Friday, May 23, 2014

Makan dengan seronok sambil jaga kalori

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Salam hari Jumaat. Nampaknya skroll muka buku banyak pula lawak tentang panda. Panda memang comel. Anak saya suka juga pada panda, terutamanya disebabkan mereka sudah pun tonton cerita Kungfu Panda. Harap-harap mereka tidak pula bayangkan panda di zoo boleh berkungfu. Panda di zoo panda manja.

Cerita pasal anak-anak dan zoo, saya memang merancang untuk pergi ke sana masa cuti sekolah nanti. Tak pernah lagi ke Zoo Negara. Paling seronok untuk saya bawa bekal sekali. Berkelah dan berjalan-jalan. Rindu kenangan masa kecil bila berjalan dengan mak ayah.

Antara perkara penting bila bawa bekal dan makan berkelah adalah pinggan. Sudah pasti pinggan yang di bawa adalah pinggan plastik atau melamine. Tahan lasak. 

Oh, sebenarnya saya mahu cerita fasal pinggan kanak-kanak ni. Bukan berkelah.

Saya suka pinggan kanak-kanak macam dalam gambar di bawah. Saya ada beberapa set pinggan gaya begini. Ciri yang disukai adalah kecil dan ada segmen.



Kenapa saya suka?
1. Anak saya suka bila saya makan sama, pinggan semuaa sama. Kira kita pun geng sama gu dengan mereka. Walau pun pinggan tidak sebiji sama corak dan warna, janji pinggan kanak-kanak dan berwarna-warni. 

2. Pinggan ini sudah ada segmen. Untuk anak-anak, mereka tidak suka bila kuah bercampur dengan nasi. Jadi mereka makan ikut kadar yang mereka suka ambil kuah saja.

3. Segmen yang paling besar, saya gunakan untuk letakkan sayuran. Kemudian protein dan akhirnya yang paling kecil saya isikan nasi. Mudahkan?. Jadi, bila pakai pinggan ini, saya rasa lebih terkawal.

4. Pinggan ini kecil. Tak boleh isi banyak-banyak. Isi banyak memang nampak banyak. Kalau lebih, memang melimpah ruah. Automatiknya saya tipu minda sendiri. Ho,ho,ho.

Ok, banyak lagi kebaikan pinggan kanak-kanak. Saya cuma senaraikan yang penting. 

Jadi apa kata anda? Tukar kepada pinggan kanak-kanak dalam proses anda kawal kalori dan makan dengan riang bersama si kecil anda.

Salam nutrisi rohani dan jasmani.








Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts