Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google.
Dari mata turun ke hati. Sebab itu juga, kita makan menggunakan mata sebagaimana kita merasa dengan lidah. Bila tengok makanan terutamanya kek, kuih dan gula-gula berwarna-warni, kita mula rasa seronok dan teruja. Belum rasa pun makanan itu. Sebab itu juga ada cerita Hansel and Gratel. Kalau tidak sebabkan rumah gula-gula dan coklat pelbagai warna. Saya pun suka juga!. Tapi umur dah menginjak 30-an, rasa geli pula kalau makan manis-manis melampau.
Apa yang saya mahu bawakan hari ini, cerita tentang pewarna makanan. Iya. Pewarna yang cantik, berwarna-warni macam pelangi itulah. Bahan pewarna adalah bahan tambah makanan yang menjadi asbab makanan nampak menarik. Bahan pewarna makanan terbahagi kepada pewarna sintetik dan juga pewarna semulajadi.

Bagi yang sukakan aktiviti membuat kek dan kuih, pewarna apa yang anda selalu gunakan?.
Jawapan saya, " saya selalu beli pewarna di pasaraya. Ala, dalam botol tu. Tak tau pun semulajadi atau sintetik".
Ha, kalau mahu tahu, itu semua pewarna sintetik. Pewarna sintetik selalunya dihasilkan daripada arang batu dan juga petroleum. Penggunaan pewarna sintetik yang sah, dan digunakan dalam kuantiti yang sedikit, tidak salah sebenarnya. Saya yakin, pewarna dari jenama ternama dan dikenali ramai di pasaraya itu, adalah yang pewarna makanan yang sah dan dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh pewarna sintetik adalah daripada kelas azo, triarilmetana, quinolin, xanten dan indigoid.
Apa yang dikhuatiri daripada pewarna sintetik adalah penggunaan secara berlebihan. Ada juga pengilang 'nakal' yang menggunaan pewarna tidak dibenarkan dalam makanan yang diproses. Contohnya makanan ringan yang kanak-kanak gemar seperti, jeli, gula-gula dan keropok. Penggunaan warna makanan yang tidak sah serta berlebihan mengundang pelbagai risiko seperti kanser, alahan, hiperaktif pada kanak-kanak, dan gangguan pernafasan. Contoh untuk pewarna Ponceau 4R atau SX Purple atau E124 akan merosakkan sistem pundi kencing, manakala Allura Merah yang mengandungi benzidine merupakan bahan karsinogen iaitu penyebab kanser. Bacaan lanjut, boleh rujuk di sini.
Mengapa pihak industri gemarkan pewarna sintetik?.
Sebab utama sudah tentu harganya yang murah. Pewarna sintetik juga lebih stabil dan warnanya tahan lama walaupun setelah diproses dan dimasak. Warna apa yang dimasuk, warna itu jugalah yang keluar lepas diproses.
Apa pilihan alternatif?.
Seterusnya pilihan pewarna makanan yang ada adalah pewarna semulajadi.
Tapi pernahkah kita jumpa pewarna semulajadi dijual di pasaraya?. Saya tidak pernah pula belek dan jumpa satu. Mungkin ada yang pernah jumpa. Cuba ceritakan pula. Semasa kerja dahulu, saya pernah hadir satu perjumpaan kerjasama bersama Chr-Hansen, salah satu pengeluar pewarna semulajadi komersil. Salah satu keluarannya adalah beta-carotene, warna merah kekuningan daripada buah sawit. Pewarna itu digunakan untuk pembuatan jus. Untuk menambah tarikan pada jus oren. Rasa jus oren tambah buah sawit?. Tidak pula rasa minyak atau bau minyak. Sama saja rasa jus oren. Tapi persoalannya, saya tidak pernah juga berjumpa pewarna keluaran Chr-Hansen di pasaraya. Oh, untuk mereka yang membuat perniagaan makanan, saya syorkan anda hadir ke pameran makanan yang diadakan di sekitar negara kita seperti Halal Food Industry, MAHA, MICCOS dan seumpamanya. Anda akan jumpa pelbagai bahan pembuatan makanan yang tiada di pasaraya.
Adakah pewarna semulajadi pilihan terbaik?.
Pewarna semulajadi komersil mempunyai keraguan tentang bahan pelapis (coating). Pewarna semulajadi tidak stabil. Bahan pelapis ini digunakan untuk melindungi pewarna semulajadi daripada berubah warna disebabkan oleh suhu dan cahaya. Antara bahan pelapis yang digunakan adalah gelatin, daripada unsur haiwan. Gelatin dari haiwan tidak halal, memberikan keraguan. Namun, terdapat pilihan bahan pelapis yang lebih baik seperti karagenan dan juga maltodextrin. Apa yang penting?. Lihat logo halal. Logo halal yang halal ya?. Bukan logo halal yang tidak halal.
Selain daripada bahan pelapis yang tidak halal, satu lagi keraguan adalah penggunaan warna dari sumber haiwan seperti bernama cochineal, iaitu berwarna carmine (merah tua). Cochineal adalah sejenis serangga kecil yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah meluluskan penggunaan pewarna dari sumber serangga ini dengan kawalan piawaian kandungannya dalam makanan tidak melebihi 0.003% - 0.006%. Boleh baca lanjut hujah dan penerangannya di sini.

Apa lagi pilihan pewarna makanan yang ada?.
Buat sendiri di rumah. Iya, buat sendiri di rumah. Setakat pewarna menggunakan warna hijau dari pandan, kuning dari kunyit dan merah dari paprika/cili, biasa jugalah saya guna sendiri di rumah. Tapi untuk warna yang lebih mencabar seperti ungu dan biru, belum pernah saya cuba. Tapi saya yakin, orang kelate, banyak menggunakan bunga telang untuk warna biru nasi kerabu.
Apa lagi pilihan warna yang ada?. Ok. Untuk warna ungu, gunakan kobis ungu yang ada di pasar atau pasaraya. Rendam atau rebus sehingga terhasil warna ungu pekat dan gelap, anda akan dapat hasil warna ungu. Mahu tahu?. Daripada warna ungu ini, campurkan dengan 'baking soda' sedikit anda akan dapat warna biru. Cubalah.
Untuk warna merah, boleh gunakan strawberi, atau ubi bit. Ubi bit selalunya ada di pasaraya besar seperi Giant atau Tesco.Boleh juga gunakan delima tau.
Untuk warna oren, cuba gunakan lobak. Buatkan jus lobak. Bukankah ia berwarna oren?.
Apa lagi ya?. Cuba kongsikan Seronok bermain dengan warna di dapur. Yang penting, RAJIN.
Sumber: http://cspinet.org/new/pdf/food-dyes-rainbow-of-risks.pdf
http://bonzaiaphrodite.com/2013/03/natural-homemade-food-coloring-for-baking-frosting-and-easter/
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga
besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun
bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
Beli buku yang anda suka:
Anda ada bisnes?. Iklankan
produk/perkhidmatan anda di soho directory:
Perlukan supplemen untuk kekalkan
kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri
Hubungi Wani Mohd Nor
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
No comments:
Post a Comment