Thursday, January 2, 2014

Doa Makan Kawal Pengambilan Kalori

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


“Bismillaahir rahmaanir rahiim. 
Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa waqinaa ‘adzaaban naar.”


“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami 
dan peliharalah kami dari siksa api neraka.”


Doa makan merupakan antara doa terawal yang biasanya kita hafal. Dari kecil lagi sudah dibiasakan. Masuk saja sekolah tadika dahulu, ini doa pertama yang diajar. Alhamdulillah.

Kisahnya, saya baru tahu adab membaca doa ini dan bagusnya ia untuk mengawal jumlah pengambilan kalori. Menarik betul bila saya pertama kali mendengarnya di radio ikim.fm. Kebetulan terdengar semasa dalam perjalanan membawa mertua membeli-belah. Kesukaan mertua saya bila bawa berjalan beli belah. 

Pesan ustaz yang berkata, saya lupa sudah namanya. Adab membaca doa makan, mestilah duduk dan pandang makanan dengan penuh perasaan. Bagai dilamun cinta layaknya. Bukan sambil doa sambil pandang smart phone belek whatsapp atau fb ya. Bukan juga sambil doa jemaah dengan anak sambil tengok sudu, cawan dan senduk cukup atau tidak (sayalah tu). Bukan juga sambil doa sambil tengok mamat bangla ambil order di meja sebelah (situasi kedai makan).

Ha, selalu kah buat sambil-sambil macam tu. Kena batang hidung saya mendengar kata-kata ustaz berkenaan. Katanya lagi, lihat apa yang ada dalam pinggan. Nasinya ada karbohidrat, proteinnya dari ayam dan seterusnya. Sesuai dengan makna doa makan, "berkatilah rezeki kami". Makanan hanya asbab, yang mengenyangkan dan memberikan nutrisi yang diperlukan, Allah jua. Alhamdulillah. Semoga dengan hasil makanan yang diberikan, membuatkan badan kita berfungsi untuk melakukan amal soleh dan dihindari dari azab api neraka. Itu perkara-perkara yang kita mesti fikir masa berdoa sebelum makan.

Apabila kita memandang makanan dengan penuh kasih sayang, ustaz itu menambah, dengan keberkatan doa kita, kita cepat rasa kenyang. Saya rasa ada betulnya. Menurut pembacaan saya, orang Jepun mengamalkan perkara sebegitu. menghargai kecantikan makanan katanya. Sebab itu peratusan obesiti mereka rendah.

Ustaz itu berpesan lagi, berhenti makan sebelum kenyang. Bagaimana mahu ukur sebelum kenyang?. Dahulu saya ingat makan sikit sajalah. Rupanya fungsi badan kita sudah molek. Sendawa itu, tandanya sudah boleh berhenti. Itu bukan tanda kenyang melampau. Sendawa sudah sedang elok untuk berhenti. Lebih dari itu, orang kampung Temerloh kata sudah se'eh. 

Sudah terlebih kenyang, kalau amal selalu, alamatnya kegemukan lah anda. Mahu tahu BMI anda?. Saya sudah sediakan kalkulator BMI disebelah kiri page ini. Silalah cuba. 

Setakat itu dari saya. 

Salam nutrisi jasmani dan rohani.




Hubungi saya untuk pendaftaran
nurzahwanimohdnor@gmail.com
013620043
Pm FB saya di kiri sidebar




No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts