Thursday, September 12, 2013

Didik diri, didik keluarga cintai kesihatan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Ingat lima sebelum lima perkara. Antaranya adalah sihat sebelum sakit. Semasa sihat, amalan pemakanan salah satu aspek yang mesti dititikberatkan untuk memastikan kesihatan berpanjangan. Tabiat pemakanan yang ideal, sudah tentu bersumberkan sunnah. Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami).

Perut Tempat Segala Penyakit.
Perut merupakan anggota pencernaan yang memproses makanan sebelum diserap dan digunapakai oleh sel-sel badan. Salah masukkan sumber, rosak juga sistem itu. Bak kata pensyarah saya dahulu "waste in, waste out". Bukan hasil kumuhan saja tau. Maksudnya penyakit.Makan secara berlebihan akan memberatkan perut dan menyukarkannya untuk memproses makanan. Analoginya seperti mesin basuh muatan 500kg dimasukkan toto seberat 1200kg. Waduh. Rosak mesin basuhku!. Bunyinya saja sudah menggerunkan. Nasib baik Allah tak buat bunyi perut kita proses makanan sekuat itu kan. Bayangkanlah...
“… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Jadi, seeloknya jagalah sumber makanan kita, bukan saja mesti bersih, sihat dan bernutrisi. Tapi pentingnya, halalan, toiyyban. Besederhana semasa makan. Berhenti sebelum kenyang. Rasulullah S.A.W juga mencadangkan sistem isipadu (ingat kes mesin basuh tadi). Muatan perut kita adalah 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 lagi adalah angin. Boleh bayangkan tak?.

Pencegahan pokok segala pengubatan.
Itulah yang dikata diawal tadi, sihat sebelum sakit. Hakikatnya ramai yang kawal makanan selepas jatuh sakit. Walhal amalan ini jelas salah. Amalan pemakanan sihat, perlu diberikan pendedahan sejak dari kecil lagi. Tanggungjawab siapakah itu? Kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.  

Berdasarkan kajian bernamaSeanuts Nutrien di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam, ramai kanak-kanak seusia bawah 12 tahun mengalami situasi dikenali sebagai 'lapar tersembunyi'. Kanak-kanak ini nampaknya seperti sihat dan cergas, hakihatnya mereka kekurangan nutrsisi seperti Vitamin D, Kalsium dan beberapa nutrisi lain yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Antara kesan 'kelaparan tersembunyi' ini adalah perkembangan fizikal dan intelektual kanak-kanak akan terbantut.  Ketua Program Sains Nutrisi Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Poh Bee Koon menyatakan ibu bapa perlu tahu berkenaan nutrien dan kepentingannya kerana memainkan peranan yang sangat penting dan harus 
menentukan menu apa yang patut dalam hidangan mereka.

Kreatif Menyediakan Hidangan Dan Mendidik Tentang Nutrisi.

“Ajak anak anda untuk sama-sama menyediakan menu sihat untuk mereka. Bentuk makanan terbaik untuk anak adalah merujuk kepada carta piramid makanan. Walaupun mereka kecil, mereka juga perlu mengambil makanan seimbang seperti mana yang diambil oleh orang dewasa.

“Piramid makanan sangat berguna dan dalam kes ini, ibu bapa harus bijak memainkan peranan untuk menarik minat si kecil menggemari makanan dihidangkan. Sebagai contoh, ajak anak ke dapur bersama anda dan pada masa sama, terangkan khasiat vitamin dalam makanan yang disediakan,” 


Itu adalah petikan kata-kata Pakar Nutrisi Dutch Lady Milk Indutries Berhad, Quah Ye Vian yang menyarankan salah satu cara untuk mendidik anak sedari kecil tentang pemakanan secara sihat. Beliau juga menambah berkenaan penggunaan warna sayur-sayuran juga dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk mengenal nutrisi berasaskan warna. Contohnya sayuran berwarna oren seperti tomato dan lobak kaya dengan beta karotin, unsur vitamin A dan baik untuk mata.

Bagaimana pula dengan ahli keluarga yang telah besar?. Mula saja sekarang. Lagipun anda kan chefnya. Elakkan makan diluar. Elak guna minyak, garam dan gula terlalu banyak. Elakkan perasa tiruan. Mula-mula memang rasa pelik bila makan kurang manis, kurang masin. Memang akan dapat banyak komplen. Senyum sajalah. Alah bisa tegal dek biasa.


Ingat lima, sebelum lima perkara. Sebagai peringatan untuk saya dan pembaca. 

Salam ukhwah, salam kesihatan.
 
Sumber:
1) Pembesaran terbantut , Berita Harial Online, 2013/01/01,Oleh Shaidah Shafie
2) http://anizyn.blogspot.com/2012/12/petua-menjaga-kesihatan-cara-rasulullah.html#ixzz2eR0pWjSj
3) Kreatif pancing selera anak, Berita Harian Online, 2010/11/02, Oleh Shaidah Shafie

---------------------------------------------------------------

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Dari Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.


Kelas yang dijalankan adalah:-
1) Kelas asas blog dan penulisan
    Membina blog yang berpengaruh dan menjenamakan tapak hartanah anda di alam maya.
    Tiada asas?. Guru akan tunjukkan caranya.

2) Kelas asas blog dan fan page (bisnes).

    Memulakan perniagaan secara online. Jika tiada produk, kami cadangkan produk yang sesuai.
Jika sudah ada   produk, ketahui cara promosi yang berkesan

Mulakan langkah pertama anda menjadi muslimah dermawan yang menjana pendapatan dari rumah sekarang!.

Hubungi Wani Mohd Nor 
1) SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2 )https://www.facebook.com/zahwanimn
 
 

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts