Search This Blog

Scan Bayi di Klinik Mediviron

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah. Perjalanan di bumi Allah diteruskan. Moga berakhir di Syurga Firdaus. Amin.

Minggu sudah cuti panjang sempena hari kemerdekaan. Sabtu, Ahad dan Isnin. Rancangan telah di atur sekeluarga akan pulang ke kampung selepas suami balik dari Jakarta. Penat atau tak, saya pun tak pasti sebab yang akan memandu suami. Sangkaannya jalan lengang sebab pulang hari Sabtu petang. Mesti ramai dah pulang hari Jumaat lagi sempena cuti panjang. Sangkaan kami meleset. Jalan JEM!.

Tiba di kampung, mula pula rasa senak di perut. Sebenarnya tak tahu nak terangkan rasa sakit macam mana, rasa pedih, senak macam kejang pun ada. Tapi tak pernah pula dengar kejang perut?. Saya buat keputusan, tunggu dua tiga hari mungkin elok. Meleset lagi, hingga sampai semula di rumah, sakit masih terasa. Risaulah pula. Jadi, ambil keputusan untuk ke Klinik. Alang-alang nak ke klinik, saya fikir elok scan dan terus book untuk 'detail scan'.

Nak ke klinik mana? Google kan ado!. Saya mencari Klinik yang dapat menunjukkan gambar scan yang jelas, doktor perempuan yang baik hati dan berdekatan dengan rumah.

Ya, saya jumpa jawapannya di FB 3d/4D SonoWorld. Segalanya mudah di hujung jari. Klinik Mediviron Bukit Mahkota pilihan saya. Beberapa blog juga turut berikan pandangan yang bagus terhadap klinik ini. BLOG+Google memang sangat membantu. Jadi, kawan yang berniaga, jom buat blog. Jika tiada asas, jom daftar kelas blog dengan saya. He,he, he. Sempat iklan kan.

Ok, Selepas buat panggilan pertanyaan ke klinik Mediviron, kami sekeluarga bergegas ke sana. Walaupun tak jauh lebih kurang 15-20 minit sahaja, tapi klinik akan ditutup jam 5, waktu itu sudah jam 3 petang.

Tiba di klinik, nampaknya klinik itu lengang. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama. Keadaan klinik sangat selesa sampai anak dara saya tegur, "ini rumah ke?".

Tunggu 5 minit saya pun dipanggil untuk berjumpa Dr Hanie. Sungguh bagai di kata, memang Dr Hanie peramah. Pandai ambil hati anak-anak juga. Jadi anak tak takut dan excited tengok gambar adik di skrin. Hasil pemeriksaan dan scan, Dr kata semua normal. Sakit yang terasa mungkin sebab 'muscular cramp'. Bukan sebab cyst atau ketumbuhan yang pelik-pelik. Alhamdulillah. Dr siap bekalkan beberapa keping gambar dan video adik. Mujur ada bawa pen drive.

Ini gambar adik malu tutup muka nampak tangan dan siku :)
Sememangya saya puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Gambar-gambar dan penerangan yang diberi sangat jelas. Pengalaman lepas, bila scan kadangkala tak faham pun gambar dan penerangan yang diberi. Ada pula paparannya kelabu asap atau terlalu kecil sampai tak faham. Di Klinik Mediviron Bukit Mahkota, alhamdulillah, jelas dan terang. Anak-anak pun faham juga penerangan Dr. Ibu-ibu seperti saya yang buat pemeriksaan kehamilan di KK, memang jaranglah klinik nak scan kan?. Bolehlah buat scan di Klinik ini. Boleh juga terus tempah untuk detail scan atau 3d/4d scan di sini. Dr sarankan detail scan pada minggu ke 24, kerana saiz bayi sedang elok untuk diperiksa.

Ini maklumat Klinik Mediviron Bukit Mahkota ya.

No Telefon klinik : 03-89231109 / 019-3254635

No 42, Jalan BM 2/1
Seksyen 2
Bandar Bukit Mahkota
43000 Kajang, Selangor

Consultation hours:
Monday-Saturday : 8am-10pm
Sunday : Close

SCAN KEHAMILAN SAHAJA (RM50.00)


ULTRASOUND 3D / 4D ( RM 90.00 SAHAJA )

Detailed Scan - 18 hingga 28 minggu
3D / 4D Scan - 26 hingga 32 minggu
Optional - CD, Gambar Warna & Ujian Darah Antenatal 

Di harap maklumat dan perkongsian ini membantu ibu-ibu yang sedang mencari.

Hubungi penulis :

✉ Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432


❧❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❧

Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Ingin belajar buat blog?

Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.

Kedai Online Penulis

CONVERSATION

3 comments:

  1. assalam, nk tnya...dr ni pandai cek jantina bayi tak?

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 2d detail scan , 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Sharing is caring :)

      Delete

Makluman

Penulisan dari blog Bijak Nutrisi ini adalah bersifat umum dan hanyalah karangan penulis berdasarkan pembacaan, pengalaman dan perbualan harian. Perkongsian di sini tidak diperhalusi dan dimurnikan oleh mana-mana pegawai perubatan berdaftar. Anda hendaklah merujuk kepada pegawai perubatan yang sah dan tidak menggunakan isi kandungan penulisan ini secara membuta tuli.

Isi kandungan ini juga tidak ditujukan kepada mana-mana individu melainkan dinyatakan secara terang-terangan.

Mana-mana pembaca yang berhajat untuk menyalin dan mengerluarkan semula isi kandungan dari penulisan blog Bijak Nutrisi ini dan anda rasa ia bermanfaat untuk dikongsikan, anda dialu-alukan berbuat demikian, dengan syarat kredit atau link back ke alamat blog Bijak Nutrisi ini.

Terima kasih kepada anda yang singgah ke blog ini sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga mendapat manfaat.

Google+ Followers

Tweet Tweet

Pinterest Gallery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram Shots

Back
to top