Friday, November 1, 2013

Kasih sayang dari dapur

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

“Usaha-usaha yang kecil di dapur dapat menjamin kesan optimum dalam pertumbuhan anak-anak”.  Saya meminjam kata-kata Dr Tee E. Siong, Presiden Pemakanan Malaysia.
Dr Tee E Siong memperkatakan tentang kepentingan pemakanan terbaik untuk anak-anak.  Beliau sangat menyarankan agar ibu bapa menyediakan sendiri makanan untuk anak masing-masing. Jika tidak dapat menyediakan sendiri, kata beliau, pastikan anggota keluarga atau pembantu rumah menyediakan makanan tahu dan diberitahu bagaimana untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak. Nampak bukan?. Tidak pula beliau katakan beli saja di luar kerana makanan yang diproses belum tentu khasiatnya sama.  Bukan saja khasiat jasmani tapi juga rohani.

Mengenai pilihan bahan untuk masakan anak-anak. Ini tidak lain tidak, memang kena menambah ilmu. Tidak perlulah sampai pergi menghadiri kelas. Jika ada lagi bagus. Yang mudahnya, dapatkan saja buku-buku yang ada dipasaran. Paling kurang menuntut dengan ibu, makcik dan jika ada nenek anda. Pastinya rata-rata yang veteran masak sendiri makanan di rumah terutamanya yang sepenuh masa suri rumah. Masih teringat sepupu saya membuat bubur nasi sayur pegaga. Beras dari bendang tanaman sendiri, begitu juga pegaga yang tumbuh melambak meliar di rumahnya. Mudah sekali. Saya rasa itu memang garapan air tangan kasih sayang seorang ibu sejati. Oh sepupu saya sudah pun berumur awal 50-an sekarang ini.


Menyediakan makanan untuk anak-anak sangat ringkas. Terutamanya untuk bayi baru mula belajar makan. Bahan pengenalan makanan pelengkap sangat ringkas. Tempoh memasak mungkin masa yang lama kerana perlu hancur secukupnya. Tapi dengan teknologi yang ada sekarang, apa lagi yang perlu dirisaukan. Jadi, itulah dia yang dimaksudkan dengan Dr Tee E. Siong tadi. Usaha yang sedikit, insya Allah menjamin kesan optimum untuk pertumbuhan anak-anak berbanding makanan terproses dari botol dan tin.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts