Foto: Pencarian google
Membeli-belah. Ia sangat rapat dan sinonim dengan kaum wanita. Kali ini, kita bukanlah hendak berbincang tentang kuasa membeli yang semakin berkurang (dek kenaikan harga minyak itu). Tetapi perkongsian kali ini adalah berkaitan membeli-belah barang keperluan dapur, terutamanya yang berkait dengan makanan kering. Pemilihan sayur-sayuran telah saya kongsikan di entri ini.
Dalam satu situasi, seorang suami telah disahkan oleh doktor menghidapi penyakit gout. Doktor telah menyerahkan senarai makanan yang perlu dihindari oleh pesakit ini. Sang suami melaporkan kepada isteri berkenaan perkara itu. Ya, sudah tentu perlu dilaporkan kepada isteri sementelah suri inilah chef dan doktor di rumahnya.
Apa yang perlu dilakukan sekarang?. Sebagai individu yang bertanggungjawab berkenaan keperluan makanan dan nutrisi keluarga, pembelian secara berhemah dan bijak sangat penting. Berkait dengan contoh di atas, pesakit gout perlu mengurangkan makanan yang berunsurkan purin, seperti makanan laut, daging, kekacang dan lentil. Bagi makanan mentah iaitu udang, sotong dan daging yang ada di pasar, mudah untuk kita elakkan. Bagaimana pula dengan makanan diproses yang dibungkus dan ditinkan?.
Jadi, inilah fokus kita pada kali ini. Pemilihan bijak menerusi pembungkusan makanan. Pengguna yang bijak memilih makanan mengikut keperluan nutrisinya, bukan melihat pada pembungkus makanan yang menarik. Berdasarkan kajian ke atas pelajar kolej dan universiti di luar negara (Minneapolis/St Paul MN), pelajar yang kerap membaca label pemakanan menpunyai tabiat pemakanan yang sihat dan cenderung untuk memilih dan menyediakan makanan yang rendah lemah, rendah kandungan gula, lebih pengambilan buah, sayur-sayuran dan sumber serat serta kurang mengambil makanan segera ( J. Acad. Nutr Diet 2012 March. 112(3): 414-418).
Malaysia telah menguatkuasakan dan meletakkan garis panduan untuk meletakkan label makanan pada pembungkus makanan pada Mac 2004. Label makanan inilah media komunikasi antara pengeluar makanan dan juga pengguna. Biasanya yang memainkan peranan yang besar adalah pembungkusan yang menarik. Tetapi, disebalik itu, apa yang lebih penting antara lainnya adalah maklumat yang ditulis di seluruh pembungkus makanan itu. Boleh rujuk berkenaan kandungan yang perlu ada pada label makanan di entri ini.
Apa yang perlu kita tahu apabila membeli makanan berbungkus?
Periksa keseluruhan pembungkus
Pastikan pembungkus makanan itu sempurna. Tiada kebocoran (contoh gula atau tepung). Tin tidak kemek, kerana tin yang kemek atau menggelembung berkemungkinan telah ada aktiviti mikrobiologi yang tidak berkenaan telah berlaku. Tin yang kemek akibat terjatuh juga mempunyai kemungkinan untuk berkarat.
Lihat tarikh luput
Perhatikan tarikh luput makanan supaya pengguna tidak makan makanan yang telah lepas tarikh luput. Jika telah lepas tarikh luput, bolehlah membuat khidmat masyarakat dengan memberitahu pihak kedai.
Lihat senarai ramuan
Senarai ramuan merupakan isi kandungan makanan yang kita perlu dan tidak perlukan. Contohnya di dalam makanan tadi, mungkin mengandungi MSG. Jika merujuk kes di atas, berkaitan penyakit gout, pengguna boleh menyemak ramuan makanan yang terdiri daripada unsur kekacang, lentil, daging atau sotong. Bagi pengguna yang alergi kepada kekacang atau laktosa contohnya, di sini juga akan diletakkan tanda amaran samada ramuan mengandungi unsur yang tidak boleh kita makan.
Baca fakta nutrisi
Fakta nutrisi biasanya memuatkan jumlah kandungan nutrisi makanan berkenaan mengikut saiz hidangan yang dicadangkan. Kandungan nutrisi yang biasa diletakkan adalah jumlah tenaga, protein, lemak dan karbohidrat. Ia harus disusun mengikut peratus ketinggian kandungan nutrisi. Jika kandungan karbohidrat berada di atas, bermaksud ia mempunyai kandungan yang tertinggi berbanding nutrisi yang lain. Pada label fakta nutrisi ini juga, awasi kandungan gula tambahan yang selalunya dilabelkan sama ada sebagai fruktosa, maltosa, dan dekstrosa.
Lihat Akuan Pemakanan
Akuan pemakanan sangat penting. Di sinilah pengeluar mewar-warkan kebaikan produk mereka. Sebagai pengguna, jadilah pengguna bijak dan fahami maksud akuan pemakanan ini.
Untuk keterangan terperinci berkenaan jenis akuan pemakanan lihat senarai akuan berdasarkan maklumat daripada http://www.myhealth.gov.my.
Jenis Akuan
|
Kata Kunci
|
Penerangan
|
Akuan Kandungan
Nutrien
|
“rendah dalam” (low)
“bebas” (free / zero / no)
Contoh: “rendah lemak”, “bebas gula”.
|
Melibatkan nutrien
yang dikatakan tidak baik untuk kesihatan jika diambil berlebihan seperti
lemak, kolesterol, gula atau garam.
|
“sumber” (source)
“tinggi dalam” (high / rich)
Contoh: “sumber protein”, “tinggi kalsium”.
|
Melibatkan nutrien
yang berguna untuk kesihatan seperti protein, vitamin atau mineral.
|
|
Akuan perbandingan
nutrien
|
“dikurangkan” (reduced)
“sedikit / ringan” (less / light)
Contoh: “natrium dikurangkan”
|
Melibatkan formulasi
baru sesuatu produk di mana nutrien tertentu yang dikaitkan sebagai tidak
baik untuk kesihatan telah dikurangkan berbanding formula yang asal.
|
“tambahan” (more / extra)
“lebih daripada” (increased)
Contoh: “kalsium tambahan”
|
Melibatkan formulasi baru sesuatu produk di
mana nutrien tertentu yang dikaitkan sebagai baik untuk kesihatan telah
ditingkatkan berbanding formula yang asal.
|
|
Akuan fungsi nutrien
|
Hanya senarai akuan
yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut
syarat-syarat tertentu yang melibatkan:
·
fungsi nutrien
klasik seperti protein, vitamin dan mineral tertentu
o contoh:“kalsium membantu perkembangan tulang
dan gigi yang kuat”.
·
komponen-komponen
lain yang telah dikenal pasti seperti lutein, beta glukan, sterol tumbuhan,
asid sialik dan sebagainya
o contoh: “beta glukan daripada oat membantu
merendahkan kolesterol”.
|
·
Akuan memperihalkan
peranan nutrien dalam fungsi badan yang normal berdasarkan perkembangan dan
bukti saintifik.
·
Akuan tidak
menyiratkan nutrien tersebut mampu merawat, menyembuh atau melindungi
daripada penyakit tertentu.
|
Seterusnya anda bolehlah membelek lagi maklumat-maklumat yang ada seperti tanda halal yang sah, logo, hadiah percuma dan juga pengeluar makanan. Identiti negara pengeluar makanan juga boleh diketahui melalui barkod produk (http://blog.dotmynetwork.my). Tiga digit pertama pada barkod menunjukkan negara pengeluar. Senarainya adalah seperti berikut:-
890 : MADE IN INDIA 690, 691, 692 : MADE IN CHINA
00 - 09 : USA and CANADA
30 - 37 : FRANCE
40 - 44 : GERMANY
471 : TAIWAN
49 : JAPAN
50 : UK
Pokok pangkalnya, ia pilihan kita. Pengguna bijak dapat membeli mengikut keperluannya.
Salam kesihatan.
------------------------------------------
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Dari Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kelas yang dijalankan adalah:-
1) Kelas asas blog dan penulisan
Membina blog yang berpengaruh dan menjenamakan tapak hartanah anda di alam maya.
Tiada asas?. Guru akan tunjukkan caranya.
2) Kelas asas blog dan fan page (bisnes).
Memulakan perniagaan secara online. Jika tiada produk, kami cadangkan produk yang sesuai. Jika sudah ada
produk, ketahui cara promosi yang berkesan
Mulakan langkah pertama anda menjadi muslimah dermawan yang menjana pendapatan dari rumah sekarang!.
Hubungi Wani Mohd Nor
SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
https://www.facebook.com/zahwanimn
No comments:
Post a Comment