Thursday, May 22, 2014

Bengkel Asas Akaun-berbaloi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah,

Bengkel bulan Mei telah selamat selesai pada 10 Mei 2014. Yang pergi nampaknya berpuas hati. Saya petik satu daripada ulasan peserta bengkel Asas Akaun.


Ulasan Bengkel Asas Akaun - Zunairah Abdul Ghani

Pada 10 Mei baru-baru ini, saya memandu seorang diri ke Shah Alam dari Sabak Bernam untuk menghadiri kelas asas akaun anjuran akademi bekerja dari rumah.
Pada tanggapan saya ia hanya kelas asas simpan kira yang biasa.  Saya daftarkan diri untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan juga keperluan perniagaan saya. Saya tiba di Shah Alam setengah jam sebelum kelas bermula. Permulaan kelas, saya sudah merasakan kelas kali INI berbeza.

Ada aktiviti regangan yang menarik.  Penceramahnya juga bijak mengendalikan audien. Penceramah merupakan akauntan yang berpengalaman menguruskan akaun - akaun syarikat. Jadi mudahlah dia memberikan contoh - contoh dan masalah yang sering dihadapi peniaga.Pn.Khadijah merupakan penceramah yang berpengalaman mengendalikan kelas - kelas akaun seperti yang saya hadiri ini. Rupanya, nak tetapkan harga pun ada caranya.

Saya juga aktif mengambil bahagian di dalam kelas. Rupanya, mudah je urus akaun ini.  Terima kasih kepada penceramah yang memberikan kefahaman kepada saya betapa mudahnya mengurus dan mengendalikan asas simpan kira. Baru saya tau apa gunanya buku 555. Kalau nak tahu, jemput daftar kursus ini.  Berbaloi saya memandu jauh - jauh.  Insya allah dah boleh ajar pelajar buat Rancangan Kewangan dalam subjek Perusahaan Makanan, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.


Berminat ingin mengikuti Bengkel Asas Akaun Bulan Jun?.
Maklumat Bengkel seperti berikut:

Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 14.06.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5.30ptg
Yuran: RM220

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.



Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang


Mahu maklumat lanjut Kelas Akaun anjuran ABDR?
klik sini-->http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/search/label/Kelas%20akaun

Sekiranya anda berminat untuk mempelajari dan mempertingkatkan cara urus akaun anda boleh klik logo pendaftaran di bawah atau hubungi saya melalui maklumat yang diberikan.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 Sms@Whatsapp : 0136200432




Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts