Wednesday, November 6, 2013

Minuman 3 dalam 1 menggemukkan?.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Entri yang lepas saya sudah ceritakan tentang kandungan gula dalam minuman. Hari ini saya sambung lagi. Berdasarkan pembacaan, rupanya setiap peket minuman 3 dalam 1, kandungan kalorinya adalah sebanyak 200 kkal. Wah!. Banyak juga ya. 200 kkal ini bersamaan dengan 2 keping roti atau satu cawan nasi kosong atau dua biji karipap saiz kecil. Jika ambil 3 kali sehari, sudah 600 kkal. Keperluan kalori saya hanya 1200 kkal. Jadi tinggal 600 kkal sahaja. Apa yang saya boleh makan dengan jumlah 600 kkal?. Silap percaturan, dari ingin kurangkan berat badan, bertambah-tambah pula berat badan.



Selain gula, kandungan krimer yang ada dalam minuman 3 dalam 1 juga sebenarnya tidak bagus untuk kardiovaskular. Patutlah masa saya bekerja dulu, siap dapat peringatan masa tempah minuman, jangan tempah krimer asing, terus saja tempah teh siap dibancuh. Kami golongan veteran tidak gemar krimer. Walhal, yang mencipta krimer sebenarnya adalah mereka juga. Aik?. Betul. Krimer mengundang penyakit jantung dan juga diabetis. Bukan saya yang kata tapi pakar dietetik yang kata.


Pengalaman saya, jika minum minuman 3 dalam 1 kopi pra-campur atau teh, saya akan rasa satu macam. Rasa berdebar. Kadang-kadang sampai menggigil. Ia berlarut sehingga satu hari. Baru kutahu rupanya ia adalah kesan kafein berlebihan. Kesan berdebar iaitu palipitasi istilah perubatannya, adalahh kesan biasa disamping sukar tidur malam. Patutlah ramai pelajar universiti minum nescaffe bila mahu berjaga malam dan belajar. Saya pun pernah juga buat dahulu. Kemudian saya migrain. Ada satu masa, terus tak boleh fikir masa peperiksaan. Orang kata black out. Sejak itu, saya memang kurang minum nescaffe 3 dalam 1. Takut!.

Tambah lagi ilmu tentang minuman manis bergula dari muka buku Dr Suriyakhatun, minuman yang manis, sebenarnya menggalakkan kita rasa semakin haus, dan menambah keinginan untuk minum minuman manis dan sejuk. 600 kkal, tambah dengan rasa semakin mahu minuman manis. Sudah berganda-ganda pula kemanisannya. Berganda-ganda pula jumlah kalori. Berganda-ganda simpanan lemak. Oh tidak!. Bila membeli barangan dapur, lalu di bahagian minuman 3 dalam 1, harus saya tutup mata supaya tidak terlihat bungkusan-bungkusan menarik pelbagai warna. Teruskan sahaja membeli kandungan utamanya. Jika mahu milo beli milo. Jika mahu kopi, terus beli kopi. Tidak perlu pra-campur. Tulis sambil tepuk bahu sendiri.

Hubungi penulis
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432

2 comments:

  1. assalam...
    info yang sangat bermanfaat...itulah senarionya sekarang ini...3 dalam 1 menjadi pilihan dan sukaan ramai tanpa memikirkan kesan risikonya...
    salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam BUNDA. Terima kasih kerana membaca.

      Delete

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts