Saturday, December 7, 2013

Kolesterol, HDL, dan LDL Bahagian Dua

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Sambungan berkenaan kolesterol. Entri sebelum ini saya berkongsi serba sedikit peranan kolesterol, HDL dan LDL. Saya tutupkan dengan persoalan sama ada ubat yang digunakan sekarang berkesan untuk mengawal kolesterol berdasarkan HDL dan LDL.

Ada sebabnya persoalan berkenaan. Dalam saya mencari maklumat berkenaan kolesterol, saya terjumpa satu buku bertajuk The Great Cholesterol Myth, karangan Johnny Bowden.

Saya tidak dapat membaca keseluruhan buku berkenaan. Namun, apa yang cuba disampaikan merupakan perkara yang boleh kita fikir-fikirkan semula. Pengarang bercerita berdasarkan pengalamannya merawat pesakit obesiti dan profil lipid yang dikategorikan tidak bagus untuk kesihatan. Pengalaman beliau dibawa berbincang ke peringkat ahli profesional semasa beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang nutrisi. Beliau mempersoalkan kalau-kalau pemahaman umum tentang kolesterol penyebab penyakit jantung salah, sejak dari awal lagi. Ada perbincangan dalam buku ini mengatakan apakah mungkin, sebenarnya statistik pesakit kardiovaskular meningkat sejajar dengan penolakan lemak tepu dikalangan pengguna?. Adakah ia benar?. Wallahualam. Perkaitan yang menyelar kajian berkenaan unsur kolesterol juga ini juga dibincangkan di sini. (http://www.greenmedinfo.com/blog/there-only-one-type-cholesterol-heres-why?page=2). Katanya kajian yang dijalankan tidak 100% telus dan ada keraguan. Apa sahaja boleh terjadi bila faktor penolak sebab kajian dibuat adalah salah. Ia biasa berlaku semasa saya bekerja di bahagian penyelidikan. 


Jadi, sekarang, apa yang kita mahu percaya?. Masing-masing ada hujah masing-masing. Sama kesnya dengan bahan perasa penyebab sindrom restoran Cina. Sungguh Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Termasuklah Appendix yang selalu dibuang dan katanya tiada fungsi, ditemukan fungsinya mutakhir ini. Kolesterol yang ditakuti ini juga mempunyai fungsi. Tidak boleh dibuang, atau direndahkan terus. Kesannya dikaji dengan penggunan ubat statin, yang menyebabkan daya ingatan merosot. Iaitu salah satu fungsi kolesterol dalam badan, pembentukan Vitamin D dan membantu fungsi minda dan saraf.

Kenaikan paras kolesterol tidak terjadi dalam sehari. Ia berkenaan tabiat pemakanan. Walau apa pun kajian, mengatakan lemak tepu penyebab kenaikan paras kolesterol atau sebalik, amalkan pemakanan sederhana. Apa yang bagus?. Makanan berbentuk bijrin, Saya kira sudah banyak pilihan di pasaran. Ada juga kajian dilakukan berkenaan fungsi bijirin sebagai span kolesterol. Kebenarannya wallahualam. Kena cuba sendiri baru tahu. Ada juga perubatan tradsional menggunakan kelapa, peria, saleri, epal dan sebagainya. Tidak salah mencuba, cuma jangan taksub. Penyembuhnya adalah Tuan Punya alam. Sama-sama kita usaha menjaga amanah kesihatan.

Wallahualam.

Salam nutrisi.


Daftar kelas Asas Blog
1) Penulisan
2) Fan page Mula bisnes

Dengan pendaftaran ini, anda layak menjadi ahli Akademi Bekerja di Rumah
seumur hidup.

Hubungi penulis
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432






No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts