandai mengkordinasikan tangannya untuk menyuap. Jadi, saya selang-selikan
menyuap makanan pada waktu tengahari dan makan sendiri pada waktu malam.
Lagi pun, sememangnya pada masa
inilah kita mengajar anak tentang tertib makan bukan?.
Yang penting, kita harus seronok
melakukannya bersama ahli keluarga anda.
Sumber: Kementerian Kesihatan.
Sumber: Kementerian Kesihatan.
Tq sis atas info ni..baby sy br 6 ari mkn..
ReplyDeleteTerima kasih berkunjung dalila
DeleteWah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips tambah selera anak
ReplyDeleteTerima kasih kembali. Semoga bermanfaat
DeleteTq admin atas info..sgt membantu saya.
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteTerima kasih sudi berkunjung ke sini. :)