Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google
Hari ini hari yang meriah. Hari saya sekeluarga dipenuhi dengan undangan rumah terbuka. Rumah yang dikunjungi dari Putrajaya sehinggalah ke Selayang. Meriahnya bukan kepalang. Termasuklah kereta di jalanan. Perjalanan yang pantas, tersekat-sekat dek banyaknya kereta. Mungkin ramai yang tujuannya sama, penuhi undangan rumah terbuka. Bulan Syawal bukankah masih berbaki?.
Perjalanan dari rumah, bermula pada jam 10:30 pagi. Keluar dari rumah terakhir jam 5:00 petang. Keseronokan masih terasa. Sewaktu saya sedang menulis ini pun, anak-anak masih lagi aktif bermain, teruja dari pagi sambung hingga ke malam. Ya, saya rasa, itu perkara yang baik. Amalan kunjung-mengunjung, berkenalan, merapatkan ukhwah, memang seharusnya kita dapat rasakan perasaan gembira itu. Ya. Bagus.
Makanan yang dihidangkan, macam biasa, ada pelbagai hidangan. Tetapi, fokus utama kami bukanlah makanan. Saya kira, tetamu-tetamu yang saya amati juga, rata-rata kurang makan dan lebih berbual. Saya nampak perbezaan daripada tahun-tahun dahulu. Atau mungkin saya terlebih perasan. Yang pasti, saya suka berbual berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang ditemui daripada makan.
Walau apa pun, saya sukakan aktiviti hari ini. Seluruh ahli keluarga. Biar letih, tapi berbaloi-baloi.
Oh, letih bukan kerana berukhwah, tetapi kerana letih dengan kereta di jalanan. Banyak dan pelbagai ragam. Buatkan saya rasa sangat bersyukur kerana tidak perlu mengharung traffic jam di pagi hari. Alhamdulillah, saya berada di rumah, bekerja dari rumah, mencari pendapatan dari rumah. Satu zon selesa yang saya mungkin tidak akan tinggalkan.
ZON SELESA DI RUMAH?. Benarkah kita berada di selesa di rumah? Se selesa berada di aras zon selesa? Nanti saya akan kongsikan perkara ini.
Anda mahu sertai saya di Akademi Bekerja Dari Rumah?
Boleh hubungi saya:-
SMS/WhatsApp: 0136200432
E-mail: wanimn_2301@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/zahwanimn
Like Page WAHM SAHM SOHO di kanan blog ini untuk ikuti blog penulis dari rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...
Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....
Popular Posts
-
Teks: Nurzahwani Mohd Nor Foto: Carian google Si Manja lazimnya mula diberi makanan apabila mencecah umur enam bulan. Pengalaman s...
-
Teks: Nurzahwani Mohd Nor Kus semangat?. Orang tua-tua kampung saya selalu kata, kalau budak-budak tembam jangan kata "gemuknya...
No comments:
Post a Comment