Saturday, November 2, 2013

Usaha kecil, tapi tekad

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Salam berhujung minggu. Suri bekerja di rumah tiada istilah cuti. Bekerja tidak terhad, rehat juga tidak terhad. Pokok pangkalnya matlamat. Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah, pengurusan masa sangat penting. Corak bekerja perlu berubah seratus peratus berbanding sewaktu tahun pertama saya bergelar surirumah dan membesarkan anak kecil. Selepas subuh, tidur balik, ikut waktu bayi. Jaga malam juga ikut waktu bayi. Kemudian kemas rumah, tonton drama kesukaan sambil lipat baju. Malam masak lagi. Tunggu suami pulang dan makan bersama.

Kemudian, apabila mula belajar menjana pendapatan dari rumah. Ia berubah seratus peratus. Mula bangun awal pagi untuk tambah saham akhirat, uruskan sarapan dan rumah. Jika terlambat, salah satu tugasan terpaksa diabaikan. Mula membuat kerja-kerja berkaitan bisnes sebaik sahaja semua sudah bertolak ke sekolah dan pejabat. Yang tinggal saya dan anak kecil. Uruskan yang patut sambil-sambil membuat kerja. Masa untuk berdrama tiada lagi. membaca novel bagai mencuri masa. Semuanya berkaitan MASA. Saya juga perlu bijak bermain hati dengan si kecil. Bahagian ini perlu banyak lagi pengubahsuaian dari masa ke semasa. Bahagian paling mencabar.

Lagi satu, kerja dari rumah, talian internet sangat penting. Ada waktunya talian internet sangat berlemah lembut dan main tarik tali. Jadi, saya perlu juga bijak menangani stress. Bila mahu siarkan entri di blog cubaan banyak kali, baru berjaya. Jadi berderet pula mahu buang draft yang ada. Stress memang stress.

Walau apa pun, yang penting bagi saya, untuk berjaya. tekad itu penting. Semangat yang kuat dan motivasi dalaman dan luaran. Itu yang saya perolehi bila bekerja bersama Akademi Bekerja Dari Rumah.
Kami kerja berjemaah. Bila saya lihat kawan-kawan konsisten menyiarkan entri, saya jadi bersemangat dan tidak sepatutnya ketinggalan.

Bagi anda yang ingin menyertai jemaah blogger kami, bolehlah berbuat demikian. Daftar bulan Oktober ini untuk promosi menarik. Boleh klik di tab Kelas Online di bahagias atas page blog untuk melihat pakej yang disediakan ya.


Hubungi penulis;
nurzahwanimohdnor@gmail.com
SMS/WhatsApp 0136200432
FB Wani Mn

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts