Bismillah.
Walau pun hati gundah. Cuba untuk kekal senyum. Orang kata senyum dalam tangisan. Sekali lagi netbook saya diserang virus trojan. Saya tak pasti dari mana asal usul virus ini. Yang lepas, saya install antivirus baharu untuk netbook atas sebab netbook saya terus menerus memproses data menyebabkan ia menjadi lambat sangat. Bila sudah selesai muat turun perisian, semuanya nampak ok. Segala virus telah di keluarkan. Tidak ada lagi lampu berkelip-kelip tidak berhenti.
Tapi, bila saya mahu gunakan perisian photoshop. Saya terpaku sendiri. Perisian sudah hilang. Saya redha saja. Lain kali boleh muat turun lagi. Lagi pun perisian bukan tahap sangat penting.
Hari ini, sekali lagi netbook ini mengejutkan saya. Bila saya hidupkan, ada amaran tentang virus. Sekali lagi, silap saya, terus saja tekan 'removed'. Siap semuanya, tengok-tengok, banyak perisian sudah ghaib!. Termasuklah google chrome, mozilla dan internet explorer. Aduh!. Dada macam kena cucuk. Macam mana ya?. Seingat saya, semalam saya hanya cucuk kabel untuk pencetak saja. Takkanlah pencetak pun ada virus ya?. Yang lagi menjadikan ia pelik, dengan perisian antivirus sekali hilang. Macam mana ya? Macam mana?
Apo nak dikato?. Perkara dah pun jadi. Hidup perlu diteruskan. Terus jalan. Cari jalan penyelesaian bukan fikirkan masalah berterusan.
Blog ditaip menggunakan telefon bimbit.
Kelas asas blog tetap dibuka. Untuk pelajar dan bakal pelajar. Kelas insya-Allah boleh diteruskan. Semoga perkara yang baik-baik sahaja untuk puan dan tuan yang hebat.
Salam nutrisi.
Rohani dan jasmani.
No comments:
Post a Comment