Teks: Nurzahwani Mohd Nor
"Hai, nampak singkat pula seluar anak bujangku. Cepat betul anak mama besar", hatiku berkata-kata sendiri. Masa itu, terngiang-ngiang pula suara pengasuh lama anakku. "Baju yang ini dengan yang ini dah tak muatla h Wani. Lain kali jangan bawa lagi.".
Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang. Dulu, sampai tidak sedar, anak membesar dengan cepat, ada baju yang tidak boleh dipakai lagi, sampaikan kena tegur dengan pengasuh. Manakan tidak, bila kemas baju, memang ambil baju yang sama, khas untuk ke rumah pengasuh. Kadang-kadang, memang di rumah tidak pernah nampak anak disarung baju itu. Tahu-tahu, pengasuh kata tidak muat. Anak membesar pun tak terpandang. Sekarang, semua dapat dilihat. Dari anak tinggi 90cm dan dapat masuk percuma ke i-City, hingga anak tinggi 117 cm. Dari seluar gedobos, sampai sekarang sudah jadi seluar senteng. Dari baju kakak, sekarang sudah jadi baju adik pula. Baju dari almari sudah dikemas masuk dalam kotak dan disimpan untuk kegunaan akan datang. InsyaAllah.
Apa yang boleh dikatakan lagi. Alhamdulillah. Walaupun rezeki duit belum semewah semasa bekerja, namun rezeki dapat melihat perkembangan anak-anak, dikira rezeki mewah juga. Bagi rakan-rakan ibu yang belum dapat rezeki sebegini, jangan risau, jangan galau. Bila Allah kata 'kun fayakun', rezeki akan ada. Buat masa ini manfaatkan masa berkualiti dengan anak-anak. Terkadang kita terleka, kita hilang fokus. Kembali semula ke trek. Saya yang bekerjda di rumah ini juga, kadangkala terleka bekerja dan hilang tumpuan untuk layan anak. Jadi saya juga sentiasa ingatkan diri untuk kembali pada fokus utama berada di rumah.
Beberapa hari lalu, saya menonton berita jam 8 bersama anak. Berita yang ditunggu-tunggu adalah tentang ribut Haiyan yang melanda Filipina. Misi bantuan Malaysia ke Filipina telah sampai, bersama dengan pihak media. Jadi, liputannya lebih menonjol. Antara yang dipampang di televisyen adalah pengurusan mayat-mayat mangsa taufan Haiyan yang telah berbau busuk. Tanpa disangka-sangka, anak saya yang berumur lima tahun menghamburkan soalan. "Kenapa bau busuk mama?. Orang jahat bau busuk, orang baik bau wangi ke mama?." Tergamam saya mendengar soalan itu. Saya yakin, sebenarnya dia bandingkan kisah di berita tadi dengan kisah penemuan jenazah yang digali semula dalam keadaan elok dan berbau wangi yang dibacanya di suratkhabar beberapa minggu lepas.
Allahuakbar. Anak ini sungguh suci. Sudah dapat memikirkan perkara sebegitu. Ia membuatkan saya sendiri tersedar. Terus-terus anak saya menangis. Katanya, dia mahu masuk syurga. Tidak mahu jadi busuk dan masuk neraka, mahu jadi baik. Allahuakbar. Jika diikut rasa hati, mahu meleleh air mata saya dan dan itu juga. Tapi, bagaimana mahu menasihat jika saya juga menangis. Jadi saya teruskan nasihat supaya dia menjadi anak yang baik, dengar kata-kata Allah. InsyaAllah, kita doa sama-sama, kita jumpa di syurga. InsyaAllah, amin. Anak, indah jika perjalanan di bumi ini, kita titi bersama dan bersama juga kita melangkah gembira di syurga kelak. Semoga apa yang kita lakukan di bumi ini menjadi bekal di akhirat kelak. Tanggungjawab mama galas sangat besar, anak. Untuk mendidikmu menjadi khalifah di bumi ini. Sama-samalah kita berpesan-pesan pada kebenaran.
Siapa sangka. Kesedaran boleh timbul pada bila-bila masa. Bila kita berfikir, perkara yang disekeliling kita juga boleh memberikan kesedaran, petunjuk dan hidayah. Sama-samalah kita menghayatinya.
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja
Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi
suri rumah sepenuh masa.
Beli buku yang anda suka:
Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho
directory:
Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan
anda?. Jom bersama D’Hati Nutri
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com
No comments:
Post a Comment