Friday, December 6, 2013

Penulisan, buku dan tugasan menyiapkan e-book

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Hari ini sudah Jumaat dan sudah hampir melabuhkan tirainya. Menjelang esok, banyak perancangan sudah diatur. Harap dipermudahkan urusan. Salah satunya saya ingin berkunjung ke pameran buku Big Bad Wolf.
Jika ada yang belum tahu, Big Bad Wolf diadakan di The Mines, bermula jam 7.00 pagi tadi sehingga 15 Disember 2013. 24 jam.

Saya berharap sangat dapat berjumpa buku berkaitan nutrisi. Ya, saya masih kurang yakin dengan bahan yang saya ada. Harap berjumpa. Pesan guru saya, jika mahu menulis buku, sekurang-kurangnya 20 buah buku.  Saya banyak bergantung pada google books. Jadi, jika dapat buku yang berkenan di hati, harapnya dapatlah memberi sinar pada penulisan saya. Antara sasaran saya ialah buku karangan Gina Ford. Beliau banyak menulis tentang pemakanan kanak-kanak.

Antara kerja yang mendatangkan hasil bila bekerja dari rumah adalah bidang penulisan. Ramai yang saya kenal berjaya dalam kerja menulis dari rumah.Contoh terdekat, Puan Masayu Ahmad. Untuk menulis, perlu banyak rujukan yang jitu. Puan Masayu Ahmad selalu berpesan, mencari maklumat dan isi bukannya plagiat. Tiruvasi sudah tentu ada bezanya dengan tiru. Perlu ada banyak rujukan. Untuk dapatkan buku yang berkualiti pada harga berbaloi, beli masa promosi. Ada banyak pilihan juga.

Biiznillah.

Salam hujung minggu.

Dapatkan e-book terbaharu. Panduan 44 hari Pantang Tradisional dan Moden.
Harga promosi RM30 sehingga 15.12.13.
Hantarkan ulasan buku sebelum 30.12.13, dan anda layak menerima e-book kedua.
44 Resepi Pantang.

Hubungi penulis.
nurzahwanimohdnor@gmail.com
Whatsapp 0136200432
FB Wani Mn.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts