Foto: Google

Sayuran dan sumber protein mudah rosak, busuk, kurang khasiat dan tidak segar dek aktiviti mikrob yang berleluasa. Di tambah pula bahan ini cepat teroksida dan terdegradasi. Jadi seeloknya ia dimakan segar. Tapi jika sudah tidak segar, mahu dibuang pula, sayang. Macam mana cara yang elok untuk dipraktiskan untuk mengelakkan barang dapur ini rosak dan terbuang?. Saya kongsikan tips daripada Abang Abu, pakar Mekanik Wang. Jika anda mahu tahu lanjut tentang Abang Abu, google saja. Pasti ada.
Apa tipsnya?
Selalunya kita membeli bahan basah untuk dimasak dalam kadar seminggu sekali. Bukan sebulan sekali. Sebelum mula membeli, TULISKAN menu yang anda rancang mahu masak dalam seminggu. Contoh:-

Isnin.
Sarapan: Mee goreng kasih sayang
Tengah hari: Kurma telur resepi Kak Aishah Hussein+ Sayur kobis campur
Selasa
Sarapan: Sandwich roti
Tengah hari: Ikan bakar+ Asam rebus+ Sup sawi.
Contoh saja. Tidak ada kaitan yang hidup atau yang mati.
Ya, terus buat menu begini untuk seminggu. Jika anda hanya ada di rumah sehingga Khamis, kemudian pergi bercuti, jangan pula buat menu sehingga Ahad.
Jadi, daripada menu yang sudah ditulis tadi, kita akan NAMPAK apa bahan yang diperlukan. Nah, beli saja yang berkenaan. Mudah bukan?. Yang tidak termasuk dalam senarai, tak perlulah beli. Jadi, apa yang termuat dalam peti ais nanti, hanya yang diperlukan saja.
Apa yang kita dapat daripada tips ini jika diamalkan?.
- Barang tak penuh dalam peti ais
- Mudah cari bahan dalam peti ais
- Jimat elektrik kerana kurang barang dalam peti ais
- Cukup seminggu barang pun habis
- Tidak terbuang begitu sahaja akibat busuk
- Nutrisi bahan masakan terjaga, segar dan berkhasiat
- Banyak lagi jika dapat difikirkan.
Saya juga sedang cuba untuk konsisten praktis tips ini. Selepas amalkan memang saya dapat faedah yang tersenarai di atas. Jika anda rasa ia sesuai untuk anda, silalah amalkan.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar
Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun
bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
Beli buku yang anda suka:
Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan
anda di soho directory:
Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan
kejelitaan anda?. Jom bersama DβHati
Nutri
Hubungi
Wani Mohd Nor
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel:
nurzahwanimohdnor@gmail.com
No comments:
Post a Comment