Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Masa mengandung, anda ada pernah rasa mengidam atau tidak?. Pengalaman saya mengandung anak pertama, saya mengidamkan buah durian belanda. Barang mudah saja. Tapi masa itu, sukar betul mencari buah durian belanda yang berkenan. Saya pun tidak tahu puncanya. Bila jumpa ada saja yang tidak elok. Sampai suami pun naik malas melayan. Sekali, bila dapat durian belanda yang berkenan, masa dalam perjalanan balik kampung. Tiba di kampung, durian belanda penyek. Dapatlah merasa sikit. Lega rasa hati. Orang tua-tua kata, kalau kempunan barang mengidam, nanti anak air leleh asyik meleleh. Betulkah?. Wallahualam.
Namun, yang pasti, mengidam makanan masa mengandung, bukan lagenda orang-orang tua. Ia kisah benar. Sebab musabab terjadi kes mengidam untuk wanita hamil belum dapat dirungkaikan. Sehingga kini banyak saintis di dunia yang membuat pelbagai hipotesis tentang mengidam semasa hamil.
Andaian yang paling popular adalah kaitan perubahan hormon wanita hamil atau dikenali sebagai peranan neurochemical. Ada juga kajian yang mengatakan mengidam ada kaitan dengan keperluan wanita hamil pada satu-satu jenis nutrisi. Contohnya jika anda mengidamkan coklat, itu menunjukkan anda kekurangan Vitamin B. Bila mengidamkan makanan berkalori tinggi, ia mungkin disebabkan wanita itu kekurangan nilai kalori yang sepatutnya diambil, berikutan kadar metabolisma yang meningkat semasa hamil. Walau bagaimanapun hipotesis ini tidak jelas dan mempunyai banyak keraguan.
Kajian lain tentang wanita hamil yang mengidam adalah disebabkan sensitiviti deria rasa yang meningkat semasa mengandung. Daripada tidak suka asam, kepada sukakan makanan masam-masam. Dahulu tidak berbau, tiba-tiba makanan jadi berbau kuat, busuk dan menyebabkan perasaan loya dan muntah. Hipotesis ini disokong oleh kajian daripada saintis bernama Margie Profet dalam artikel beliau bertajuk "Pregnancy sickness as an adaptation: A deterrant to maternal ingestion of teratogens". Beliau menyatakan, peningkatan sensitiviti deria wanita hamil didorong oleh keperluan bayi dalam kandungan. Kemungkinan bahan makanan yang berbau tadi mengandungi bahan yang memudaratkan untuk kandungan dan tidak diperlukan. Kerana itu katanya lagi, wanita yang mengalami morning sickness semasa mengandung jarang menghadapi keguguran. Tetapi, kajian ini juga samar dan tiada bukti kukuh.
Sejauh mana kita boleh melayan perasaan mengidam?.
Mengidam makanan yang sihat dan bernutrisi tidak mengapa. Tetapi jika tahap mengidam inginkan lumpur, puntung rokok dan sebagainya, itu memang merapu, Hentikan saja niat dihati. Bagaimana dengan jeruk?. Sukakan jeruk masa mengandung?. Pensyarah Kanan dan Dietitian, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti
Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Barakatun
Nisak Mohd Yusof, berkata pengambilan jeruk tidak memudaratkan fetus secara terus. Tetapi, ia mengganggu kesihatan ibu dan seterusnya memberi kesan pada anak di dalam kandungan. Ini kerana, jeruk mengandungi kadar gula dan garam yang tinggi. Ditambah pula dengan kehadiran bahan tambah makanan yang lain seperti natrium benzoate dan juga pewarna tartrazine. Pengambilan jeruk berlebihan mengundang penyakit darah tinggi, peningkatan paras gula dan juga kesan-kesan yang dibawa oleh pewarna tartrazine iaitu ruam, lebam dan asma, terutamanya kepada mereka yang alah kepada penisilin.
Unik juga wanita hamil bukan?. Apa pun, apa jua yang dilakukan biarlah berpada-pada. Kadangkala apa yang diperlukan oleh wanita hamil adalah kasih sayang atau hanyalah satu pelukan untuk menenteramkan jiwa kacau.
Sumber:
The Psychology of Eating and Drinking
By Alexandra W. LogueNutritional Sciences, 3rd ed.: From Fundamentals to Food
By Michelle Mcguire, Ph.D., Kathy A. Beerman
The Complete Illustrated Pregnancy Companion: A Week-by-Week Guide to ...
By Robin Elise Weiss, Marcello Pietrantoni
Dugaan ibu mengandung- Oleh Shaidah ShafieCetakEmel Kawan
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja
Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi
suri rumah sepenuh masa.
Beli buku yang anda suka:
Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho
directory:
Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan
anda?. Jom bersama D’Hati Nutri
Hubungi Wani Mohd Nor
3)E-Mel:
nurzahwanimohdnor@gmail.com
No comments:
Post a Comment