Monday, September 2, 2013

Membeli Sayur-sayuran, beli nutrisinya atau dot dot dot

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Sumber: 
1) Jabatan pertanian
3)http://www.prn.usm.my/berita_kesihatan02_jun.phppageNum_Recordset2=4&totalRows_Recordset1=58&totalRows_Recordset1=58
4) Sihat Itu Mahal! Karya Imam Ahmad Ibnu Nizar

Sayur merupakan komponen penting dalam hidangan seharian. Kuantiti yang diperlukan setiap kali hidangan adalah separuh daripada pinggan makan mestilah terdiri daripada sayur-sayuran. 

Sayur boleh dimakan mentah atau pun setelah dimasak, samada sebagai ulam, salad dan lauk, bukan pula sebagai makanan utama (ruji), mahupun snek. (Sumber:Jabatan Pertanian). Sayur-sayuran selalunya dikelaskan kepada sayur daun,, sayur berubi dan sayur buah. Walau apa jua jenisnya, sayur dimakan kerana kandungan komposisi nutrisinya yang mengandungi banyak mineral dan vitamin. Di samping itu, tambahan yang menarik berkenaan sayur adalah kandungan fitokimianya. Fitokimia adalah bahan kimia yang dikeluarkan oleh tumbuhan yang telah dikenalpasti dapat membantu perawatan penyakit manusia. Contoh yang biasa didengar beta-karotino yang terdapat di dalam lobak dan baik untuk mengelakkan rabun mata. Subhanallah. Hebat kejadian Allah bukan?.

Firman Allah dalam surah 'Abasa, ayat 24-32

"(Kalaulah dia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya): Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan; lalu kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, dan buah anggur serta sayur-sayuran, dan zaitun serta pohon-pohon kurma, dan taman-taman yang menghijau subur, dan pelbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput: untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu."

Sayur juga antara makanan yang disebut di dalam Al-Quran. Makanan yang bermanfaat dan mempunyai nilai terapi. Justeru, jangan dilupa sayur-sayuran yang berharga murah ini, mempunyai kepentingan yang tinggi. Namun, tahukah anda, sterdapat ayur-sayuran yang mempunyai kandungan racun perosak?.

Sayur dan racun perosak

Baca keratan penulisan blog dari http://group9pollution.blogspot.com/2007/10/elak-makan-sayur-tercemar.html, pada 31 Oktober 2007.

"ELAK MAKAN SAYUR TERCEMAR

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) memandang berat berhubung hasil kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kajian itu menunjukkan kebanyakan sayur yang sering dimakan, dibeli dari Pasar Selayang yang membekalkan kepada kira-kira 75 peratus daripada pasar, pasar raya besar (hypermarket), pasar malam dan kedai runcit di Selangor, dicemari racun makhluk perosak penyebab kanser dengan banyaknya.
Kesemua sampel daun kari dan daun saderi yang diambil dari pasar borong di Selayang ini diuji positif bagi tiga kumpulan racun makhluk perosak penyebab kanser.
Dua pertiga daripada 93 sampel enam jenis sayur popular dicemari sekurang-kurangnya satu racun makhluk perosak dan hampir separuh daripada sampel itu didapati mempunyai sekurang-kurangnya dua hingga empat racun makhluk perosak.
Senario yang membimbangkan ini berkemungkinan menjadi alasan utama kenapa kadar kanser di negara kita semakin meningkat."


CAP bimbang petani campur racun tanpa nasihat pihak berwajib
  - Utusan Malaysia, Khamis – 20 Jun 2002




Kangar, Perlis (Malaysia) – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang mengenai kesihatan petani-petani di Perlis dan Kedah yang membuat campuran pelbagai jenis racun serangga untuk meningkatkan bahan toksik tanpa nasihat pihak berwajib bagi memusnahkan sejenis ulat yang dikenali sebagai Naphalocyosis Medinalis di kawasan sawah padi mereka.  Petani-petani itu mendakwa racun yang dicampur itu lebih berkesan memusnahkan ulat berkenaan yang juga dipanggil “ulat lipat daun” dan mereka membelanjakan antara RM30 hingga RM200 untuk membeli racun itu. 

Sehubungan dengan itu, CAP mencadangkan Jabatan Pertanian dan Mada melaksanakan kaedah biologi bagi mengurangkan penggunaan racun dalam usaha memusnahkan serangga perosak tanaman padi termasuk ulat lipat daun.


Petani dikesan guna racun tak berdaftar
  - Utusan Malaysia, Rabu – 19 Jun 2002




Melaka (Malaysia) – Jabatan Pertanian mengesan segelintir pengusaha pertanian di negara ini menggunakan racun perosak yang tidak berdaftar dan boleh menjejaskan mutu produk yang dihasilkan oleh mereka.  Penggunaan racun perosak yang tidak berdaftar juga mengakibatkan pengusaha terbabit tidak akan mendapat pengiktirafan di bawah “Skim Akreditasi Ladang Malaysia” yang diwujudkan untuk faedah masa depan petani.  Semua pengeluar tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu mematuhi Jadual 16 Akta kandunganracun perosak dalam tanaman mereka bagi memastikan kandunganracun perosak dalam tanaman mereka tidak melebihi paras yang ditetapkan. 


Kisah ini mungkin kisah lama. Tapi kita hidup pada masa itu. Adakah tidak dilaporkan bermakna tiada kes?. Susah untuk dibuktikan tanpa alatan canggih di makmal. Petani mengutarakan racun perosak merupakan suatu keperluan berdasarkan permintaan. Rata-rata kita sebagai pengguna mahukan sayur yang cantik, mulus, tanpa cela dan lubang-lubang dek dimakan serangga dan ulat. Ia ibarat kes mana yang dahulu, ayam atau telur?. 

Di dalam buku Sihat Itu Mahal, karya Imam Ahmad Ibnu Nizar, beliau menyenaraikan tiga kelompok sayur yang boleh dipilih iaitu sayur yang diandaikan bebas racun perosak, sayur yang disembur racun perosak dalam kadar yang boleh diterima dan sayur yang banyak sekali disembur racun perosak. Andaian saya, kategori ini dibuat dengan kajian ke atas sayur dan ulat perosak. Sayur yang paling digemari ulat dan serangga perosak merupakan sayur yang paling banyak disembur racun perosak. Kesimpulan yang saya dapati daripada senarai yang diberikan, sayur yang diandaikan bebas daripada racun perosak adalah sayuran kampung seperti pucuk betik, daun pakis, batang keladi, kulat dan jantung pisang. Sayur yang umumnya disembur racun perosak tetapi pada had yang boleh diterima pula jenis yang mudah membiak dan kurang jagaan seperti bayam, kangkung dan tauge. Terakhir adalah kumpulan sayur-sayuran yang biasanya mendapat semburan racun perosak yang banyak  adalah sayur-sayuran asal-usulnya bukan ditanam di iklim sederhana Malaysia ini dan memerlukan penjagaan rapi iaitu kubis, salad, saderi, dan tomato. 

Apa yang boleh dilakukan supaya mendapat sayur bernutrisi,selamat, bermanfaat dan berkesan

Berdasarkan peraturan, racun perosak tidak boleh disembur apabila menghampiri masa tuai kira-kiranya dua minggu hingga sepuluh hari untuk membiarkan racun perosak terurai dan tidak tersimpan di dalam sayur. Malangnya, ada juga petani yang tidak bertanggungjawab yang melanggar peraturan ini. Jadi, mahu tidak mahu, sebagai pengguna, kita perlu berusaha sedaya yang mampu. Antara langkah yang boleh diamalkan adalah:-

1) Basuh sayur di bawah air yang mengalir
2) Buka setiap kelopak sayur seperti sawi dan kubis supaya bahagian dalaman sayur dapat dibasuh
3) Masak sayur sebelum makan, dengan harapan racun perosak akan terurai semasa memasak
4) Jika boleh, tanam sayur sendiri
5) Pilih sayur organik kerana peratusan penggunaan racun perosak lebih rendah atau kosong.

Jadi, saranan saya, pilihlah yang terbaik untuk keluarga anda. Tips ini mungkin membantu ibu-ibu untuk mendapatkan nutrisi yang berkesan dan selamat untuk keluarga anda. 

*************************************************************
Setiap pendaftaran penyertaan Kelas Online sepanjang Ogos & September layak mendapat:-

1. Dua ebook percuma, ebook mula bisnes butik online/offline dan ebook super wahm super mom (pengalaman sebenar bekerja di rumah)
2. Pakej penjimatan sebanyak RM75
3. Layak menikmati ruang tapak iklan bernilai RM100

Kami menawarkan dua kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas Asas blog dan fan page 


Daftar segera untuk pakej promosi sepanjang Ogos dan September 2013.
Hubungi saya untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:-

SMS/WhatsApp: 0136200432
E-mail: wanimn_2301@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/zahwanimn
Like Page WAHM SAHM SOHO di kanan blog ini untuk ikuti blog penulis dari rumah.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts