Friday, August 29, 2014

Jus untuk bayi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bila bayi boleh mula ambil jus?.

Kebetulan berbual dengan jiran setaman, tentang jaundis bayi baru lahir. Katanya masa anaknya menghidap jaundis yang agak tinggi, ada petua kawan-kawan, berikan jus anggur hitam pada bayi. Katanya ragu-ragu nak beri. Saya pun kata juga, rasa macam awal sangat pula untuk bayi kecil minum jus. Takut lain pula jadinya.

Jadi, bila masanya bayi boleh mula diberi jus?

American Academy of Pediatrics menyarankan umur yang paling awal adalah pada usia 6 bulan dan maksimum tiga suku cawan atau 6 oz sehari. Walau pun jus itu bagus, kandungan gula yang tinggi bagi bayi boleh menyebabkan cirit-birit juga pada mereka. Betul bagai dikata, bersederhana itu lebih elok.

Ok. Isunya sekarang, bagaimana nak pilih jus yang paling bagus?. Macam iklan tv pula. Tapi ini, tiada aksi tekan-tekan butang dan singkap jawapan ya. Jus yang paling bagus sudah tentu yang semulajadi. Bezanya dengan yang komersil adalah kandungan fiber. 

Untuk memilih jus komersil pula, macam biasa, lihat label fakta nutrisi. Cari yang terpasteur untuk kurangkan risiko pencemaran. Untuk makluman, apa sahaja label yang berakhir dengan -ade contohnya lemonade menunjukkan jus itu mengandungi kurang daripada 100% jus. Dalam kata lain, bukan jus sebenar dan ia telah ditambah perasa dan pengawet yang tidak diperlukan oleh bayi.

Jadi, bagaimana mahu beli jus yang terbaik?. Tak perlu pun. Anda boleh tunggu hingga umurnya 8 bulan dan ke atas dan cairkan dengan air 1:1. Lagi pun jus bukanlah keperluan bayi 6 bulan. 

Oh, lagi satu tips. Jangan masukkan jus dalam botol tau. Itu memerangkap diri anda sendiri nanti. Lagi menyukarkan untuk pisahkan botol. Gunakan cawan atau 'sippy cup'. Saya memang alergik bila lihat botol kanak-kanak ada milolah, jus lah, kordial lah, hingga ada yang masukkan sup dalam botol!. Oh tidak. 

Ok. Cukup bebelan saya. Jumpa lagi dalam entri akan datang. Ini hanya perkongsian dari pembacaan saya. Moga bermanfaat, dan maafkan salah silap jika tersinggung hati.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts