Wednesday, January 15, 2014

Perkongsian Rahsia Bisnes Pemilik Butik

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah, pengisian hari cuti sempena Maulidur rasul semalam terisi dengan perkara bermanfaat. Bermula dengan menghadiri sessi perkongsian rahsia kejayaan pemilik butik EDZ.com yang sekarang ini memiliki 3 buah butik cawangan dan akan berkembang lagi pada tahun ini. Pulang ke rumah sudah lewat petang dan bergegas pula menghadiri ceramah di masjid berhampiran. Ceramahnya dari Ustaz Dato' Haron Din.

Saya mahu berkongsi berkenaan perkongsian dari pemilik butik EDZ.com. Pemilik butik ini Puan Sue kami panggil. Dilihat dari raut wajah sekali imbas jika lihat kali pertama saya boleh katakan berpewatakan lembut dan bersahaja. Namun pandangan pertama saya silap.

Mendengarkan perkongsian perjalanan perniagaannya membuat mulut saya ternganga. Puan Sue, bermula dari bisnes online. Menggunakan blog dan berkembang sejak dari itu. Permulaan yang sama seperti ini, mungkin juga sama seperti pembaca di luar sana.

Rahsianya adalah sikap kental, gigih dan tidak peduli kata orang. Set minda yang betul dan tahu arah tujuan. Itu yang saya dapat simpulkan. Dia tak betah duduk satu tempat selesa dengan jangka masa yang lama dan sentiasa mara ke hadapan walau kanan kiri orang mengatanya gila. Ya, gila!. Dek kegilaannya dia berjaya.

Peserta yang hadir diberi peluang untuk melihat kegilaan Puan Sue, dengan diberi kebenaran melawat seluruh butik tiga tingkat yang baru dibuka. Alhamdulillah. Kesempatan yang baik. Kerana jika bukan ada hal, saya tidak masuk ke dalam butik pun. Ini kan pula melawat ke segenap inci butik hingga ke stor.

Saya sangat teruja dengan pengurusannya. Dan cita-citanya. Katanya dia mahu hasil butiknya setaraf MNG dan Zara. Saya dapat lihat pada hasil rekaan baju yang dihasilkan sendiri. Katanya, dia memilih untuk mempunyai jenama sendiri, berbanding cita-cita untuk memiliki butik saja. Impiannya tinggi dan usahanya selari ke arah matlamat.

InsyaAllah, walau saya bukan bercita-cita untuk memiliki butik, saya yakin ia boleh diaplikasikan dalam apa saja bentuk perniagaan. Yang penting fokus dan restu dari suami. Insya Allah.

Jika anda mahu bersama saya memulakan perjalanan bisnes online, daftar pakej rakan niaga dan usaha segera ke arah kejayaan anda. Ini mungkin tapak awal, anda boleh lanjutkan lagi hingga ke tahap yang lebih tinggi. Guru ada di mana saja.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts