Monday, May 19, 2014

'Sugar Crave ' dan kalori

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum.

Mulakan minggu ini dengan semangat waja. 

Dalam meniti hari, ada masa-masa yang kita rasa teringin sangat nak makan manis-manis. Kadang memang hentam saja dengan niat, "ok, lepas ni aku kawal kalori ya". Tapi, hakikatnya yang selalu terjadi, kalori ke laut.

Manakan tidak, sepotong kuih bingka sudah 220 kkal (lebih kurang), kuih lapis 170kkal, kek tanpa krim 87 kkal. Masalahnya kita makan sekeping ke?. Selalunya saya memang terlanjur paling kawal pun satu setengah. He,he,he. Kek pula, kalau nak yang sedap betul, mesti mahu yang ada topping. Alahai.

Selepas baca beberapa artikel, datang pula idea, harusnya kumpul resepi manisan beserta nilai kalorinya. Yang pasti cari yang rendah kalori lah. Jika ada yang rasa ingin menyumbang resepi manisan rendah kalori, boleh lah kita bersama mengumpulkannya. Boleh e-melkan ke e-mel saya nurzahwanimohdnor@gmail.com.

Terima kasih!.
Salam nutrisi rohani dan jasmani.






Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts