Wednesday, January 1, 2014

Sedetik di Tahun 2014

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah.
Insya Allah.

Segalanya dengan izin Allah. Hari ini bernafas lagi di tahun 2014. Menyorot kembali tahun 2013, saya panggil tahun yang mencabar diri. Dari awalnya 'kosong' tentang dunia facebook, mula berjinak-jinak dengan facebook dengan niat mahu mencari pendapatan melalui bisnes online. Banyak mula dari try and error. Mujur bertemu mentor. 

Jika kita cuba bersungguh-sungguh memang ada hasilnya. Sama ada sangat berfaedah, atau kurang hasil tidak seperti disangka, pasti ada hasil. Bak kata pensyarah saya dahulu dalam pelajaran 'Mass Balance', input=output. Dan ditambah lagi dengan kata-kata pensyarah fitokimia, garbage in=garbage out, gold in=gold out. Hasil setimpal usaha. Apa yang sudah terjadi, yang akan datang kita teruskan sebaik mungkin.

"Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, 
Allah akan gantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka".

Itu kesimpulan utama apa yang saya pelajari sepanjang 2013. Bila berguru, semua guru akan kata yang sama. Baik guru marketing, baik guru blog dan apa saja guru. Apa yang perlu dilakukan lagi?. Tanya Allah, perbaiki usaha, doa, istiqamah, tawakal. Azam 2014.

Wujudnya blog ini merupakan satu pencapaian peribadi. Walau tidak sehebat orang lain, ia coretan dan perkongsian saya. Insya-Allah pengisiannya yang positif sahaja sebagai saham di dunia sana. Bersediakah kita untuk dijemput?. Usaha lagi tahun baru ini.

Kepada pengunjung blog bijak nutrisi, terima kasih diucapkan walau tidak meninggalkan jejak. Jika sudi, silalah menjadi follower blog saya (promosi pula).

'Ala kulli hal, Selamat Tahun Baru. Semoga saya dan anda semua menjadi lebih baik pada tahun 2014 yang serba mencabar terutamanya kelangsungan hidup dengan kenaikan harga barang beserta cukai GST. Fikir yang baik-baik dan positif sahaja ya.

Wallahualam.

Salam nutrisi jasmani dan rohani.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts