Wednesday, May 28, 2014

Anak tak lena tidur dan jadual

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Tak cukup tidur dengan pangkat ibu memang sangat sinonim. Teringat semasa saya baru saja pulang ke rumah, jiran sebelah datang bertandang. Ucapan tahniahnya beserta dengan ucapan 'Selamat tak cukup tidur'. 

Mulanya saya dan suami memang tak faham. Kami memang tak sangka pun perkara tak cukup tidur tu. Mula-mula memang rasa nak bekeng bila tak cukup tidur. Tapi, lama-lama alah bisa tegal dek biasa.

Masa mengandung saya memang sudah biasa tak cukup tidur, sebab bila malam mudah rasa lapar. Saya boleh bangun dan memasak waktu malam. Buat air dan cicah biskut jam 2-3 pagi perkara biasa. Tak selesa dengan perut pun penyebab tak boleh lena tidur. Jadi, sedikit sebanyak memang membantu sebagai latihan tak lena tidur lepas bersalin.

Selepas menjadi ibu, baru saya tingkatkan pembacaan berkenaan penjagaan anak. Orang kata sudah terhantuk baru nak terngadah. Orang tua-tua kata, semuanya kita akan belajar dari pengalaman. Tak perlu baca pun. Tapi saya kira tak salah. Sebab banyak jugak tips yang boleh dikutip dari pembacaan.

Antara panduan yang saya baca untuk menggalakkan anak tidur lena waktu malam:-

1) Tidur/Rehat (nap) waktu siang.

Waktu rehat atau nap pertengahan hari waktu siang dikatakan penting untuk menggalakkan anak tidur siang. Ini memang lain sungguh dengan yang diceritakan oleh orang yang terdahulu jadi ibu. Katanya biar anak main puas-puas waktu siang, nanti malam dia tidur lena. Paling tak tahan suruh menangis bagi letih, kemudian tidurkan. Mungkin kadang-kadang berhasil, tapi tak sanggup kah nak biar anak menangis sampai letih.

Tips dari pembacaan yang saya pun dah lupa dari mana. Jadual tidur penting termasuk rehat siang. Ia secara automatik memberi isyarat berkala waktu tidur untuk bayi. Saya sudah cuba, memang berkesan untuk bayi saya. Ini cerita dulu lah. Anak saya sekarang sudah besar.

Bila anak saya tidur berjadual, memang tidur malam lena. Bangun pun sekali dua untuk menyusu dan tidak meragam. Berbanding waktu tidur yang tidak menentu dan tidur siang yang tak cukup.

2) Jadual makan.

Ini saya baru saja jumpa. Menurut bekas jururawat ini, katanya waktu peralihan dari susu ke makanan pejal, merupakan waktu yang sukar untuk sistem penghadaman serta tidur anak. Jadi, semua perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa.

Memperkenalkan makanan pejal terlalu banyak dan cepat pada waktu yang salah menyebabkan pengurangan pengambilan makanan pada waktu seterusnya. Ini menjadikan anak menjadi lapar pada waktu yang salah iaitu tengah malam!.

Contohnya, bayi telah diberi makan petang dengan banyaknya. Makan puree keledek manis lah katanya. Kemudian, pengambilan susu waktu sebelum tidur berkurang. kemudian bayi tidur jam 8 malam. Hasilnya, waktu tengah malam bayi meragam kerana rasa perut tidak sedap dan sangat lapar.

Rasanya kita sendiri alami benda yang sama. Cuba makan lewat malam, kemudian tidur. Pagi esok pasti rasa sangat lapar.

Itulah saja perkara yang saya kutip. Jadi saya tulis supaya ia jadi panduan untuk saya bila dapat bayi seterusnya nanti. Persediaan awal kononnya. he,he.he. Jika bermanfaat untuk anda juga, silakan praktis.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,




Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts