Wednesday, March 19, 2014

Rezeki kembali ke trek

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.
Alhamdulillah.
Allah adalah sebaik-baik perancang. Kadang kita tak tahu apa yang kita mahu rupanya bukan yang terbaik untuk kita. Bila tak dapat, salahkan orang sana, mula salahkan orang sini. Rupanya Allah nak tunjuk yang lebih baik.


"Dalam keinginan kita untuk melihat matahari, Allah turunkan hujan. Rupanya Allah mahu tunjukkan pelangi indah untuk kita"
Tapi, itu tak pula bermaksud, bila kita usahakan sesuatu, kita boleh ambil lewa. Sifu ABDR saya selalu berkata. Kembali ke trek, fokus, jalan terus. Alhamdulillah. semua ini benar. Jika anda rasa putus asa, ingatlah, Allah sebaik-baik perancang. Kebergantungan pada Allah. Dekatkan diri padanya. Janji Allah itu benar. Man jadda wa jadda. 

Ada pula yang kata, kalau kita baca zikir, dhuha dan sedekah sebab nak kaya bolehkah? Macam tak ikhlas saja.

"Bersedekahlah walau awalnya riak. Solatlah walau awalnya tidak khusyuk."
Saya rasa ini menjawab persoalan yang ada dalam hati. Kalau nak tunggu khusyuk baru nak solat, takkan pula tak mahu solat terus?.

Jadi, jika sudah ada niat dan matlamat, teruskan berusaha. Kekal dalam trek. Fokus. Usaha tangga kejayaan. Bukan untuk anda, ini ingatan untuk saya sebenarnya. Terpakai juga pada yang mahu.

Cukup saya membebel hari ini. Jarang membebel dalam blog, hari ini adalah harinya.

Salam nutrisi rohani dan jasmani.








Maklumat lanjut kelas online:



No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts