Friday, May 2, 2014

Resepi lasagna

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Salam hari Jumaat pertama Bulan Rejab menuju Ramadhan.

Beberapa hari lepas, ada yang bertanyakan resepi lasagna yang saya 'post' di muka buku.
Jadi saya kongsikan di sini kerana ia lebih senang dirujuk, tidak turun ke bawah dan menghilang. (Sebab itu saya sukakan blog).

Sebenarnya resepi ini saya google saja, tapi saya buat dengan beberapa pengubahsuaian mengikut keadaan semasa (stok di dapur saya). Saya peroleh resepi dari sini. (http://www.tiffinbiru.com/2008/04/lasagna-or-lasagne-which-one-ekk.html)

Ini resepi yang saya telah ubahsuai.

Bahan Utama :
Kepingan Lasagne secukupnya (saya guna brand tesco saja)
Parutan keju mozarella secukupnya
parutan keju cheddar secukupnya

Bahan Inti :
Ayam kisar (satu bungkus)
2 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih*
1 camca besar cili kisar
1 sudu mix herbs
1 camca teh serbuk lada hitam
1 tin tomato puree
1 camca besar rempah kari daging
1 tin cendawan butang, tos, cuci dan hiris nipis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Sos berkrim
300 ml susu segar
300 ml susu cair
3 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam

Cara membuatnya :

UNTUK INTI :- 
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang, masukkan cili kisar dan rempah kari.
Tunggu hingga naik minyak.
Masuk tomato puri.
Masukkan ayam cincang dan masak hingga daging berubah warna. 
Tambah lada hitam. Masak hingga mendidih. 
Tambah garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tetapi masih lembap.
Angkat dan sejukkan.

UNTUK sos berkrim :
Panaskan susu bersama tepung, kacau dengan whisk hingga sebati. 
Masukkan secubit garam dan juga lada hitam, masak sambil terus mengacau hingga bancuhan pekat. 
Gunakan api perlahan. 
Angkat dan sejukkan.

PENYEDIAAN LASAGNA : 
Susun kepingan lasagna dalam bekas pembakar yang telah digris (ada yang celur dulu lasagna. Saya tak celur)
Lapiskan dengan sos berkrim, inti, parutan keju cheddar, lasagna, sos berkrim dan seterusnya hingga penuh.
Lapisan atas sekali, saya letakkan lapisan inti yang nipis dan parutan keju mozarella.
Kenapa mozarella? saya sambung nanti.

Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Boleh dihidang panas atau pun suam.
Ok. Siap.

Tapi, tapi, tapi. Awas!. Janganlah makan selalu setiap hari.
Mahu tahu berapa jumlah kalori satu hidangan lasagna? Sila lihat maklumat yang saya salin dari http://www.sparkpeople.com/calories-in.asp?food=homemade+lasagna. Jadi jika keperluan kalori anda seperti saya, 1200 kkalori sehari, agak-agaklah mahu ambil berapa banyak ya.

Homemade Lasagna Meat & Cheese (1/12 Of 9x13 Pan) (1 serving)
calories: 327, fat: 0g, carbs: 0g, protein: 0g
Dawn'S Homemade Lasagna (1 serving)
calories: 219, fat: 12g, carbs: 64g, protein: 24g
Homemade Lasagna--1/6 Is 1 Serving (1 serving)
calories: 486, fat: 24g, carbs: 38g, protein: 35g
Homemade Lasagna (1/9 Of Square Glass Pan) (1 serving)
calories: 346, fat: 19g, carbs: 19g, protein: 24g
Homemade Lasagna (1 cup)
calories: 340, fat: 12g, carbs: 25g, protein: 19g
Homemade Lasagna (1 serving)
calories: 390, fat: 12g, carbs: 44g, protein: 24g
Homemade Lasagna (1/9 Of Square Glass Pan) (1 serving)
calories: 346, fat: 19g, carbs: 19g, protein: 24g
Homemade Lasagna-With Turkey (1 serving)
calories: 497, fat: 18g, carbs: 43g, protein: 26g
Homemade Lasagna (1/9 Of Pan) (1 serving)
calories: 398, fat: 15g, carbs: 30g, protein: 38g

Pilih yang baik-baik saja untuk diri anda dan keluarga.
Salam nutrisi rohani dan jasmani.





Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts