Foto: Koleksi penulis.
Saya
mendapat khabar gembira dari saudara paling dekat. Khabarnya beliau telah pun
berhasil mengandung. Gembira hati bukan kepalang. Terus disampaikan bersama
dengan bukti ujian dua garisan. Saya tumpang seronok. Rasa-rasa macam saya pula
yang hendak mengandung. He,he,he. Begitulah kata orang. Ia berjangkit. Dahulu
semasa masih bekerja, ada satu musim, berderet orang cuti bersalin. Macam pass
baton larian berganti-ganti. Yang tinggal di pejabatlah yang terasa kerana
beban kerja bertambah walaupun ada pengganti. Manakan sama Cik Puan yang bercuti.
Perkara
pertama yang ditanya oleh saudara saya yang mengandung tadi, saya makan apa
masa mengandung dahulu?. Lama juga saya berfikir. Macam sudah terlupa.
Sedangkan baru saja 4 tahun berlalu. Dikira barukah empat tahun ya?.
Imbas-imbas kembali dapatlah saya ingat sedikit, panduan serba-sedikit untuk
bakal ibu itu.
Sebenarnya
kasih-sayang ibu tiada tolok tandingan.
Tahu saja kewujudan orang baru di rahim, terus menerus akan mula
berhati-hati, amalan terbaik, makanan di jaga. Bagus bukan?. Sememangnya nutrisi
yang terbaik untuk anak kita bermula sejak ia berada dalam kandungan lagi.
Ibu-ibu sudah mula memberikan makanan terbaik untuk tumbesaran dan perkembangan
anak masing-masing. Khasiat dari pemakanan ibu akan disalurkan terus-menerus
kepada si manja di rahim. Tidak nampak tapi kasih-sayang berterusan.
Di samping
nutrisi yang diberikan untuk pembesaran, antara lain yang diberikan adalah
imunisasi. Kandungan yang telah mencapai usia akhir semester akan menerima
imunisasi pasif daripada ibunya. Imunisasi pasif ini hanya bertahan dalam
tempoh masa yang pendek, antara- 6-12 bulan.
Bagi bayi pra-matang, mereka tidak memperolehi imunisasi pasif daripada
ibu kerana ia hanya ada di akhir kandungan. Sebab itulah bayi pra-matang perlu
dijaga sebaik mungkin untuk menghalang kemungkinan sebarang penyakit. Pemberian susu ibu kepada bayi
masing-masing juga merupakan imunisasi pasif, sambungan daripada imunisasi yang
diberikan semasa dalam kandungan. Umum mengetahui susu ibu mengandungi banyak
antibodi yang sesuai untuk bayi, mengikut kadar usia bayi. Kerana itu,
Kementerian Kesihatan menggalakkan pemberian susu ibu sahaja sekurang-kurangnya
pada enam bulan pertama kelahiran.
Subhanallah.
Hebat sungguh ciptaan Allah. Jadi, kepada bakal ibu yang sudah maklum kehadiran
insan baru dalam keluarga, mulalah makan nutrisi yang terbaik dari yang
terbaik. Elakkan makanan yang memudaratkan. Jauhi juga perokok kerana ia turut
memudaratkan.
Hubungi penulis
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432
comelnya wani pregnant :)
ReplyDeleteHaha.. Comel yang boyot. Dayah nanti mesti lagi comel. :)
Delete