Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Bismillah.
Seronoknya bermuka buku, berkawan walau di alam maya, saya
sama-sama berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan. Terutamanya rakan-rakan ibu.
Bermula musim persekolahan bertambah lagi dengan harga makanan di kantin yang
meningkat, saya lihat ramai yang pos gambar ‘bento’ atau bekalan makanan untuk
anak-anak makan semasa rehat di sekolah. Tak kurang juga yang berkongsi resepi ‘bento’
masing-masing.
Ada juga antara anak-anak yang ditemani ibu makan tengah hari disekolah yang disediakan air tangan ibu sendiri. Indahnya jika semua ini sesuatu yang sangat lazim di Malaysia. Waktu tengah hari, ramai ibu-ibu temani anak makan tengah hari bersama sebelum anak-anak teruskan persekolahan sebelah petang. Insya-Allah, akan datang.
Saya belum lagi sampai ke situ. Anak-anak saya masih kecil
belum bersekolah rendah. Jika diizinkan Allah, saya juga mahu temani anak makan
tengah hari di sekolah. Masakan air tangan sendiri. Bermula dengan sarapan di
rumah, diberi ‘bento’ untuk makan waktu rehat jam 10.30 pagi. Makan bekal
tengah hari sebelum mula sekolah agama petang. Insya-Allah.
Bercerita tentang ‘bento’, apa yang wajar kita berikan untuk
anak-anak?. Kadangkala buntu juga memikirkannya bukan. Bagi menyelesaikan
masalah itu, apa yang wajar dilakukan adalah tahu sasaran nutrisi yang perlu
ada dalam makanan anak serta pemantauan.
Sentiasa ada dalam fikiran, contohnya; bekalan anak saya
perlu ada:
1
- 2 keping roti gandum penuh (wholemeal) atau 1 cawan nasi atau pasta;
- ½ hidangan sumber protein seperti sebiji telur rebus, atau tuna (30g) atau daging goreng atau ikan goreng;
- 1 cawan salad atau ½ cawan sayur
- 1 cawan susu atau 40g keju atau 1 tub 200g yogurt;
- Buah seperti anggur, epal, limau mandarin.
- Air kosong.
- 2 keping roti gandum penuh (wholemeal) atau 1 cawan nasi atau pasta;
- ½ hidangan sumber protein seperti sebiji telur rebus, atau tuna (30g) atau daging goreng atau ikan goreng;
- 1 cawan salad atau ½ cawan sayur
- 1 cawan susu atau 40g keju atau 1 tub 200g yogurt;
- Buah seperti anggur, epal, limau mandarin.
- Air kosong.
Sukatan di atas sudah tentu berbeza mengikut umur. Anak yang
umur tujuh tahun manakan sama dengan anak umur 15 tahun.
Untuk kepelbagaian, buat jadual untuk dua minggu pun
memudahkan. Makanan tidak semestinya berubah setiap hari. Boleh saja buat
sandwich dua hari berturut jika anak gemarkannya. Dan tidak semestinya nasi,
boleh juga spagheti, atau pizza buatan sendiri.
Kita suka apabila anak kita makan bekalan yang kita
sediakan. Namun, jika bekalan masih berbaki, masakan kita mahu paksa anak kita
makan. Itu antara cabaran yang harus kita hadapi. Cabaran yang lain adalah,
mahu beli makanan di kantin, atau mahu makanan yang sama dengan kawan sekolah.
Kita boleh memantau dan libatkan anak semasa sediakan jadual makanan. Tanyakan anak apa yang dia mahu sebagai
bekalan. Ubahsuai ikut keperluan nutrisi mereka.
Kemudian perhatikan makanan berbaki yang tidak disukai anak.
Contohnya jika ada lebihan sandwich, setiap kali anda bekalkan sandwich.
Mungkin itu maksudnya anak tidak sukakan sandwich atau tidak sukakan rotinya.
Boleh berbual dengan anak anda. Kenal pasti makanan apa yang dibeli di kantin
sekolah jika anak membelinya.
Akhir sekali, semasa menyediakan ‘bento’ untuk anak anda,
pastikan kebersihannya. Bekas makanan yang akan digunakan, tangan, dan bahan
makanan. Jika gunakan baki makanan malam sebelumnya seperti untuk masak nasi
goreng, pastikan bahannya elok dan tidak basi. Jika anda rasa perlukan bekas ‘insulated’
atau perlukan pek ais, sila buat saja dan terangkan pada anak anda kegunaannya.
Itu saja perkongsian saya berdasarkan pembacaan dan
perkongsian dari apa yang saya lihat melalui pelbagai sumber. Saya belum ada
pengalaman memberi ‘bento’ kepada anak saya. Insya-Allah saya jadikan catatan
ini sebagai panduan saya di masa kelak. Biiznillah.
Salam nutrisi rohani dan jasmani dari saya.
nice post dear! tq! sy kadang2 tak cukup masa nak memasak pagi untuk anak bekal ke skolah.. kadang2 malam tu pegi beli sosejbun kat kedai.. esok anak nak bekal.. panas kan jer..
ReplyDeletedulu-dulu rajin masak nasi kismis dan ayam goreng tapi skarang ni takut lambat pulak..
anyway, sy nak try resepi u ni.. thank u google.. thank u Wani!
Terima kasih Puan. Syabas kerana bersemangat sediakan bekal untuk anak. Sosejbun pun ok bila dapat buat sendiri kan. Ada nilai kasih sayang :) compare beli di kantin saja. Tapi dapat makan nasi kismis dan ayam goreng mesti anak kata "sedapnya, hingga menjilat jari". Tahniah sekali lagi Puan.
Deletethanx for sharing Puan Wani :)
ReplyDeleteSama-sama puan Zainab. :)
DeleteTerima kasih untuk tips ni ya. Berguna sangat.
ReplyDelete9 Tips Untuk Anak Kurus Dan Enggan Makan
Terima kasih kembali
DeleteTerima kasih untuk tips ni ya. Berguna sangat.
ReplyDelete9 Tips Untuk Anak Kurus Dan Enggan Makan