Thursday, November 28, 2013

Kolesterol. LDL, HDL

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Semalam saya bercerita tentang hidangan rasam yang mempunyai nilai perubatan dan diminum selepas makan. Ia membawa saya kepada satu persoalan, adakah ia sebagai pembersih usus atau perut atau apa?. Kemudian membawa saya berfikir tentang kolesterol. Pencarian saya tentang kolesterol membuatkan saya tersedar semula. Dahulu saya pernah mengetahui perkara ini. Tetapi bila dengar orang sekeliling bercerita, ilmu itu sudah diputar dan disalah tafsir pula.

Ok, sebenarnya kolesterol merupakan satu molekul yang diperlukan oleh badan. Semua orang mempunyai kolesterol dalam badan untuk membantu fungsi badan membina vitamin D yang mana ia diperlukan untuk minda dan juga sistem saraf. Hanya ada satu molekul kolesterol. Anda pernah dengar tentang LDL dan HDL?. Ia ialah singkatan high-density-lipoprotein dan low-density-lipoprotein. Bila kita memeriksa tahap kolesterol, kita akan diberikan sekali nilai HDL dan LDL. Doktor perubatan akan membuat kesimpulan dan nasihat berdasarkan nilai ini.

Selalu juga kita salah anggap LDL dan HDL adalah kolesterol. Kadang kala masing-masing dikenali pula sebagai kolesterol jahat dan kolesterol baik. Sebenarnya ia salah. Seperti namanya, LDL dan HDL bukanlah sejenis koleterol. Ia adalah lipoprotein yang memegang dan membawa kolesterol dalam sistem badan.Ia jugalah yang menjadi kayu ukur yang dapat diuji dalam darah. Bukan kolesterol itu sendiri.

Jadi, persoalannya sekarang, bila kita ada masalah dengan kadar lipoprotein yang dapat diuji melalui darah tadi, adakah pengawalan kolesterol dapat mengatasi masalah lipoprotein?. Masalah yang mana satu perlu kita atasi sebenarnya, kadar kolesterol atau kadar lipoprotein?.

Bersambung akan datang ya.

Baca dahulu petikan bab 6 ebook 101 IDEA HOME-BASED BISNES. Unttuk tempahan sila hubungi saya.

Hubungi penulis untuk tempahan
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun, rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.
Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.
Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan. Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.


Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts